• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

Showing posts with label Musik dan Movie. Show all posts
Showing posts with label Musik dan Movie. Show all posts

RAP , BUKAN NASYID TIPIKAL

0 comments

“Di saat waktu terhenti….kosong”
“Dimensi membutakan mata, memekakkan telinga…”
“Lalu diri menjadi hampa..”
“Saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka..”
“Sadarku akan hadirmu..”
“Mematahkan sendi-sendi yang biasanya tegak berdiri..”

KORUS:

“Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)”
“Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)”
“Syakkireena a’ kulli ni’ma (Marilah kekalkan syukur dengan apa yang kita ada)”
“Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa)”

Pasti rata-rata pembaca pernah mendengar bait-bait lirik lagu di atas. Lagu tersebut yang berjudul Alhamdulillah oleh Too Phat dan Yassin serta disusuli dengan alunan suara aktres Indonesia, Dian Sastro pernah menggegarkan dunia muzik suatu ketika dahulu.



Mana tidaknya, ramai tidak menyangka lagu tersebut yang dimodenkan dengan suntikan elemen rap membawa mesej dakwah. Lagu tersebut secara tidak langsung merupakan antara lagu yang membuka mata mereka yang jemu dengan kesamaan genre nasyid bahawa tidak semua lagu nasyid ialah tipikal.

Lagu nasyid boleh dimodenkan, dan boleh divariasikan selaras dengan peredaran arus semasa.

Bertitik mula dari situlah banyak pencipta lagu-lagu nasyid terkini mula berjinak-jinak dengan menyuntik elemen moden seperti rap dalam menyampaikan mesej dakwah melalui medium hiburan.

Ini sangat selaras dengan firman Allah yang menyeru kita untuk bijak dan hebat dalam menyampaikan dakwah seperti dalam surah An-Nahl, ayat 125;

“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu
dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik..”
(an-Nahl: 125)

Oleh itu, berikut penulis sertakan beberapa buah lagu terkini yang disuntik dengan elemen rap yang penulis rasa sangat bertepatan dengan citarasa pendengar masa kini dan mampu memberi suntikan genta ketuhanan ketika mendengarnya.

Selamat mendengar, dan moga Allah redha dengan usaha kita untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.

1) Al Haq...Yang Satu - Mawi ft. Dato’ AC Mizal



“Ya Allah, Ya Allah...ampunilah dosa-dosaku yang lalu...”

2) Ya Robbi - Syamsul Yusof ft. Dr. Anwar



“Ku hanyalah manusia yang selalu lupa dan selalu leka dengan tipu daya dunia”

3) Itu Ini Begitu Begini - Mirwana ft. Altimet



“Yang dijual murah untuk beli sepah,
Hingga tubuh kebulur, dan rohani resah”

4) Duniaku Dakwahku - Altimet ft. Ayai Ilusi



“Satu kalam cetusan indah-Mu, kan menyubur indah imanku..
Dakwahku percaturan, dakwahku bak pelaburan”



Read more

Seteguh Sumayyah

0 comments

Bismillahirrahmannirahim..

Assalamualaikum wbt.

Bersempena dengan tema pada bulan ini iaitu ‘Women in Islam’, penulis ingin mengajak para pembaca sekalian untuk mengimbau lagu masa lampau yang momentumnya masih deras sehingga kini. Penulis yakin pembaca blog ini semestinya kenal dengan kumpulan Hijjaz. Kumpulan nasyid yang cukup popular bagi penggemar nasyid tanah air cukup terkenal dengan salah satu lagu yang juga merupakan antara lagu kegemaran penulis.

SUMAIYAH

Ya, lagu Sumaiyah. Lagu yang cukup syahdu melodinya di samping lirik yang emosional dan bermakna, yang selalu menjadi lagu pilihan semasa pertandingan nasyid.

https://www.youtube.com/watch?v=GFKrK_fXadU

“Dalam diri selembut sutera
Kau miliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama
Dirimu bak lentera

Dibelenggu jahiliah
Kau tempuh dengan berani
Walaupun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
Ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak
Dibaring menghadap mentari

Disuruh memilih iman
Atau kekufuran
Samar jahiliah atau
Sinar akidah…..

Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tegar memilih syurga
Walau terpaksa mengoban nyawa

Lalu tombak ! yang tajam menikam
Jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu
sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumayyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Menggoncang dunia mencipta sejarah….

Sumayyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah… “

Lagu ini berkisarkan tentang pengorbanan dan keteguhan Sumayyah mempertahankan keimanan kepada Allah s.w.t. Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya walaupun diseksa dengan cukup kejam dan dahsyat adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam.

Sumayyah ialah wanita pertama mati syahid dalam sejarah demi syurga yang abadi.

Kisah Sumayyah seperti yang dizahirkan di dalam lagu nasyid dendangan kumpulan Hijjaz ini merupakan teladan dan contoh yang cukup signifikan bukan sahaja kepada sisters, malahan juga para brothers.

A devastating story yet so moving and inspirational to teach us, fellow Muslims, that no matter how big the curve ball is, it shouldn’t be a reason to shake our faith and belief, for life is nothing without Allah, and only Him we should rely on and be devoted to.

Dan siapakah Sumayyah itu sebenarnya? Seorang wanita.

Islam mengambil berat dan memandang tinggi terhadap wanita. Menjadi wanita sendiri merupakan anugerah agung dari Allah swt.

Asal usul seorang manusia sendiri adalah seorang ibu, seorang wanita, yang mengajar manusia tentang kasih sayang dengan sifat lemah lembut di samping meyuburkan erti kekuatan dengan perjuangan. Luarannya kelihatan halus, rapuh dan sensitif tetapi hatinya cekal seteguh kerang.

Seperti Sumaiyah, penggoncang dunia.

Waalahua'lam


Read more

USTAZ, MU TUNGGU AKU DATANG:BILA HIDAYAH NAK DATANG?

0 comments

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, penulis masih diberikan kesempatan untuk mengukir nukilan dalam blog Azam Russia ini, blog yang cukup interaktif dan menarik serta padat dengan pengisian yang bukan biasa-biasa tetapi luar biasa. Selain entri-entri yang mampu menajamkan minda, sajian untuk hati juga banyak diselitkan bahkan merupakan antara prioriti blog ini. Maklumlah, kita semua hanyalah insan dan hamba, yang saiznya kecil cuma, yang sentiasa tercari-cari. Apa yang dicari? Tepuk dada tanyalah selera, soal iman. Lantaran itu adalah penting untuk hati ini dijaga kerana zatnya yang sangat sensitif dan lemah lantas memerlukan pengawasan dan perhatian yang lebih serius kerana apabila hati ini sudah gelap, susah nak bersihkan. Namun, tidak mustahil jika daya itu ada di samping dengan keizinanNya.

Bulan Januari di bumi Russia ini adalah bulan yang cukup menarik. Dimulakan dengan cuti yang panjang pada awal tahun baru, diikuti sesi kuliah selama beberapa ketika dan seterusnya disusuli dengan imtihan yakni peperiksaan sebelum cuti kembali bersambung yang lazimnya diisi dengan jaulah, boleh dikatakan agak banyak masa lapang yang mungkin terlalu lapang untuk diluangkan bagi penulis. Masa percuma yang Allah bagi ini sempat penulis luangkan untuk menonton filem mahupun ceritera yang bukan sahaja menjadi peneman dan penghibur malah menjadi 'pengajar'.

