• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

Showing posts with label Special Events. Show all posts
Showing posts with label Special Events. Show all posts

MOSCOW | Sambutan Aidiladha 2015

0 comments
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, pada 24 September 2015 bertempat di Kedutaan Besar Malaysia, satu Program Sambutan Aidiladha anjuran beberapa persatuan pelajar Moscow iaitu AZAM Russia Moscow, Kelab Umno Luar Negara Moscow (KUMOSC),Sechenov Malaysian Student Assoaciation(SMSA),Malaysia-Moscow Aviation Students Organization(MMASO),Islamic Medical Association Of Moscow (IMAM),Overseas Students Of Terengganu Council (OSTEC) dan Russian National Research Medical University (RNRMU) Malaysian Student's Association dengan kerjasama pihak kedutaan telah dilaksanakan dengan begitu lancar dan meriah sekali.



Program korban ini telah memberi peluang kepada para pelajar untuk melakukan ibadah korban dengan meyediakan 2 projek iaitu Projek Sedekah Ba'd dan Projek Kurban Kull.

 



Program dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan takbir raya dan solat aidiladha.


 


Pada pukul 10 pagi, aktiviti melapah daging dan memasak telah dijalankan dengan dibantu oleh pelajar-pelajar Moscow dan staf-staf kedutaan iaitu memotong daging bagi pelajar lelaki manakala memasak bagi pelajar perempuan dan pada masa yang sama juga tazkirah dan kuiz aidiladha anjuran AZAM dijalankan.Setelah itu,program diikuti dengan solat zohor berjemaah.


 


Selepas itu, program bersambung dengan jamuan raya dan diakhiri dengan pembahagian daging korban oleh pihak kedutaan kepada setiap orang pelajar yang datang. Para pelajar bersurai pada pukul 5 petang selepas tamat sesi pembahagian daging.






“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ”
 (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)





Read more

Penjelasan Mengenai Solat Jamak Secara Tamam

2 comments
Bismillahirahmanirahim


Semasa KOMSIS 2015 berlangsung di hotel Vega baru-baru ini beberapa persoalan telah timbul dalam kalangan peserta tentang perlaksanaan solat zuhur dan asar secara jamak tamam.


Bagi menjawab persoalan ini, biar kami membahagikan kepada beberapa bahagian supaya kita sama-sama memahami persoalan ini dengan jelas. InsyaAllah.

  1. Pengertian solat jamak dan tamam
  2. Sebab-sebab untuk solat jamak
  3. Syarat-syarat untuk solat jamak
  4. Percanggahan pandangan ulama
  5. Bolehkah kita mengambil pandangan ulama


1.Pengertian solat jamak dan tamam


Solat jamak

bahasa : kumpul, himpun
istilah : menghimpunkan dua waktu solat ke dalam satu waktu solat.


Dalam penghimpunan waktu solat ini, hanya dibenarkan untuk menghimpunkan waktu solat Zohor + Asar atau Asar + Zohor dan solat Maghrib + Isya’ atau Isya’ + Maghrib. Selain daripada itu, tidak adalah tidak dibenarkan.


Sehubungan dengan itu, wujudlah dua jenis solat jamak.

  1. Solat jamak taqdim ( solat asar di dalam waktu solat zohor / solat isya’ di dalam waktu solat maghrib)
  2. Solat jamak ta’akhir (solat zohor di dalam waktu solat asar / solat maghrib di dalam waktu solat isya’)
Tamam

maksud : sempurna


Di dalam kes solat jamak, ia membawa maksud kita melaksanakan solat secara sempurna rakaatnya dan rukunnya. Contoh, solat jamak taqdim. Zohor (4 rakaat) kemudian Asar (4 rakaat).


