FRIDAY WRAP ( 5 APRIL 2014 - 11 APRIL 2014)

0 comments
Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera.

Friday Wrap minggu ini membawakan berita-berita dunia yang menarik mengenai isu ummah. Jom cakna ummah!



Tahanan Palestin Di Israel Lancarkan Mogok Lapar

Sabtu, 05-04-2014

TEBING BARAT- Tahanan Palestin merancang untuk mengadakan protes di penjara - penjara Israel , seorang pegawai dari Pihak Berkuasa Palestin ( PA ) mengatakan .

Rancangan ini datang sebagai respon terhadap keputusan Tel Aviv untuk menunda pembebasan tahanan keempat , Ziad Abu Ein , wakil menteri untuk urusan tahanan PA , berkata pada hari Jumaat .Abu Ein menambah bahawa protes akan merangkumi aksi mogok makan oleh para tahanan .

Sebelumnya pada hari Jumaat , demonstran Palestin bertempur dengan pasukan Israel kerana mereka menggelar aksi protes di luar penjara Ofer dekat bandar yang Ramallah untuk menyuarakan kemarahan mereka atas penolakan Tel Aviv untuk membebaskan 26 banduan Palestin yang telah dijanjikan .

Para tahanan itu seharusnya dibebaskan sebagai sebahagian daripada perbincangan yang diperantarai AS antara Pihak Berkuasa Palestin ( PA ) dan rejim Israel .

Tel Aviv telah berjanji untuk membebaskan tahanan dengan syarat Pihak Berkuasa Palestin mengentikan segala gerakan anti Israel . Pihak berkuasa Palestin sendiri merancang untuk mengajukan diri dalam organisasi PBB di bulan April 2014 .

Menurut NGO Palestin Prisoner Support and Human Rights Association ( Addameer ) , ada lebih dari 5.000 tahanan politik Palestin berada di penjara - penjara Israel sejak Januari 2014 .



Lima maut kereta api tergelincir

Ahad, 06-04-2014

JAKARTA, INDONESIA- Sekurang-kurangnya lima penumpang terbunuh selepas kereta api dinaiki tergelincir akibat tanah runtuh yang disebabkan hujan lebat di kepulauan Jawa, kelmarin.

Jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, tanah di bawah landasan runtuh menyebabkan tiga daripada lapan gerabak kereta api tergelincir ketika ia melalui bandar Tasikmalaya, Chanthaburi pada jam 6.30 petang (waktu tempatan).

"Ketika kejadian kereta api membawa kira-kira 250 penumpang dan sedang dalam perjalanan dari Bandung ke Malang," katanya.



Genting Gaza dibedil kurang 48 jam

Isnin, 07-04-2014

GENTING GAZA, PALESTIN - Rejim Zionis sekali lagi membedil Semenanjung Gaza kurang daripada 48 jam selepas beberapa serangan udara dilancarkan di wilayah itu.

Pihak berkuasa Palestin memaklumkan, lima kawasan di utara dan selatan Genting Gaza menjadi sasaran terbaharu insiden terbabit.Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan, 

Jumaat lalu, sebanyak 18 roket dibedil di beberapa lokasi selepas pesawat pejuang Israel melancarkan tujuh serangan secara serentak di wilayah terbabit.

Sejak bulan lalu, rejim Zionis telah meningkatkan serangan di Gaza dan tindakan tersebut turut dikecam banyak pihak kerana ia secara terang-terangan mencabuli gencatan senjata yang ditandatangani pada 2012.



Belia Mesir desak pembebasan tahanan politik

Selasa, 08-04-2014

KAHERAH, MESIR- Ribuan belia melancarkan protes aman mendesak kerajaan Mesir membebaskan tahanan sekali gus menyelar tindakan rampasan kuasa.

Pergerakan Pemuda 6 April melaungkan slogan menentang kerajaan yang disokong tentera di luar perkarangan Journalists Syndicate selepas polis menutup pintu masuk ke Dataran Tahrir. Kumpulan itu juga melancarkan kempen mengumpul petisyen dalam talian menyeru pembebasan semua tahanan terutama Presiden Mohammed Mursi.

Semalam, polis menyerbu Universiti Ain Shams, Kaherah dan Al-Azhar bagi menyuraikan protes pelajar.

Protes mengutuk tindakan bekas ketua tentera Abdel Fattah Al-Sisi kerana bertanding kerusi Presiden juga dilakukan di Universiti Zagazig di Delta Nil.