Untuk entri pada kali ini, penulis agak berminat untuk mengulas sebuah filem yang dihasilkan oleh industri perfileman negara kita sendiri. Mungkin ramai yang sudah menyaksikan dan menonton filem ini jadi tidak salah jika diri penulis ini dilabel sebagai agak 'outdated'. Namun, penulis percaya ada juga individu yang lagi outdated dari penulis. :P

Ustaz, mu tunggu aku datang.



Menyentuh sinopsis cerita komedi-Islamik ini, secara ringkas ianya berlatarkan dua orang sahabat karib, Dadu dan Muiz, yang dilakonkan oleh Shahrol dan Ajak Shiro Raja Lawak. Mereka boleh dianggap sebagai agak kekurangan ilmu di dalam hal yang berkaitan dengan agama. Kejahilan kedua-dua watak ini digambarkan menerusi dialog yang dituturkan dan bukannya dengan lakonan. Persoalan berkenaan sejauh mana kejahilan mereka hanya boleh diimaginasi berdasarkan kata-kata yang disampaikan. Kemunculan sepupu Dadu iaitu Hamzah membuatkan mereka berdua insaf dan ingin berubah. Nasihat yang diberikan Hamzah, yang dahulunya gemar berhibur sebelum mendapat tarbiyah, cukup memberikan impak kepada jiwa mereka. Mungkin sedikit pantas ritma cerita ini yang membawa mereka ke titik kesedaran untuk berubah tetapi pada saat inilah basis plot cerita ini bermula menerusi pengenalan watak Ustaz Azhar Idrus. Dadu dan Muiz berhasrat untuk hadir secara langsung ke ceramah Ustaz Azhar Idrus namun pengembaraan mereka tidak lekang dengan cabaran. Pelbagai ujian terpaksa mereka lalui seperti motor kehabisan minyak, bertemu penjenayah tanpa sedar dan sebagainya.

Penulis tidak mahu menyajikan sepenuhnya plot cerita ini kerana takut menjadi spoiler kepada pembaca yang masih belum menonton filem ini lagi.

Filem ini diarahkan oleh Pierre Andre, salah seorang pengarah yang cukup tersohor di negara Malaysia. Media-media tabloid pernah menerbitkan artikel tentang penghijraan Pierre Andre yang mahu memfokuskan karya perfilemannya kepada elemen Islamik. Alhamdulillah. Filem ini merupakan antara gerak usaha beliau dalam menyebarkan dakwah menerusi lakon layar.

Secara amnya, filem ini disampaikan menerusi komedi dan humor. Oleh sebab itulah pelakon-pelakon dari kumpulan Shiro direkrut untuk membintangi cerita ini kerana genre dan origin lakonan yang berkonsepkan lawak dan jenaka. Bak kata orang, kenalah pilih pelakon yang sesuai barulah penonton boleh gelak.

Dari lensa penulis

Mutu dan kualiti lakonan watak-watak di dalam filem ini boleh penulis sifatkan agak baik dan memuaskan. Penulis bukanlah pelajar bidang perfileman mahupun ahli akademi Oscar yakni pengkritik yang cukup arif dalam menilai kualiti, sinematografi, lakon layar, mahupun scoring sesebuah filem. Lantaran itu, penulis tidak mahu menumpukan kepada aspek-aspek teknikal filem ini kerana ada pihak yang lebih mahir dalam memberikan kritikan. Namun begitu, sebagai penonton biasa, apa yang boleh penulis rumuskan adalah masih banyak ruang yang boleh diperbaiki dari segi mutu penghasilan filem dan penjiwaan watak supaya lebih tertusuk hati-hati yang dahagakan tarbiyah. Penyampaian humor dan jenaka agak menjadi dan berjaya untuk mencuit hati penulis namun tidak lekang juga babak-babak yang menimbulkan rasa janggal kerana pembawaan yang agak trying too hard dan kurang berkesan terutamanya yang melibatkan emosi melankolik dan sentimental. Mungkin boleh dimaafkan. Dan babak semasa nama Nora Danish disebut untuk mengalihkan perhatian agak merimaskan.
Trivia: tidak ada pelakon perempuan di dalam filem ini . Saya yakin, para pembaca faham apa yang penulis cuba sampaikan.

Ibrah
Terdapat pelbagai ibrah yang boleh diambil daripada cerita terbitan MIG Pictures ini.

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)." (Surah Al-Baqarah : ayat 214)
Dadu dan Muizz menghadapi pelbagai kesukaran di dalam perjalanan mereka. Cabaran ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji sejauh mana tulus dan ikhlasnya hati mereka disandarkan pada Allah. Bukan calang-calang ujian yang mereka dapat. Tetapi, jika niat itu adalah keranaNya dan baik, dan di dalam cerita ini untuk mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus (siapa tak kenal kan), insya Allah akan turun pertolongan yang tidak dijangka sama sekali. Sedangkan orang yang baru nak berubah pun ditimpa dengan ujian berat, apatah lagi mereka yang sudah sedar tentang peranan mereka. Kuncinya adalah sabar dan tawakkal.

“Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan cara hikmah dan nasihat yang baik..” (Surah An-Nahl : 125)

Mesej dakwah juga merupakan antara tema yang menjadi latar kepada perjalanan filem ini. Seawal 5 minit pertama cerita ini lagi penonton sudah disajikan dengan tarbiyah yang disampaikan oleh jemaah tabligh. Di samping itu, tazkirah yang disampaikan oleh Dadu dan Muizz semasa berada di dalam lokap juga wajar dipuji memandangkan mereka baru sahaja mendapat religious awakening. Kita mungkin tidak tahu apa resepsi mahupun penerimaan masyarakat tetapi sekurang-kurangya kita menyampaikan dan berkongsi dengan mereka yang tidak tahu.

"Hidayah perlu dicari bukan ditunggu. Macam makanan, kalau tak suap ia tak masuk sendiri ke dalam mulut.." - Ustaz Azhar Idrus.
Nota: Statement diatas dipetik dari ceramah UAI, bukan dialog yang dituturkan oleh UAI dalam cerita ini.

Benar, hidayah perlu dicari. Hidayah itu milik Allah dan Allah berhak untuk memberikannnya kepada sesiapa yang dikehendaki tetapi tidak bermaksud kita hanya perlu duduk menonton TV dan menunggu ianya sampai kepada kita secara magikal tanpa perlu berusaha. Dadu dan Muizz cukup bertuah kerana dipertemukan dengan individu-individu yang menyampaikan kebenaran kepada mereka tanpa mereka sedari. Namun, hati mereka terus-menerus membutuhkan lebih pencerahan dan pengisian seterusnya membawa mereka ke dalam misi untuk mendengar kuliah UAI.

