Kek Keju

0 comments

Assalammualaikum . . .

Kek keju atau cheesecake pastinya menjadi kegemaran semua lapisan masyarakat. Rasanya yang berkrim dan manis begitu diminati. Tidak hairanlah jika ia menjadi sajian yang popular untuk minum petang atau hari-hari keraian.

Tetapi, sesetengah cheesecake mengandungi rasa cheese yang terlalu banyak sehingga memuakkan. Ada sesetengah cheesecake yang mempunyai kandungan keju yang mampat dan menyebabkan hanya satu suap sahaja sudah mengenyangkan.

Kulinari Azam pada kali ini, akan berkongsi tips membuat cheesecake yang In sha Allah sedap dan lazat sehinggakan sepotong kek tidak cukup untuk anda.

Basic Cheesecake

Bahan untuk kerak (base cheesecake).

* 120 gram biskut kraker. (Boleh digantikan dengan biskut Marry, Oreo dan lain-lain atas pilihan sendiri.)
* 5 cawan mentega. (Dicairkan)
* 3 sudu besar gula perang.

Bahan untuk inti cheesecake.

* 3 biji telur.
* 1 sudu teh esen vanila.
* 1 ½ cawan gula. (Mengikut kesesuaian masing-masing)
* 200 gram krim keju (cream cheese).
* 200 gram krim masam (sour cream).
* 200 gram krim (wheap cream atau heavy cream atau cream).
* 3 sudu besar tepung gandum.

Cara-cara membuat

1) Hancurkan biskut kraker sehingga menjadi serbuk. Masukkan gula perang dan mentega yang telah dicairkan. Gaulkan semua sehingga sebati dan mempunyai tekstur seperti pasir basah. Kemudian, ratakan di dasar bekas loyang sehingga menutupi keseluruhan dasar. Sejukkan selama 30 minit di dalam peti sejuk.

2) Untuk inti cheesecake pula, gaulkan semua bahan sehingga sebati dan tuangkan ke atas kerak cheesecake. Bakar selama 60 minit di dalam ketuhar bersuhu 200˚C.

Tips : Untuk mendapatkan tekstur yang lembut dan cair di mulut, bakar selama 45-50 minit di dalam ketuhar bersuhu 180˚C.

3) Setelah masak, sejukkan di dalam suhu bilik selama 10 minit. Kemudian, sejukkan di dalam peti sejuk selama 3-6 jam.

4) Keluarkan kek dari loyang dan sapu jem atau sour cream ke atas kek mengikut kreativiti masing-masing.

Basic cheesecake topped with mixed berry jam.


Selamat mencuba.


Post a Comment