Sementara itu, laporan dipetik dari Agensi, jurucakap Kementerian Dalam Negeri mengatakan, serangan pengganas akan meningkat menjelang pilihan raya presiden Mei ini.

Hani Abdel- Latif menuduh Ikhwanul Muslimin menggunakan tentera upahan dari Syria , Iraq dan Afghanistan untuk mencetuskan kekecohan itu.



Pilihan raya India berlansung selama 6 minggu

Selasa,08-04-2014

NEW DELHI, INDIA- India mengambil masa enam minggu untuk menjalankan pilihan raya umum sekali gus menjadi pilihan raya terbesar di dunia dengan satu juta pusat mengundi dibuka.

Pengundian hari pertama bermula di enam kawasan melibatkan Assam dan Tripura di timur laut negara itu sebelum berpindah ke kawasan lain dalam lapan fasa.

Pemerintah Parti Kongres India yang memegang kuasa selama satu dekad dijangka mendapat tentangan parti pembangkang Nasionalis Hindu apabila keputusan dijangka diperoleh selepas 800 juta pengundi menunaikan tanggungjawab terakhir mereka pada 12 Mei nanti.

Keputusan penuh pilihan raya itu bakal diketahui 16 Mei ini, laporan di petik dari Times of India.



Ribuan Aktivitis Anti Kudeta diserang Penyakit di Penjara Mesir

Selasa, 08-04-2014 

CAIRO - Lebih dari 5000 aktivis anti-kudeta diserang penyakit di penjara Mesir, sebuah kelompok hak asasi manusia melaporkan bahawa sepuluh tahanan anti-kudeta telah meninggal sejak penggulingan presiden yang terpilih Julai lalu

Pernyataan itu mengatakan bahwa sebagian besar tahanan ditahan di sel kecil yang tidak memiliki standard kesihatan minimum. 

"Mereka dianiaya, dipukuli dan disiksa dengan perlakuan yang mempengaruhi keadaan kesihatan mereka," kata pemerhati.

Menurut pernyataan itu, tahanan perempuan dari penyokong Muhammad Mursi kekurangan rawatan perubatan di penjara Shebin Al-Qanater yang terletak di utara Kaherah. 



PBB Minta Myanmar Benarkan Akses Bantuan Untuk Muslim Rohingya

Selasa , 08-04-2014 

MYANMAR - Utusan PBB pada hari Isnin mendesak Myanmar untuk membenarkan kembalinya kumpulan bantuan yang terpaksa melarikan diri daripada serangan di negara bahagian Rakhine . Utusan PBB tersebut memberi amaran bahawa pemergian kumpulan bantuan kemanusiaan akan mengancam keselamatan bagi umat Islam yang berlindung di kem - kem dari kekerasan oleh majoriti warga Buddha . 

Tomas Ojea Quintana , Pelapor Khas PBB mengenai situasi hak asasi manusia di Myanmar , mengatakan bahawa kekurangan air boleh mencapai tahap kritikal dalam masa seminggu ini di beberapa kem pelarian , di mana 140,000 orang tinggal akibat konflik perkauman sejak 2012 . 

" Para pekerja ini berada di negara bahagian Rakhine menyediakan bantuan penting, termasuk perkhidmatan kesihatan, air dan makanan untuk pelarian, warga desa - desa terpencil , dan masyarakat lain yang terjejas , " kata Quintana . 



Muslim Scotland Pasang Mesej - mesej Nabi Di Bas dan Papan Iklan 

Rabu , 09-04-2014 

GLASGOW - Sekumpulan Muslim Scotland melakukan Dakwah dengan melaksanakan ajaran Nabi Muhammad ( saw ) untuk mengatasi ketidakadilan sosial dan memberikan kaum muda Muslim peluang untuk menjadi sukarelawan dan membantu orang miskin di bandar mereka sendiri . 

"Kami ingin Dakwah kami harus melalui tindakan kami . Dan cara apa yang lebih baik selain untuk membantu meningkatkan kualiti masyarakat kami dengan lebih baik , " kata Samir Zaveri , ahli pengasas kumpulan sukarelawan ' Diajarkan oleh Muhammad ' 

"Kami ingin menunjukkan kepada dunia bahawa apa yang mereka dengar tentang Islam di media arus perdana tidak benar dan kami ingin orang - orang untuk melihat secara langsung apa yang nabi kami tercinta Muhammad ( saw ) ajarkan kepada kami , " tambahnya . 