2.Sebab-sebab untuk solat jamak
Kebiasaan bagi kita untuk melakukan solat jamak sewaktu kita bermusafir (dalam perjalanan yang jauh). Tetapi sebenarnya ada beberapa sebab yang lain dimana kita dibolehkan juga untuk melakukan solat secara jamak. Antaranya
  1. Jamak sebab hujan
  2. Jamak sebab sakit
  3. Jamak sebab hajat


Jamak sebab hujan


Hadith yang diriwayatkan al-Imam Muslim, Ibn ‘Abbas menyebut:“RasululLah s.a.w solat jamak Zohor dan Asr, Maghrib dan Isyak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana musafir”.Ditanya Ibn ‘Abbas mengapa baginda melakukan demikian?. Jawabnya:“Kerana tidak mahu menyusahkan umatnya”

Jamak sebab sakit


Imam Ahmad berpendapat harus bagi individu yang sakit tenat dan berat menjamakkan solat supaya tidak dibebani dengan menantikan waktu solat dan agar mereka dapat berehat.
Imam „Atho‟, Imam Malik dan Imam Ahmad, Qadhi Husain (bermazhab Syafi‟ie), al-Mutawalli (bermazhab Syafi‟ie), ar-Ruyani (bermazhab Syafi‟ie) dan al-Khattabi, mereka berpandangan; “Diharuskan menjamak solat kerana uzur sakit atau kerana keuzuran-keuzuran lain yang seumpamanya”


Jamak sebab hajat


Abdullah bin Syaqiq berkata, ‘’ Pada suatu hari Ibn Abbas berpidato kepada kami di Basrah selepas asar hingga terbenam matahari dan terbit bintang-bintang. Ini menyebabkan manusia yang hadir berkata ‘’ Solat, solat’’ tetapi dia tetap berpidato lagi.Lalu datang seorang lelaki dari Bani Tamim memperingatkan ‘’Solat, solat’’. Lalu Ibn Abbas berkata ‘’ Apakah engkau mengajarku sunnah? Sungguh tidak berguna kamu! Kemudian berkata, ‘’ Aku melihat Nabi Muhammad menjamakkan antara zohor dan asar,maghrib dan isyak.


3.Syarat-syarat untuk solat jamak


Untuk melaksanakan solat-solat jamak, ia perlulah berdasarkan syarat-syarat. Jika ianya tidak berjaya memenuhi syarat-syarat, maka tidak dibenarkan bagi kita untuk mendirikan solat-solat tersebut secara jamak.


Jamak sebab hujan


  • Hanya dapat dilakukan oleh jemaah yang solat di masjid sahaja
  • Jamak taqdim sahaja
  • Hujan tidak berhenti hingga jemaah selesai solat
  • Hujan lebat


Jamak sebab sakit


  • individu yang sakit tenat dan berat


Jamak sebab hajat


  • Tidak dijadikan kebiasaan atau adat
  • Hajat itu benar-benar mendesak
  • Tidak dijadikan alat bagi mempermain-mainkan agama dan muslihat bagi mereka yang malas mengerjakan solat (contoh muslihat : memilih untuk solat jamak kerana mahu pergi shopping)


4.Pencanggahan para ulama
Dalam menetapkan sesuatu hukum, setiap ulama ada kaedah masing-masing, berdasarkan suasana semasa dan zaman mereka, berdasarkan kepakaran masing-masing dan tahap kepercayaan (tsiqah) mereka masing-masing terhadap sumber rujukan mereka mengenai hal tersebut.
Hal ini, telah menyebabkan wujudnya pelbagai solusi terhadap sesuatu perkara. Contohnya dalam perihal solat jamak perihal dibolehkan menjalani pembedahan transplantasi organ, penggunaan wang fiat (fiat money) dan pengunaan gelatin/vanilla di dalam makanan.
Akan tetapi, kekeliruan ini atau perbezaan pendapat dalam kalangan ulama tidak menimbulkan sebarang konflik dalam kalangan mereka dan tidak pergaduhan di antara mereka. Cumanya, segala konflik dan pergaduhan yang wujud adalah disebabkan oleh para pengikut/pegang mereka pada seseorang ulama tersebut.
Memetik kata-kata imam syafie,
“Jika terdapat hadits yang shahih, maka lemparlah pendapatku ke dinding. Jika engkau melihat hujjah diletakkan di atas jalan, maka itulah pendapatku.”


5.Bolehkan kita (bermazhab syafie) mengambil pandangan dari ulama lain?


