Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
Daie yang kuat yakni
qawwi sudah semestinya dapat bergerak laju dalam gerabak ini bersama dengan
nikmat sihat yang telah Allah kurniakan ini. Alhamdulillah ! Kerana inilah
Qawwiyul Jismi (kuat tubuh badan) merupakan salah satu dari 10 Muwasafat
Tarbiyah yang digariskan oleh Imam Hassan Al-Banna. Tubuh badan yang kuat ini lahirnya daripada
penjagaan yang baik terhadap jasad
pinjaman ini dengan menunaikan hak-hak badan yang sepatutnya. Salah satu cara
untuk setiap dari kita menjadi qawwi ialah melalui bersukan itu sendiri.
Kenapa perlunya sukan untuk melahirkan daie yang qawwi ini?
Ia menolong badan membuang sisa-sisa toksik makanan naturally. Lantas menjadikan badan aktif, meningkatkan immuniti
badan dan melindungi badan daripada penyakit. Lantas, dapat melahirkan minda yang cerdas!
Bersukan itu tidak
salah dalam islam, malah islam amat menggalakkan umatnya bersukan untuk
kesejahteraan diri. Namun, haruslah kita, sebagai umat islam sendiri cakna dan
sedar akan garis-garis yang tidak seharusnya kita rentasi ketika bersukan.
InsyaAllah serba sedikit tentang adab-adab bersukan menurut
landasan islam yang syumul J
1.
Niat untuk meraih keredhaan Allah.
Dalam konteks ini seorang muslim itu sendiri haruslah
sentiasa perbetulkan apa yang di dalam dada agar tidak sia-sia apa yang
dilakukannya.
‘’Hanya segala
amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatkannya’’
2.
Permainan yang tidak menyalahi syarak.
Segala jenis sukan yang mendatangkan mudarat kepada
pemainnya serta tidak mendatangkan manfaat haruslah dielakkan.
“Daripada keelokan
islam seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak berguna kepadanya”
3.
Berpakaian menutup aurat. Tidak ketat sehingga
menampakkan susuk tubuh dan tidak jarang.
Seorang muslim itu jelas dibezakan melalui pemakaiannya.
Buat ikhwah-ikhwah macho di luar sana
tatkala hayunan langkah menuju ke gelanggang, janganlah dilupakan hak-hak
anggota yang seharusnya ditutup, yakni haruslah melabuhkan seluarnya melepasi
paras lutut. Bagi akhawat pula haruslah sentiasa memerhatikan apa yang
dikenakan pada badan , menepati syarak atau sebaliknya.
“Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu,
anak-anakmu, anak-anak perempuanmu, dan istri-istri orang mukmin, hendaklah
mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya
mereka lebih mudah untuk dikenal karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang”.
( Al-Ahzab: 59)
4.
Tidak lalai sehingga meninggalkan kewajipan
seperti solat.
Yang seharusnya diberi penekanan dalam aspek ini ialah
pengurusan masa. Sesuaikanlah jadual seharian anda para daie agar apa yang
wajib dan harus diutamakan tidak ketinggalan!
Dalam bersukan untuk menyihatkan tubuh badan, janganlah dilupa
pada Yang Maha Memberi ni’mat sihat itu!
5.
Tidak berlaku percampuran antara lelaki dan
perempuan.
Di dalam Surah An-Nur, ayat 30, Allah SWT berfirman:
“Katakanlah (wahai
Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan
mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang
demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam
PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”
Ayat selepas itu, ayat 31, Allah SWT berfirman pula
kepada perempuan perkara yang sama:
“Dan katakanlah
kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka
(daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka…”
InsyaAllah dalam bersukan itu sendiri ada landasan-landasannya
kerana setiap dari perlakuan umat islam itu ialah ibadah.
Yukk! Sama-sama mempraktikkan islam dalam setiap aspek
kehidupan kita. Mengejar redha Ilahi dalam setiap perlakuan kita. Semoga
terlahirnya rijal-rijal yang qawwi dalam menggerakkan gerabak ini. Jadikan
setiap perbuatan kita , sebagai contohnya bersukan itu sendiri sebagai medan
untuk kita beramal memburu mardhatillah!
Wallahu’alam.
Post a Comment