MOSCOW | KEMBARA KE TIMUR

0 comments
Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum wbt




Alhamdulillah pada 18 April 2014,bertempat di Surau Al-MAI,sekali lagi kami dipertemukan dalam satu kuliah yang bertajuk “KEMBARA KE TIMUR”.

Antara isu-isu yang dibincangkan dalam kuliah kali ini adalah mengenai:
- hujah-hujah dan logik kewujudan kehidupan akhirat
-kenapa perlunya ada akhirat dalam keimanan seseorang muslim itu 
-mengapa orang-orang yang tidak beriman enggan percaya kepada akhirat
-impak kepercayaan terhadap akhirat dalam kehidupan seorang muslim.

Kuliah bermula selepas solat Isyak secara berjemaah pada jam 11 malam.Sangat mengejutkan,dengan keasyikan dan ketekunan para pendengar dan muwajjih berbincang isu-isu yang rumit ini,kuliah ini akhirnya ditamatkan pada 1 pagi!. Sikap sebegini sangat mengagumkan dan mengambarkan semangat cintakan ilmu yang sangat tinggi dalam kalangan pelajar MAI.
Kami berharap semangat yang sama dapat diteruskan dan lebih banyak topik-topik kritikal yang ‘memecahkan kepala’ dapat dikupas pada masa akan datang inshaAllah.

“Siapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu Allah akan memudahkan baginya jalan ke surga. Dan para Malaikat selalu meletakkan sayapnya menaungi para pelajar karena senang dengan perbuatan mereka. Dan seorang alim akan dimintakan ampun oleh penduduk langit dan bumi dan ikan-ikan di dalam air. Kelebihan seorang alim atas orang ibadat bagaikan kelebihan sinar bulan atas lain-lain bintang. Dan sesungguhnya ulama (guru-guru) sebagai waris dari nabi-nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar atau dirham, hanya mereka mewariskan ilmu agama, maka siapa yang telah mendapatkannya berarti telah mengambil bahagian yang besar.” (Abu Dawud, Tirmidzi)






Wallahua'lam.


Post a Comment