Penulis yakin, ada banyak lagi ibrah yang boleh diekstrak menerusi kanta perspektif masing-masing. Sememangnya filem ini agak kaya dengan pengajaran meskipun banyak ruang yang boleh ditambah baik. Penulis sedikit kecewa dengan ciri-ciri Islamik stereotype yang disampaikan. Apabila berbicara tentang Islam dan tarbiyah, seringkali penampilan berserban dan berjubah muncul di minda bagi mereka yang belum mengenal Islam sepenuhnya. Islam itu sebenarnya adalah lebih luas daripada unsur-unsur stereotype yang kita sedia maklum. Diharapkan Pierre Andre ataupun pengarah-pengarah lain di luar sana yang mempunyai visi dan misi dalam menyampaikan dakwah mampu mempolopori konteks Islamik dengan lebih luas dan bukannya hanya bergantung kepada yang tipikal dan klise sahaja. Sekurang-kurangnya stigma ini boleh diubah. Selain itu, industri seni negara kita masih bermain di paras selamat seperti yang dilakukan di dalam filem ini. Penulis masih menanti filem-filem Islamik mega yang mampu mencetus gagasan pemikiran seperti yang banyak dihasilkan di negara Indonesia.

Penulis merekomen para pembaca untuk menonton filem ini andai berkesempatan. Mungkin anda mempunyai idea yang berbeza berbanding dengan ulasan ini namun bukankah itu perkara baik kerana sekurang-kurangnya kita mampu menggunakan minda mencernakan sesuatu berlunaskan pemahaman individu? Wallahualam...

Akhir kata, memetik salah satu dialog di dalam filem ini, bolehkah kita jamin esok masih ada?
p/s: Kemunculan UAI adalah cukup singkat dan bukan yang seperti penulis jangkakan.


Read more

MENCARI TUHAN DALAM LAGU

0 comments

Assalamualaikum wrt.

          Kita sebagai seorang manusia sememangnya berhak untuk membuat pilihan. Pilihan yang betul akan membawa kita ke arah kebaikan, manakala pilihan yang salah akan membuatkan manusia itu terjerumus jatuh ke lembah kehinaan.

          Tidak dinafikan dalam abad ini, muzik merupakan salah satu elemen yang penting dalam mewarnai jiwa manusia yang haus dan dahagakan hiburan. Rata-rata manusia pada abad ini tidak boleh lari daripada memilih muzik sebagai salah satu jalan alternatif untuk berhibur.

Berhibur itu tidak salah, namun seorang muslim itu haruslah bijak memilih dalam berhibur.

          Memang tidak dinafikan lagi dalam jutaan jenis lagu yang diputarkan dalam abad ini, kebanyakannya berkisar tentang cinta sesama makhluk serta bersifat keduniaan dan melalaikan. Meskipun begitu, dalam banyaknya lagu yang berunsurkan rasa rindu pada kekasih hati di dunia, adakalanya lagu yang sering didengari itu bila diamati dan dihadami sebenarnya membawa maksud tersirat yang jauh lebih hebat dari pujaan sepasang kekasih yang saling merindui antara satu sama lain.

          Penulis lebih gemar mendengar lagu-lagu begini yang sekali dengar seperti lagu untuk kekasih, tapi bila didasari lagu tersebut dapat dikaitkan dengan nilai ketuhanan..meskipun lagu tersebut bukan ditulis dengan sifat ketuhanan.

          Lagu-lagu tersebut mempunyai senikata melayu indah yang dapat kita kaitkan dengan tuhan, yang biasanya menggambarkan rasa rindu kita sebagai makhluk tuhan kepada-Nya. Bait-bait ayat yang digunakan jika diamati sangat sarat dengan elemen pujian dan ketauhidan, umpama sepasang kekasih yang bercinta dan merindui antara satu sama lain. Lagu-lagu inilah jika dihayati boleh menggeggarkan jiwa mereka yang mendengarnya.

          Oleh itu, berikut merupakan beberapa himpunan lagu saranan penulis yang dapat menggetarkan jiwa pendengar di kala mereka hauskan hiburan dan pencarian mencari Tuhan. Mungkin lagu yang tertera di sini boleh dikategorikan agak klasik dan sebagainya kerana coretan ini lebih senteng ke arah citarasa penulis, tapi saranan penulis, penulis yakin ada banyak lagi lagu lain di luar sana yang bersifat ketuhanan dan lebih kena dengan citarasa masing-masing, InshaAllah.

Akhir kata, berhibur itu tidak salah, tapi biarlah lagu tersebut menyeru kita kepada Tuhan.

Semoga terhibur, hayati, hadam dan selamat mencari Tuhan.

1) Kepadamu Kekasih - M.Nasir, Hattan, Jamal Abdillah

                            
Lagu rintihan kepada Tuhan tatkala diri terawang-awang dan hanyut dalam dunia. Ciptaan Zubir Ali yang liriknya datang dari sajak terkenal nukilan sasterawan Indonesia, Chairil Anwar.

3) I’tiraf - Raihan



Juga lagu rintihan kepada Tuhan agar menerima taubat dan mengampuni dosa lalu,, di samping mendoakan supaya Tuhan memelihara diri dari melakukan khilaf dan berbuat=

4) Di Penghujung Rindu - Jamal Abdillah



Nukilan indah tatkala sang perindu bertemu Dia yang dirindukan itu di waktu kemuncak percintaan agung ini tiba iaitu ketika mati. Antara lagu yang tinggi bahasa tabirnya

5) Meniti Titian Usang - Search

 


Lagu yang memaparkan kisah hidup manusia tatkala melintasi titian Sirat, serta rayuan sayu supaya diselamatkan daripada azab yang bakal mendatang.

Wallahu’alam.


Read more

WE HAVE THE POWER!

0 comments

Assalamu'alaikum wbt.

Dalam rasa lelahnya belajar, terkadang diuji dengan kegagalan, diuji pula dengan badai dalam berukhuwah, diuji lagi dengan musibah keluarga, hingga sampai suatu masa kita rasa tidak lagi kuat untuk bangun. Untuk bangkitkan semangat diri apatah lagi teman-teman rapat.

Lantas, ingatkah kita bahawa ujian itu membuktikan keimanan seseorang? Firman Allah dalam Surah al-Ankabut yang bermaksud;

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji?" (29:2)

Oleh kerana hanya mereka yang BERIMAN dapat memasuki syurgaNya, jadi bangkitlah dari ujian-ujian itu hai sahabat!

Pada kali ini, kami ingin mengajak anda bangkit melalui lagu yang disampaikan oleh seorang pendakwah dan aktivis di Malaysia, Mu'adz Dzulkefly. Beliau merupakan penasyid Malaysia kelahiran United Kingdom.He aims to deliver unconventional messages through music, art and performances. Dan beliau telah menghasilkan 2 buah album.

Album terbaru beliau berjudul Rindukan Cahaya adalah hasil kolaborasi dengan komposer/penyanyi dari Indonesia, Noe(Letto Band).Album beliau yang pertama 'al-Asr…a moment' merupakan album pertama di dunia yang mengaplikasikan hadith junjungan mulia Rasulullah sebagai liriknya. Kesemua lagu beliau dalam album ini menyelitkan hadith baginda. Album ini mengandungi 10 buah lagu, jadi kesimpulannya album ini menyajikan 10 hadith kepada para pendengar. Juga divariasikan dengan 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.