Menurut Dr. Wahbah Zuhaili (ulama kontemperori), mengikut salah satu daripada 4 mazhab (Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hanbali) adalah tidak wajib. Apa yang diwajibkan bagi orang awam adalah mengikut pendapat Mufti mereka yang tergolong dalam kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah.
Berdasarkan ungkapan beliau, insyaAllah kita boleh untuk mengambil pandangan dari ulama lain, asalkan masih dalam kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah.


6.Konklusi


Dalam isu solat jamak tamam sewaktu KOMSIS, alasan yang diguna pakai adalah jamak kerana hajat. Jamak kerana hajat disebabkan oleh

  1. keadaan dan kondisi hotel yang memaksa
  2. kekangan masa


Semoga penerangan yang serba ringkas ini dapat menjadi satu penjelasan bagi kita semua mengenai permasalah solat jamak, terutamanya mereka yang terlibat di dalam program KOMSIS 2015 di hotel Vega. JIKA, anda masih keliru mengenai hal ini, sila berhubung dengan aktivis AZAM Russia, insyaAllah kami cuba menerangkan ia secara peribadi .

InsyaAllah semoga Allah mengurniakan hidayah dan petunjuk kepada kita. Selamat beramal.




Read more

Konvesyen Mahasiswa Se-Russia | KOMSIS 2015

2 comments


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

 

Pada 3-4 Januari 2015, bumi cinta Moscow telah menjadi saksi bagi Konvensyen Mahasiswa Se-Russia (KOMSIS) di Russia. Program yang julung kali diadakan ini berlangsung selama  dua hari di Hotel Vega.
Konvensyen ini dihadiri 330 mahasiswa bidang perubatan dan kejuruteraan dari seluruh pelusuk bumi
Russia – Moscow, Nizhniy Novgorod, Volgograd, dan Kursk.

 

Penceramah yang diterbangkan khas dari Malaysia, En. Shahrul Aman, merupakan staff engineer NR8 di Mimos Berhad sejak Mei 2012. Seorang lagi penceramah jemputan, En. Wan Abdullah Mujahid
Bin Hasanuddin pula merupakan Ahli Parlimen Belia 2014-2016 dan juga pengasas RMJ Holding Sdn Bhd. En. Mujahid  juga pernah menyertai  bahagian dalam kerja-kerja kemanusiaan ke Gaza dan Lubnan.


Konvesyen ini dimulakan dengan Persidangan Meja Bulat antara Presiden-Presiden persatuan pelajar Malaysia seluruh Russia dan diteruskan dengan  majlis perasmian oleh En Saifuddin Ahmad,Pegawai MARA.

 

 


Program bermula dengan bacaan doa oleh saudara Afiq Azmi.Seterusnya, ucapan dari presiden Azam Russia, saudara Ilham Muntari dan diikuti dengan gimik perasmian dan tayangan video serta persembahan pembukaan dari pelajar medik tahun akhir.

       


Konvensyen ini telah dibahagikan kepada empat slot dalam masa dua hari tersebut. Slot pertama, Menjadi Mahasiswa Cakna oleh En Shahrul Aman bermula sebaik sahaja selesainya majlis perasmian. Dalam slot ini, mahasiswa telah diberikan pencerahan tentang makna,konsep,pegangan,cabaran dan peranan sebenar mahasiswa.Mahasiswa adalah bukan sekadar penuntut di IPT tapi mereka adalah pencari ilmu,memahami,menganalisa fakta dan memimpin orang lain.Selain itu,mahasiswa juga harus mempunyai kemtangan dalam berfikir,berani dan bersemangat.Dengan adanya idealisme dan intelektualisme dalam diri mahasiswa itu sendiri maka terbentuklah mahasiswa yang beraktivisme.  

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.(Al-Kahfi 18:13)




 

 

Slot kedua diteruskan pula oleh En Mujahid dengan tajuknya Mahasiswa:Melangkaui Buku Teks.Melalui slot ini,mahasiswa  perlu mengetahui bahawa peranan mahasiswa bukanlah mengikut sekadar silibus buku teks itu sendiri  berdasarkan sajak Mahasiswa oleh Usman Awang.

