Bersenam? Mari Bermula Hari Ini.

0 comments
Musim bunga sudah tiba. Yahoo!!! Tiada lagi angin sejuk musim salju. Tiada lagi baju bubble menjadi penebat haba. Tiada lagi suhu angka negatif. Akhirnya musim salju memberi salam perpisahan, beri ruang kepada musim bunga. Tapi… mengapa musim hibernasi aku tidak pergi seiring musim salju? Eh masih lagi bersenam di atas katil empuk milik aku?

Tahukah sihat itu bukanlah satu tujuan, tetapi sebenarnya satu cara hidup. Siapa sahaja di sini yang tidak mahu kekal sihat. Saban hari kita berdoa kepada Sang Pencipta agar kita sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Semua orang mahu sihat bukan. Jadi jika mahu sihat, haruslah bersenam. Bila mahu bersenam? Esok? Lusa? Hari seterusnya? Jangan begitu…Mari kita mula bersenam hari ini juga. Ayuh!

Bagi kita yang baru sahaja mulakan senaman, tidak perlu memaksa diri dengan lakukan senaman yang berat. Jika kita terlalu memaksa diri dengan senaman yang berat, badan kita akan menanggung akibatnya. Pasti akan terasa sakitnya. Lumrah manusia sejak azali lagi yang tidak suka akan sakit. Hal ini pasti melunturkan semangat kita untuk terus bersenam. Jadi tips nya disini mudah sahaja. Mulakan dengan senaman yang mudah dan ringan. Ukur kemampuan fizikal kita. Seterusnya barulah kita breakthrough the limit.

Oh tidak! Ada pula katakan senaman itu tiada ‘fun’nya. Ingin rasa fun dalam bersenam? Mengapa tidak ketika kita bersenam kita mainkan lagu-lagu kegemaran sebagai peneman. Lebih molek jika kita mendengar alunan zikir. Sudahlah dapat kekal sihat, tambah pula bonus pahala. Insyallah.

Dalam sibuk untuk kekal sihat dengan bersenam, kita juga boleh merapatkan ukhuwah melalui bersenam. Marilah kita cari teman untuk bersenam. Adanya teman untuk bersenam pasti kita tidak rasa bosan. Dengan adanya teman untuk bersenam juga pasti kita akan lebih berdisiplin. Ketika kita hadapi sindrom malas untuk bersenam, kita punya teman untuk ‘push’ diri kita untuk istiqamah dalam senaman itu sendiri.

Jadi mahu sihat? Bersenamlah jawabnya. Istiqamah dalam senaman itu paling utama. Pasangkan niat agar kita sentiasa istiqamah dalam setiap pekerjaan. Disamping itu marilah kita pasang niat untuk bersenam kerana Allah SWT. Insyallah akan dipermudahkan. Elakkan bertangguh. Hari inilah hari dimana kita perlu ubah diri kita kearah lebih sihat. Just Do It!



Post a Comment