Ditanya tentang penggunaan beberapa bahasa dan penyelitan hadith, Muadz menjawab bahawa dia ingin menyampaikan dakwah itu kepada seluruh masyarakat dengan cara yang mudah untuk difahami dan bagi beliau, pemahaman itu sangat penting. Jika masyarakat mendengar dan dapat menghafal 10 buah lagu dalam album itu, ini bermakna mereka telah berjaya menghafal 10 buah hadith secara tidak langsung.


Pemegang ijazah perundangan dari UIAM itu memberitahu bahawa album 'al-Asr…a moment' ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan telah dicetak sebanyak 2,500 unit. Dan antara pemuzik yang terlibat dalam penghasilan album ini ialah Eddie Marzuki, Hilary Ang(search), Sham(Kamikaze), dan Ramli(Mohan).

Lagu yang dipilih oleh kami pada kali ini ialah lagu Stand-Up dari album pertama beliau. Lagu ini mengajak kita supaya bangkit untuk mengejar syurga Allah yang sangat mahal itu disamping memahami orang sekeliling kita dan mengajak mereka untuk turut mengejar redha Allah.

Tidak lain dan tidak bukan, al-jannah itu diciptakanNya untuk mereka yang beriman sahaja. Jadi, dapatkan tawaran syurga ini dengan menghadapi semua ujianNya.

Stand Up by Mu'adz

"قم يا فلان فأذن أنه لا يدخل الجنة الا مؤمن"

"ان الله يؤيد الدين برجل فاجر"

Oh you stand up! say it together

None enters paradise save a true believer

Allah shall support this religion

With a sinful man with a wicked man

Some people see barriers

In classes and in colours

Some people are wiser

But some believe they are hollier

Feel the heart of everyone

See through our differences

You and I have the power

Think good of one another

So stand up and take our places

And do what we do better

Spend some time to know ourselves

Help the other!

Selain lagu ini, pembaca boleh juga mendengar lagu-lagu lain dalam album ini yang turut menaikkan semangat untuk menghadapi ujian seterusnya menaikkan Islam itu sendiri, insyaAllah.

Stand-up
http://www.youtube.com/watch?v=_g4aa1kvXpU

Khalifah Merdeka
http://www.youtube.com/watch?v=CEIjhxCi2Tw

Amrullah
http://www.youtube.com/watch?v=c3ZScieqgGQ

Wallahu 'alam.


Read more

“Make Me Strong – Sami Yusuf” : Motivasi di kala Sangsi dan Depresi

0 comments
Assalamualaikum wbt.

Syukur ke hadrat Illahi, kita diberikan kesempatan untuk terus bernafas dan menghirup gas-gas penuh nikmat dalam menjalani kehidupan seharian sebagai hamba Allah swt. Kita masih diberi peluang melihat dunia seterusnya diberi keupayaan dalam mengerjakan ibadah sebagai simbolik pengabdian cinta kita kepada yang Maha Esa. Sudah terang lagi bersuluh, Allah terus menghujani hamba-hambanya dengan rahmat pancaindera sempurna untuk membaca nukilan pada ruangan ini di blog Azam Russia. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah

Bersempana dengan bulan hijrah, entri pada kali ini ingin berkongsi dengan pembaca sebuah lagu yang mungkin sudah biasa didengari oleh segelintir daripada golongan pengikut setia blog ini. Semestinya kita sudah kenal dengan Sami Yusuf, penyanyi warganegara British yang kini sudah menghasilkan 4 album. Penyanyi berketurunan Azerbaijani ini menghasilkan album pertama yang diberi judul 'Al-Mu'allim' pada tahun 2003 disusuli dengan album 'My Ummah' yang dihasilkan pada tahun 2005. 'Wherever You Are' mula dipasarkan pada tahun 2009 sebagai album ketiga dari beliau sebelum menerbitkan album terbaru berjudul 'Salaam' pada tahun lepas. Konsep kerohanian dan spiritual yang diimplementasikan di dalam karya-karya beliau sememangnya mendapat sambutan di seluruh dunia. Hasil jualan album pertama dan kedua sahaja telah mencecah 7 juta unit. Ini membuktikan impak muzik yang dibawa oleh penyanyi ini cukup besar rata-rata kepada penggemar hasil seni beliau yang majoritinya adalah masyarakat Islam sendiri.

Entri pada kali ini ingin memfokuskan kepada salah satu lagu ciptaan beliau yang cukup dekat dengan hati setiap hambaNya yang senantiasa mencari keredhaanNya. Perjalanan dakwah di samping perlaksanaan ubudiyah dan khilafah bukanlah jalan yang mudah. Jika onak duri di sepanjang laluan ini sudah dirasakan berat, kepayahannya lebih parah daripada itu. Ibarat terowong panjang yang gelap, kadang kala hati ini akan berdetik mengajuk minda merasakan seolah-olah perjalanan ini seperti tiada penghujungnya.


"Make Me Strong"


I know I’m waiting 
Waiting for something 
Something to happen to me 
But this waiting comes with 
Trials and challenges 
Nothing in life is free 
I wish that somehow 
You’d tell me out aloud 
That on that day 
I’ll be ok 
But we’ll never know cause 
That’s not the way it works 
Help me find my way

My Lord show me right from wrong 
Give me light make me strong 
I know the road is long 
Make me strong 
Sometimes it just gets too much 
I feel that I’ve lost touch 
I know the road is long 
Make me strong 

I know I’m waiting
Yearning for something 
Something known only to me 
This waiting comes with 
Trials and challenges 
Life is one mystery I wish that somehow 
You’d tell me out aloud 
That on that day you’ll forgive me 
But we’ll never know cause 
That’s not the way it works 
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong 
Give me light make me strong 
I know the road is long 
Make me strong 
Sometimes it just gets too much 
I feel that I’ve lost touch 
I know the road is long 
Make me strong


"Make Me Strong" merupakan track yang ke-10 di dalam album ketiga Sami Yusuf yang berjudul "Wherever You Are". Jujur dari hati penulis yang tidak lekang dari melakukan dosa ini, lagu ini memberi kesan yang mendalam. Menerusi tajuk lagu ini sendiri, mesej utama yang cuba disampaikan menerusi bait-bait lirik yang puitis dan bermakna ini adalah untuk kita sentiasa berdoa, memohon dan merayu kepada Allah untuk memberikan kita kecekalan, ketegaran dan kekuatan hati dalam menempuhi pancaroba.

Dalam konteks hijrah, agak kuat korelasi lirik lagu ini jika dipadankan dengan cabaran dalam menempuhi hijrah itu sendiri. Hijrah bukanlah satu proses yang ringkas dan mudah tetapi lebih kepada perjalanan yang payah dan berterusan. Konsep hijrah itu sendiri sebenarnya adalah perubahan ke arah yang lebih baik. Namun begitu, bak kata masyarakat umum, bukan senang untuk menjadi baik. Dari langkah pertama yang diorak untuk menjadi hamba yang lebih cemerlang, cabaran sudah dihumban bertubi-tubi. Bisikan syaitan, ejekan dan cemuhan, godaan serta tarikan dunia fana, semuanya wujud di mana-mana. Hanya berbekalkan niat yang benar serta hati yang sabar, insha Allah hati ini tidak akan alpa menurut kedurjanaan yang setiap masa melambai penuh kemesraan. Namun, sudah pasti akan ada masa kita akan merasa down dan hopeless' sehingga merasakan 'Sometimes it just gets too much, I feel that I’ve lost touch' seperti yang dibicarakan di dalam lirik lagu ini.