Mahasiswa - Usman Awang
Mahasiswa dari kota tanah airbangunlah!angkat matamu dari bukulampaui dinding lampaui temboksemua menunggumengajakmu bersama ke tengah jalan raya kota. Lihat betapa temanmu telah berdiri di sinisebaris dengan kamipara buruh dan petani di jalan sungai besisederap belajar dari hidup berani Lepaskan tangan halus kekasih di tasikatau bersamanya berjalan ke parlimenkerana tenagamu dengan ilmu di dadaakan merombak erti hidup sebuah negara. Usman Awang, September  1961

Keesokkan harinya slot ketiga telah dilangsungkan dalam bentuk forum iaitu Forum Apa Lagi Mahasiswa Perlu dimana kedua-dua penceramah telah digabungkan dan ditambah pula dengan kehadiran En Saifuddin Ahmad. Moderator forum merupakan Presiden  AZAM Russia dari First State Sechenov Medical University, saudara Ilham Muntari. Forum yang bergaya santai ini memberi peluang kepada peserta forum untuk bertanya pada penceramah tentang pengalaman langsung dalam bidang kerjaya masing-masing. En Mujahid telah menekankan tentang pentingnya penglibatan kita dalam aktiviti persatuan dan aktiviti kemasyarakatan kerana persatuan adalah support system kita dan walaupun aktivisme berdasarkan kemampuan individu namun bak kata pepatah "if you want to go fast go alone,if you want to go far go together".

 

 

Seterusnya slot terakhir iaitu slot Diskusi dan Case Study di mana mahasiswa dikehendaki berbincang di dalam kumpulan dan membuat presentasi berdasarkan SMART.

S-Specific
M-Measureable
A-Achievable
R-Reachable
T-Timeframe

 

 

KOMSIS diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan sijil penghargaan, penutup, sesi bergambar dan High Tea para presiden dengan penceramah jemputan.

 






Wallahual'am.

Mahasiswa Tunjang Aspirasi Negara



Read more

Charity Day Moscow 2014

0 comments


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Pada 26 Oktober lalu, pihak Azam Russia buat julungkalinya telah menganjurkan sebuah program amal yang diberikan nama " Charity Day Moscow 2014" di sekitar Moscow dengan kerjasama Kumosc, PPIM, MMASO,SMSA dan RMSA.

Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk mewujudkan semangat berkorban dan sikap murah hati dalam kalangan peserta terhadap manusia lain yang tidak bernasib baik.
Seramai 54 orang peserta tidak termasuk ahli yang bertugas telah bersama-sama menjayakan program ini walaupun cuaca sejuk pada hari program berlangsung.Semua peserta diarahkan untuk berkumpul di Red Square sebelum program bermula.

Program yang bermula pada jam 10 pagi itu, berjalan dengan lancar dan baik sekali atas kerjasama semua yang terlibat. Peserta dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan untuk setiap stesen metro yang berbeza.Taklimat juga diberikan.

 



 

Setiap kumpulan diberikan 3 beg yang berisi makanan, minuman, stokin , serta sarung tangan untuk diagihkan kepada 3 orang homeless di setiap lokasi masing-masing. Tidak kurang juga, ada peserta yang turut membawa barangan sendiri untuk diberikan kepada yang memerlukan.



“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.”

AL-Baqarah : 274




Setelah semua kumpulan berjaya menyelesaikan tugas masing-masing, wakil dari setiap kumpulan diminta untuk bersama-sama berkongsi pengalaman serta cerita yang mereka dapat sepanjang program berjalan. Rata-rata menyatakan rasa syukur kerana berpeluang untuk turut sama program amal yang dianjurkan oleh pihak Azam Russia ini dengan harapan program-program seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang . 

 

Setelah selesai, semua peserta diagihkan makanan untuk dibawa pulang serta sesi bergambar beramai-ramai.

 

Pihak Azam Russia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sukarela untuk terlibat sama dalam program ini. Tanpa kalian semua,program ini tak mungkin dapat direalisasikan.

InshaAllah, bila kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita juga. Dalam setiap rezeki dan harta kita, ada hak orang lain didalamnya .Tahniah kerana kalian berjaya menyempurnakan hak tersebut . Teruskan menyempurkan hak mereka .Jom sedekah .





“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu."

Al-Baqarah :267



 No one has ever become poor by giving.



Read more