NIZHNY NOVGOROD | PENGURUSAN JENAZAH

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wrt.

Pada 17 April 2014 (Khamis) yang lalu, satu program tentang cara-cara pengurusan jenazah telah dianjurkan oleh pihak AZAM lokaliti Nizhny Novgorod. Program ini bermula jam 7.30 malam dan berakhir sekitar jam 10 malam. 

Berikut merupakan hadaf program :
1. Menjelaskan mengenai keperluan menguruskan jenazah. 
2. Memberi pendedahan tentang tanda-tanda kematian dan cara menguruskan jenazah dengan lebih tepat. 
3. Mempelajari secara praktikal cara memandikan jenazah dan memakaikan kain kapan. 
4. Memberi kesedaran akan kematian yang sentiasa hampir dengan kita


Program telah dimulakan dengan presentation slideshow oleh muwajih, Saudara Nasir Zainal Abidin tentang cara pengurusan jenazah pada awal kematian, kaifiat memandikan jenazah, mengkafankan jenazah, cara solat jenazah, pengebumian dan amalan orang yang hidup yang berguna buat jenazah. 

Program diteruskan lagi dengan praktikal tentang cara memandikan dan menkapankan jenazah. Praktikal dijalankan dengan kehadiran model jenazah dalam kalangan ikhwah dan muwajih menunjukkan bagaimana proses memandikan dan menkapankan jenazah itu dijalankan. Setelah praktikal tamat, warga Nizhny menunaikan solat Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Al Kahfi dan majlis diakhiri dengan makan malam.

Tahniah diucapkan kepada AJK yang terlibat dalam pelaksanaan program yang mantap ini dan diharapkan agar program-program sebegini dapat dijalankan lagi di Nizhny.

Firman Allah SWT dalam Surah Al Munafiqun ayat 11 yang bermaksud :
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

Wallahua'lam.








Post a Comment