Ada saat kita akan merasakan seolah-olah beban yang dipikul atas dasar perubahan sudah cukup berat untuk ditampung hinggakan kita meronta dan menangis tetapi yakinlah "Allah tidak membebankan seseorang melainkan mengikut kesanggupannya" (al-Baqarah 286).

Kita kena sentiasa sedar bahawa 'the road is long' dan ‘this waiting comes with trials and challenges’. Jika kita ingin mengadu, tadah sahaja tangan ke langit mahupun sujud ke lantai dan mintalah pertolongan dari Allah kerana "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang"(ar-Ra'd : 28). Bila kita diuji dengan kesusahan, ingatlah firman Allah: "Dan mintalah pertolongan (Allah) dengan sabar dan solat." (al-Baqarah: 45). Insya Allah, Allah akan 'show us right from wrong' dan 'give us light' seterusnya 'make us strong'. Maka akan tercapailah misi hijrah kita seterusnya mendekatkan kita setapak lagi ke arah jannahNya yang kekal abadi.

Sememangnya penyampaian bersahaja oleh Sami Yusuf berlatarkan alunan yang syahdu dan melankolik mampu mengetuk pintu hati kita yang selalu lemah. Dinamik korus lagu ini pada separuh kedua lagu ini dilagukan dengan projeksi penuh bersemangat seterusnya mampu mengembalikan semangat-semangat para pemuda dan pemudi sekalian untuk terus memohon petunjuk dariNya.

Akhir kata, Rasulullah s.a.w pernah bersabda “Tidaklah seorang muslim menderita kerana kesedihan, kedukaan, kesusahan, kepayahan, penyakit, dan gangguan duri yang menusuk tubuhnya kecuali dengan itu Allah mengampuni disa-dosanya”. (HR Bukhari).
Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Oleh itu, kenapa perlu berputus asa???
Wallahua'lam


Read more

Zikrullah Gaya Moden,Zikir Terapi Diri.

0 comments

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum wrt.

Kadang-kadang, manusia terlupa mengingat Allah dalam kesibukan mengejar kehidupan dunia. Dunia mengejar kita dan kita mengejar dunia, sedangkan apa yang patut kita kejarkan seharusnya bukanlah kehidupan di dunia tetapi nun di akhirat sana. Dalam putaran masa yang beredar laju, manusia memang mudah untuk digoda oleh pujuk rayu dunia. Maka oleh sebab itulah kita sebagai manusia perlu sentiasa membasahi hati kita mengingat Allah, supaya saban hari yang dilalui itu sentiasa bermakna dan mampu mengejutkan kita dari kelekaan dan kelalaian dunia.

Dan antara ribuan godaan dunia, kelekaan yang seringkali kita terlepas pandang dalam dunia hari ini adalah dari cabang hiburan. Memang sudah lumrah manusia untuk menyukai dan meminati seni dan hiburan, namun andai hiburan yang didengari itu tidak membuahkan amal dan mampu melalaikan kita, lama-lama kita akan terus dibuai kealpaan dan akhirnya tergelincir hanyut ditelan keindahan penipuan dunia.

“Ketahuilah oleh kalian, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan di antara kalian serta berbangga-banggaan dengan banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang karenanya tumbuh tanam-tanaman yang membuat kagum para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning lantas menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” - (al-Hadid: ayat 20)

Oleh itu, sebagai seorang muslim yang sedar akan hakikat ini, kita perlulah bertindak bijak dalam memilih jenis hiburan yang ingin kita dengari. Sebagai salah satu cara untuk berhibur secara bermanfaat, dalam ruangan ini ingin penulis sarankan kepada pembaca untuk sama-sama mendengar album Zikir Terapi Diri dari Hafiz Hamidun sebagai salah satu cara untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Tuhan dari segi hiburan..


Mungkin penulis agak sedikit terlewat dalam memberi review terhadap hasil karya bekas ahli kumpulan nasyid UNIC ini memandangkan beliau baru sahaja mengeluarkan album terbaru beliau dengan tema yang sama pada lewat bulan lalu, namun dek kerana keindahan nukilan karya dalam album beliau ini, penulis gagahkan jua tinta penulis untuk menukil sepatah dua kata terhadap album beliau yang penulis rasakan sangat hebat dan sangat menyentuh kalbu ini. Tambahan pula, hasil karya Hafiz Hamidun ini tidak patut dilabel dengan istilah lewat atau awal, kerana penulis percaya, andai sesebuah hasil karya itu hebat dan bermutu, ianya akan sentiasa evergreen dan tak lapuk ditelan zaman.

Jujurnya, antara sebab mengapa penulis sangat menyukai album ini adalah kerana penulis sangat gembira dengan cetusan hasil karya Hafiz Hamidun dalam usaha melazimi hati masyarakat dengan lafaz dan bait-bait zikir mengingati Allah secara santai dan bersahaja secara moden. Sudah tiba masanya untuk pendakwah muzik untuk tampil dengan muzik moden dengan unsur rohani sebegini, yang mampu menarik minat masyarakat terhadap mengimani Tuhan dan mengajarkan kepada Islam yang sebenar.

Teringat pertama kali penulis mendengar snippet awal daripada album ini pada suatu ketika dulu di laman sesawang Youtube. Pada waktu itu, sebagai salah satu langkah promosi bagi album ini, beliau telah memuatnaik sebuah single terpilih yang berjudul Lailaha Illallah. Lantunan vokalnya yang menusuk kalbu, diiringi sulaman muzik yang syahdu telah berjaya menambat hati penulis untuk memiliki dan mendengar keseluruhan hasil karya dalam album beliau ini.

http://www.youtube.com/watch?v=4PiTfPMv6qQ
Lailaha Illallah - Hafiz Hamidun

Ternyata, setelah mendengar keseluruhan hasil karya yang dimuatkan dalam album ini, tiada kata yang mampu menggambarkan betapa penulis merasakan untuk memiliki album ini memang sangat berbaloi. Setiap zikrullah versi moden yang dimuatkan dalam album ini ternyata sangat mengesankan dan menusuk jiwa. Sungguh, bagi mereka penggemar muzik yang sedang mencari alternatif lain untuk lari sebentar dari kelalaian muzik dunia yang lebih bersifat keduniaan, inilah album yang anda cari selama ini.

Dengan susunan muzik latar yang sangat membantu dalam mencetuskan suasana tenang dalam jiwa setiap pendengar, disulami alunan bait-bait zikir mengingati Allah yang syahdu dan menusuk kalbu,, album ini memang sesuai untuk didengar di mana sahaja. Ianya boleh dijadikan halwa telinga sewaktu dalam perjalanan ke kelas menggunakan metro, sewaktu sesi mengulangkaji pelajaran, sewaktu menanti lecturer di bilik kuliah, bahkan sangat sesuai ketika merawat hati kita yang sedang bergolak dan berkecamuk. Yang penting, mesej yang cuba disampaikan ialah sentiasa mengingati Allah, dan album ini mampu membuat kita lebih menghayati keagungan kuasa Sang Pencipta menerusi muzik. In shaa Allah.

