BENTUK SIFAT POSITIF DALAM DIRI

0 comments

Setiap manusia harus memiliki sikap positif dalam menjalani kehidupan terutamanya ketika belajar. Dengan sikap ini, langkah kita akan tegar menghadapi setiap cubaan dan menghadapi masa depan penuh dengan keyakinan. Kita hanya perlu berusaha, berfikir dan berdoa.

SIKAP seseorang boleh mempengaruhi seluruh kehidupannya. Jika anda sentiasa berfikir tidak boleh melakukan sesuatu tugasan, maka anda pasti gagal melakukannya. Begitu juga sebaliknya. Suasana lingkungan yang kita ciptakan sendiri berdasarkan pemikiran, keyakinan dan falsafah akan membentuk sikap positif menurut Dr. Tengku Asmadi* :

TIP 1 : JANGKAKAN KEJAYAAN

Hukum minda mengatakan apa yang dijangkakan berkemingkinan besar akan berlaku. Oleh itu, daripada membuang masa menjangkakan kegagalan kenapa tidak jangkakan kejayaan. Sekiranya anda jangkakan kejayaan, focus anda pastinya hanya kepada cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah kejayaan,maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap positif. Malangnya dalam kehidupan ini kita sering takutkan kegagalan. Cara fikir kita menjurus kearah itu. Oleh itu yang tergambar di pemikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan.


“IT IS NOT THE POSITION WHERE YOU ARE STANDING BUT WHICH DIRECTION YOU ARE GOING” – Oliver Wendell Holmes

TIP 2 : UBAH PENAMPILAN DIRI

Sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif melalui percakapannya , pakaiannya , rambutnya,kasutnya gayanya dan sebagainya . Tetapi kita lupa , sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif


“ACTION IS THE FOUNDATIONAL KEY TO ALL SUCCESS”      - Pablo Picasso

TIP 3 : BERKAWAN DENGAN ORANG YANG BERJAYA

Untuk Berjaya, anda perlu berkawan dengan mereka yang telah Berjaya. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan dalam kalangan masyarakat.Orang yang berjaya selalunya mempunyai personality dan karisma yang mengagumkan. Personality dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda juga boleh melakukannya.

TIP 4 : DALAMI ILMU KECEMERLANGAN

Semangat ada ketikanya naik dan ada kalanya luntur. Ada ketikanya kta terlupa tentang matlamat yang dikejar disebabkan oleh pelbagani urusan dan aktivti lain. Ada ketikanya juga diri terasa malas dan bosan. Semuanya ini adalah lumrah hidup seorang manusia. Untuk mengekalkan semangat dan membina sikap positif maka anda perlulah sentiasa mendalami ilmu kecemerlangan diri. Anda boleh mendalaminya dengan banyak membaca buku-buku motivasi , berbincang dengan rakan-rakan tentang perancangan anda, menghadiri program dan ceramah motivasi


TIP 5 : KEJAYAAN SILAM MEMBARAI DIRI

Dalam hidup kita ini pasti ada sekali dua kita mencipta kejayaan sama ada kecil atau besar. Mulai hari ini cuba ingatkan kembali sebanyak mungkin kenangan manis ini dan senaraikan dalam diari anda. Setiap kali anda rasa tertekan, berasa negatif, malas , bosan dan sebagainya maka bacalah diari anda ini dan hayati semula saat-saat tersebut. Gambarkan dengan jelas apa yang berlaku ketika itu. Rasakan apa yang anda rasakan ketika itu. Semangat anda akan membara sekiranya anda lakukan bersungguh-sungguh. Semangat untuk kekal cemerlang ini akan menjana sikap yang positif itu.

*Dr. Tengku Asmadi :
Pengasas kursus Motivasi Alihan Pelajar (MAP)
Presiden TAMRIN (Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia)
YDP Silat Hijarah Malaysia
Aktivis PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia)

Waalahua'lam


Post a Comment