Projek ini pada awalnya dilancarkan 2013 di bandar Dundee . Bagi mereka , projek ini bertujuan untuk memperbaiki salah faham tentang Islam .Pada Januari 2014 projek ' Diajarkan oleh Muhammad ' mengembangkan aktivitinya dengan mula beroperasi bank makanan untuk membantu keluarga Muslim dan non Muslim yang kekurangan makanan . 

Scotland adalah rumah bagi lebih dari 50.000 Muslim , yang membentuk 1.4 peratus daripada penduduk.
Muslim adalah kumpulan agama terbesar kedua di negara ini , yang mempunyai tiga puluh masjid . 

Kerja projek bermula pada September 2013 dengan iklan di bus dan poster jalanan dengan kutipan sabda nabi terutama mesej untuk membantu orang yang memerlukan . 



Tentera Nigeria Bunuh Ramai Muslim Dengan alasan keganasan 

Rabu, 08-04-2014 

LAGOS- Pertubuhan Islam terkemuka di Nigeria mengatakan bahawa tentera telah membunuh banyak Muslim terutama di wilayah utara dengan dalih kontra - keganasan dan memerangi Boko Haram . 

Organisasi Jama'atu Nasril Islam ( JNI ) mengatakan dalam sebuah pernyataan pada hari Selasa bahawa umat Islam telah menjadi ' spesies ' yang terancam , dibunuh dan disakiti tanpa pandang bulu dalam nama memerangi keganasan . 

Muslim merupakan 55 peratus penduduk Nigeria sementara Kristian mencapai 40 peratus daripada 140 juta penduduk . Sebagaian besar muslim tinggal di wilayah utara sementara Kristian menjadi majoriti di wilayah selatan . 

Tapi ketegangan etnik dan agama telah berjaya melahirkan selama bertahun - tahun . Didorong oleh rasa kebencian antara kumpulan penduduk asli , sebahagian besar adalah orang Kristian atau animis , yang berlumba - lumba untuk menguasai tanah pertanian yang subur dengan para pendatang dan pendatang dari utara yang merupakan Muslim berbahasa Hausa. 



Israel Lancar Satelit Pemerhati Terbaru 

Khamis, 10-04-2014 

TEL AVIV- Israel melancarkan satelit pemerhati tentera pada hari Rabu, empat tahun selepas menghantar satelit tentera yang sama. 

Para pegawai Israel telah mengatakan sebelum ini bahawa program satelit ditujukan untuk meningkatkan kemampuan perisikan dalam menghadapi kumpulan-kumpulan yang mereka anggap militan di Arab. 

Satelit Ofek 10, diambil dari bahasa Ibrani yang bererti cakerawala, meluncur dari sebuah pangkalan pelancar angkatan udara Israel, kata kenyataan kementerian pertahanan. Sesuai namanya, ini adalah satelik ke 10 dalam siri Ofek yang akan dilancarkan ke ruang angkasa. 

Media Israel berkata, pelancaran itu dilakukan di Palmachim, pengkalan tentera berhampiran pantai Mediterranean di selatan Tel Aviv. 



MILF Akan Bentuk Parti Untuk Bangsamoro 

Kamis , 10-04-2014 

MANILA- Front Pembebasan Islam Moro ( MILF ) di Filipina semalam mengumumkan telah membentuk parti politik , hanya dua minggu selepas menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan . 

Diberi nama Parti Keadilan dan Persatuan Bangsamoro , 11,000 anggota MILF akan mengisi sejumlah calon untuk pilihan raya di wilayah autonomi Bangsamoro di Mindanao di masa depan 

Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro menandatangani perjanjian perdamaian bersejarah pada tarikh 27 Mac di Manil , dalam usaha untuk menamatkan konflik yang telah membahagikan negara itu selama beberapa dekad . 

Perjanjian tersebut merupakan puncak dari usaha diplomatik yang bertujuan menamatkan konflik 40 tahun di Mindanao , rumah bagi banyak minoriti Muslim di negara itu , yang telah menyebabkan sekurang-kurangnya 120,000 orang terbunuh , sebahagian besar daripada mereka orang awam . 

Perjanjian tersebut memberi autonomi yang lebih besar kepada kerajaan daerah Mindanao yang kebanyakannya adalah Bangsamoro yang beragama Islam . 

Sekian sahaja Friday Wrap pada kali ini.  Semoga bermanfaat!

“Hai orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.”
(Al-Ma’idah: 87)





Post a Comment