Oleh itu, marilah sama-sama kita ubah gaya hidup kita dengan memperbanyakkan alunan muzik sebegini, dan untuk permulaannya bolehlah kita sama-sama memiliki album Zikir Terapi Diri ini sebagai satu alternatif baru dalam seleksi lagu yang bertimbun dalam pod muzik kita. In Shaa Allah, mudah-mudahan apa yang kita dengari itu bukan sahaja mampu mendekatkan diri kita dengan Allah, malah mampu meningkatkan iman kita seraya menghindarkan diri dari melakukan perlakuan mungkar.

Akhir kata dari penulis, bagi mereka yang ingin mendengar beberapa dendangan zikrullah moden dari Hafiz, di sini penulis sertakan beberapa video dari laman sesawang Youtube untuk didengari sebagai pembuka minda dan penyejuk hati.

http://www.youtube.com/watch?v=9NcS_2Io9t4
Astaghfirullah - Hafiz Hamidun


http://www.youtube.com/watch?v=HeEgEvWXXAg
Subhanallah - Hafiz Hamidun

http://www.youtube.com/watch?v=lhXcjomFdB0
Ya Latif - Hafiz Hamidun


Wallahua’lam.


Read more

Music Review: Berqorbanlah~

0 comments
Assalamu’alaikum wbt sahabat sekalian...

InsyaAllah pada bulan ini kita akan menyambut perayaan yang sangat besar nilainya disisi Islam iaitu Hari Raya ‘Aidiladha. Seperti mana kita semua tahu, sambutan ini adalah bagi memperingati peristiwa qorban oleh nabi kita Ibrahim as dan anaknya Ismail as disamping menyemai rasa ingin berqorban dalam diri kita. Dan bagi merasai erti sebenar sebuah pengorbanan, perlulah kita melihat keperluan orang lain melebihi kehendak diri kita kerana sememangnya kita diciptakan untuk saling melengkapi. Juga perlu bagi kita melebihkan Allah dan Rasulullah daripada segala perkara lain. 

Sepertimana yang dinyatakan dalam hadis baginda SAW yang diriwayatkan oleh Anas ibn Malik tentang bagaimana seseorang ingin merasai kemanisan iman adalah apabila, “Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; jika dia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan dirinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Muttafaq alaih) 

Jika kita lihat, satu-satunya agama yang ummatnya sanggup untuk merasa susah demi saudaranya yang lain adalah agama Islam. Jadi disini, marilah sama-sama kita reflek diri kita sebagai seorang muslim yang ingin rasa berqorban dan terqorban melalui bait-bait lirik yang disampaikan oleh kumpulan The Zikr ini.

WAHAI PARA MUJAHID

Wahai para mujahid maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran
Korbankanlah harta sekalipun jiwa raga
Teguhkan keyakinan teruskanlah perjuangan

Wahai para mujahid janganlah terpengaruh
Ujian nikmat hidup duniawi
Biarpun ianya begitu indah
Namun hanya sementara

Memang berjuang itu terkorban
Kerana kita berjuang untuk berkorban
Itulah asam garam perjuangan
Syarat mendapat cinta Allah

Wahai para pejuang kebenaran
Suburkanlah semangat juangmu

Setiap masa sepanjang hayatmu
Dengan irama hiburan ini

Tempuhilah penderitaan
Di dalam perjuangan
Kerana itu adalah penghapus dosamu
Berjuang kerana Ilahi
Walaupun sedikit tetap kan dinilai
Sebagai amalanmu yang soleh

p/s : Semoga Allah mengira pengorbanan kita ini. 
Wassalam.


Read more

Music Review: Alarm Me - I Wanna Be Somebody

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum wbt sahabat pembaca.

Memandangkan sekarang musim peperiksaan, sahabat semua tentunya sibuk mengulang kaji mana-mana topik yang masih belum dikuasai. Di masa-masa genting inilah, lumrah terjadi pada sesetengah rakan kita rasa lemah atau malas. Jadi, kali ini kami di pihak Azam Russia akan mencadangkan anda sebuah lagu yang mana insyaAllah akan menaikkan kembali himmah atau semangat rakan kita.

Lagu yang dibawakan oleh kumpulan nasyid tanah air Alarm Me yang bertajuk 'I Wanna Be Somebody'.

(Kredit)
Jom kita semak liriknya supaya nanti tidaklah sia-sia kita mendengar tanpa penghayatan dan kesan pada diri kita.

----->>>
Ku bertanya pada diri 
Apa nak jadi bila besar nanti 
Jawabnya I wanna be somebody 

Bila ku sedar kemampuan 
Tak sebijak persis insan lain 
Membuat citaku tak kesampaian 

Mujurlah sempat ku kikis sikap itu 
Masa depanku aku yang menentukannya 
Kejayaan bukan percuma 
Malas usaha kelompang jiwa 

Telah ku bukti pada semua 
Bersungguh pasti kan berjaya 
Ku kini mampu melakukannya 

Jangan jemu pada ilmu 
Dengannya kita akan dimulia 
Jadilah orang yang berguna 

Tuhan tak akan mengubah nasib kita 
Selagi tak usaha kepada yang lebih baik 
Jika tak tahu bertanya orang bijaksana 
Setelah berjaya..janganlah alpa 

Saat ini ku bertanya 
Apakah kegagalan itu hina 
Kerananya I gonnna be somebody 

Bait-bait yang ditebalkan di atas perlu ditanyakan pada diri sendiri ya sahabat. 

Salam imtihan sahabat-sahabat. Semoga Allah memudahkan urusan kita baik di dunia mahupun di akhirat. Assalamu'alaikum wbt..



Read more

Movie Review: Kun Fayakun

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamu'alaikum wbt sahabat pembaca yang setia.

InsyaAllah, bulan ini untuk movie review, movie yang terpilih untuk ditadabbur ialah 'Kun Fayakun'.


Sebuah filem indonesia, yang sarat dengan mesej kemanusiaan dan keagamaan. Dan kalau dilihat dari sisi pelakonnya, pelakon-pelakon tersebuat semuanya berusaha untuk menjaga batas dan aurat dalam lakonan mereka. Kenapa filem ini yang dipilih? Kenapa bukan filem keluaran Malaysia? Kerana, kita semua tahu, filem di negara kita sangat jujur dan benar, makna kata bukan seperti dalam lakonan. Justeru filem Indonesia yang lebih terjaga dipilih. Peace.

Dipermulaan filem ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang hidup serba kekurangan. Diumpamakan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bahkan terkadang lebih teruk dari itu. Namun tetap teguh pergantungan mereka kepada Allah. Perjalanan hidup mereka diteruskan sehingga Allah mencurahkan sedikit demi sedikit rezekiNya kepada mereka. 

Filem menarik ini diakhiri oleh kejayaan keluarga ini dengan berkat dan izin Allah. Walaupun kisahnya seperti 'typical Malay film'  tapi bezanya ialah pengarahnya berjaya menonjolkan kedudukan Allah dalam kehidupan sehari-harian dan para pelakon perlu juga menjaga batas walaupun ia hanya lakonan. 

Harapan kami, semoga dengan mencadangkan filem ini kepada anda, manfaat itu dapat kita kongsikan bersama. Mari sama-sama kita menonton dari kaca Islam yang OSEM!


Segala yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan pihak kami. 
Wassalam. 


Read more

Music Review: Mr Bie

1 comments


Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum wbt.


Sedang kita asyik terbuai dan leka dgn hiburan masa kini, jangan dilupa matlamat utama kita iaitu selain berjaya di dunia, di akhirat juga kita pasti mahukan kejayaan juga. Jadi, mari kita menggunakan sumber-sumber hiburan masa kini yang hangat dan popular terutamanya di kalangan remaja-remaja untuk dijadikan bahan supaya kita mengingati Tuhan.



Contohnya muzik. Muzik jg merupakan salah satu cabang hiburan yang diminati para remaja zaman sekarang. Mungkin bukan hanya remaja tetapi semua lapisan masyarakat bermula dari yang kecil hingga ke yang tua. Pernah dengar tentang parodi muzik? Parodi muzik juga tidak kurang popularnya jika dibandingkan dengan lagu asal. 



Yang nak diceritakan sekarang sebenarnya mengenai Mr.Bie. Kenal? Alhamdulillah, masih ada lagi kelompok manusia yang masih mengingati Tuhan dan bersama-sama membawa saudara-saudaranya ingat pada Yg Maha Satu. Mr.Bie suka mengubah lirik lagu dan yang penting, lirik-lirik yg diubah tu semua mengenai agama dan Tuhan. 



Yang menariknya pasal Mr.Bie ni, dia pandai memilih lagu untuk di'parodi'kan. Semua lagu yang sedang hangat. Contohnya, Gwiyomi, Putih-putih Melati, Carta Hati, Terukir di Bintang, Sayang, Utk Dia dan banyak lagi. Memang semua orang akan timbul niat dihati untuk mendengar nasihat dalam lagu dia. Sambil-sambil dengar, sambil-sambil ambil pengajaran. Sambil menyelam minum air.



Setakat ini, saya sebagai penulis tak jumpa lagi biodata pasal Mr.Bie ini. Kalau ada orang nak share dkt komen insyaAllah boleh. Silakan. Channel Youtube Mr.Bie ni namanya vitaminbie's. Bolehlah subscribe kalau nak dapat latest update tentang lagu-lagu parodi islamik terbaru. InsyaAllah. Mungkin version lagu boleh buat otak segar sikit walaupun input tak sebanyak bila kita dengar ceramah tapi sekurang-kurangnya ada unsur islamik di situ.






Sekian.




Read more

Music Review: Shoutul Harokah - Mujahid Setia

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamu'alaikum wbt.
  
Qawiyyul Jism adalah satu dari 10 muwasafat tarbiyyah. Muwasafat ini merupakan ciri-ciri utama dalam pembinaan kader dakwah sekaligus menjadikannya individu muslim yang unggul.

Oleh kerana dakwah itu kerja yang berat dengan tanggungjawab dan tugas, kita memerlukan pada tubuh badan yang sihat dan kuat. 

Pesan al-Imam Hassan al-Banna, 
"Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan"

Jadi sambil-sambil bersukan/riadah tu, bolehlah kita mainkan nasyid pemuda setia dari Shoutul Harokah (ShouHar)", untuk menaikkan lagi semangat bagi menyiapkan/menguatkan/memantapkan diri dalam menghadapi fitnah akhir zaman yang makin menggila.


Lirik pemuda setia~

Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Ayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia

Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkn
Takkan pernah usai pertarungan
Hingga ajal kan menjelang

Enyahkan rasa takut dan gentar
Walau raga kan meregang nyawa
Karna Allah tlah janjikan surga
Untukmu mujahid setia


ShouHar merupakan sebuah kumpulan nasyid dari negara jiran kita, ia disifatkan sebagai kumpulan nasyid yang garang dan tegas dalam menyampaikan dakwah melalui nasyid(muzik dan hiburan). Lagu-lagu mereka menyentap hati pendengar utk merasa mereka lebih bersemangat. Tersentuh, etc.

Nota kaki: Terdapat banyak nasyid lagu dari kumpulan ini yang dapat menaikkan semangat bersukan anda!

Wallahu'alam.
Selamat beramal sahabat, semoga Allah merahmati jihad kita~~~
Allahu akbar!


Read more

Music Review: Meshary Alarada

0 comments

Meshary Alarada
Dust is my bed

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamu'alaikum wbt.

Sudah menjadi kewajipan setiap muslim, di akhir doa akan meminta doa pembebasan dari api neraka bukan? 'wakina 'azab an-nar'.
Tapi setakat mana persediaan kita untuk mengelakkan diri dari dimasukkan ke dalam neraka Allah?

Setiap 'amal atau kerja yang lakukan, marilah kita sama-sama tajdid niat kita, supaya dalam kita beribadah, kita akan fikir samada nilai ibadah kita itu memungkinkan kita terlepas dari 'azabNya atau tidak. 

Jadi, untuk melengkapkan rasa menyesal kita dengan dosa yang sudah diperbuat, jom kita ingat dan cintakan kematian, kerana ia sangat dekat dengan kita.

Jom hayati nasyid oleh Meshary Alarada ini, ia mengisahkan tentang hari kematian kita, yok get ready!

Wallahu'alam.


Dust is My Bed by Meshary Alarada.

Dust is my bed, embracing me, and is my cover
The sands are around me, engulfing me from all directions
And the tomb recounts [ the story of ] the darkness of my calamity 
And the light has destined that my pleasure is in meeting [Allaah]

Where is the kindness of kin? They relinquished fidelity
Where are the scores of friends? They dispensed with my brotherhood
Where is the bliss of money? I left it behind 
And where is the glory of fame and compliments?
That’s my end; dust is my bed

The beloved bade farewell to his love, and cried my elegy
The tears flow dried out, after crying
The vast universe shrank, narrowing my space
The tomb to my corpse became both my land and my sky
That’s my end; dust is my bed

Fear overwhelms my estrangement and sadness is my ailment 
Hoping for steadfastness, which is – I swear – my remedy
Sincerely supplicating to the Lord; You are my hope
Hoping- O Allaah – for a paradise, in which my bliss shall be attained 

فرشي التراب يضمني وهو غطائي 
حولي الرمال تلفني بل من ورائي 
واللحد يحكي ظلمة فيها ابتلائي 
والنور خط كتابه أنسى لقائي 
والأهل اين حنانهم باعوا وفائي 
والصحب اين جموعهم تركوا اخائي 
والمال اين هناءه صار ورائي 
والاسم اين بريقه بين الثناءِ 
هذي نهاية حالي فرشي الترابِ 
والحب ودّع شوقه وبكى رثائي 
والدمع جف مسيره بعد البكاء 
والكون ضاق بوسعه ضاقت فضائي 
فاللحد صار بجثتي أرضي سمائي 
هذي نهاية حالي فرشي الترابِ 
والخوف يملأ غربتي والحزن دائي 
أرجو الثبات وإنه قسما دوائي 
والرب أدعو مخلصا أنت رجائي 
أبغي إلهي جنة فيها هنائي

Wallahu'alam.


Read more

Movie Review: Laskar Pelangi

0 comments


Assalamu'alaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim…

"Katakanlah 'Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya(kecuali dosa syirik). Sungguh Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."  
Az-Zumar:53

InsyaAllah, movie review kali ini adalah movie 'Laskar Pelangi'.
Mungkin ramai yang dah tengok movie ni dan mungkin ramai juga yang telah mengutip ibrah dari kisah anak-anak dari sekolah Muhammadiyah.

Link untuk tonton secara online~

Aiwah, kata orang, tak kenal maka tak cinta, jadi yok berkenalan dengan orang penting dalam penghasilan karya ini.

Andrea Hirata Seman Said Harun.

Seorang novelis yang mula aktif dari tahun 2005. Laskar pelangi adalah novel pertama beliau yang kini diadaptasi menjadi sebuah filem. Novel ini mencatat sejarah apabila jualannya merupakan yang  terlaris dalam  dunia sastera Indonesia. Jualannya berterusan dari tahun 2006 hingga sekarang. Novel kedua ialah Sang Pemimpi yang menyambung kisah dari Novel Laskar Pelangi.

The Rainbow Troops


 Novel ini mengisahkan tentang kehidupan 10 anak dari keluarga miskin di sebuah sekolah Muhammadiyah di Belitung yang serba kekurangan. Mereka belajar dan bersekolah di kelas yang sama dari kelas 1 SD hingga kelas 3 SMP, dan menggelarkan diri mereka sebagai Laskar Pelangi(LP). Pada bahagian akhir cerita, anggota LP bertambah seorang lagi, anak perempuan bernama Floriana(Flo). Kesusahan dan keterbatasan yang melanda bukan membuat mereka berputus asa, malah menguatkan lagi mereka untuk maju kehadapan.

Konklusi

Jadi, secara ringkasnya, janganlah kita mudah berputus asa. Pancang tekad dan azam kita untuk lebih mara. Kalau anak-anak orang yang lebih susah dari kita boleh berjaya, kenapa tidak kita?

#Hidup ini penuh dengan ujian yang banyak hikmahnya belum terungkap. Bersabarlah, sungguh kamu akan berjaya.

Selamat menonton dengan kaca mata Islam~

Wallahu'alam.


Read more

Music Review: Izzat Mahadi

0 comments


Bismillahirahmanirahim.
Assalamu'alaikum wbt.

Izzat Mahadi atau nama penuh beliau, Syed Muhammad Izzat bin Syed Mahadi seorang penyanyi yang mempunyai vokal luarbiasa. Memulakan karier sebagai ahli kumpulan Mirwana suatu ketika dahulu, dan kemudiannya bergerak secara solo pada 2006 selepas tempatnya digantikan oleh adiknya, Ikram. Beliau pernah muncul dalam beberapa klip video eg. MTV Himpun, MTV Balada Selawat 1433H.

Siapakah beliau?
Beliau merupakan bekas ahli kumpulan nasyid terkenal di Malaysia, Mirwana.Dan sekarang beliau bergerak secara solo di bawah penerbitnya Hafiz Hamidun. 

Album beliau.
Alhamdulillah, beliau baru sahaja mengeluarkan album baru di bawah label Arteffects International dengan judul GarisanMu. Antara komposer dalam album tersebut ialah Izzat Mahadi sendiri, penerbitnya Hafiz Hamidun, Yasin Sulaiman dan Mujahid Abdul Wahab. Album ini mengandungi 8 buah lagu. 

Single pertamanya, GarisanMu merupakan karya sepenuhnya oleh Hafiz Hamidun. Menurut Izzat, lirik lagu ini cukup dekat dengan beliau memandangkan ia turut menyentuh perjalanan seni beliau selama ini. Lagu ini telah dicalonkan sebagai finalis AIM 19 dalam kategori Lagu Nasyid Terbaik 2012. Lagu ini juga pernah tersenarai dalam Carta Nasyid IKIMFM dan telah bertahan selama 16 minggu berturut-turut dan pernah menjuarai carta. Selain itu, lagu hits Mirwana, Aku Tanpa CintaMu turut dirakamkan semula oleh beliau dengan susunan muzik yang baharu.

Lirik lagu GarisanMu;

Berkali-kali 
Cuba ku hampiri
Garisan penamat usaha 
Merentang di depan mata

Bertali arus 
Langkah ku tak terus
Garisanku rasakan halus 
Tak bisa ku tembus

Pemisahnya cuma aku dan doa pada diriMu
Antara putus asa sia-sia atau terus mara membara

Ya Rabbi ya, bantulah hambaMu
Ya Rabbi ya, luruskan hatiku
Ya Rabbi ya, ku pinta hidayahMu
Meneruskan sisa usiaku

Ya Rabbi ya, hanya kepadaMu
Ya Rabbi ya, tempatku mengadu
Ya Rabbi ya, ku pinta rahmatMu
Melimpahi kehidupanku

Hidup dan matiku
Semua hanyalah untukMu
Allah Tuhanku yang Satu


Sumber inspirasi beliau.
Izzat pernah bertekad untuk berhenti dalam industri seni suara satu ketika dahulu dan memberi fokus kepada bisnes yang dijalankan beliau. Namun setelah mendengar berita tentang pemergian mentor yang disayangi, almarhum Ustaz Asri Rabbani, Izzat yang ketika itu di United Kingdom memasang tekad untuk pulang dan terus berjuang kerana tegas beliau, suara ini hanyalah pinjaman dari Allah yang pasti akan ditanya apakah yang telah dilakukan dengannya semasa hidup di dunia.

"Pada mulanya, saya berhasrat untuk menampilkan sebuah album yang mengumpulkan kesemua komposer yang pernah menjayakan album Mirwana dulu termasuklah Syah Rizal Mohamed, Akmal, Faizal Tahir dan Firdaus Mahmud namun tidak kesampaian kerana kekangan masa. Insya Allah jika diizinkanNya, saya akan cuba memenuhi impian saya untuk album kedua." jelas Izzat Mahadi.

Beliau juga berharap agar peminatnya dapat menerima baik album barunya ini kerana ia sangat berbeza sepertimana penampilannya dalam album yang sebelum ini. 

Menjawab bagaimana cara untuk membeli album baru beliau, Izzat berkata ia boleh didapati di kedai-kedai buku agama seluruh Malaysia dan secara online di www.stormreaders.com.my. 

Untuk mengikuti perkembangan beliau, bolehlah lawati laman facebook dan twitter beliau.

Tuntasnya, kita sebagai hamba yang mengaku hamba kepada Allah mestilah menggunakan kelebihan yang Allah kurniakan untuk mengajak ummat ini mengenal pencipta justeru mendekatkan mereka kepadaNya. Kerana setiap apa yang dipertanggungjawabkan oleh Allah akan ditanya di mahsyar nanti. 

Wallahu'alam. 


Read more

Telemovie Review: Sejadah Dari Mekah

0 comments
Bismillah.
Assalamualaikum wbt.

Telemovie Sejadah Dari Mekah

Mengisahkan tentang keinsafan seorang anak. Jika sudah terbit hasrat murni dalam hati untuk berubah ke arah kebaikan, usah sesekali terniat untuk menangguhkannya kerana rahmat Allah hanya hadir pada seseorang dan situasi dikendaki-Nya. Kisah penuh pengajaran melalui telemovie menarik ini disiarkan khas dalam bulan Ramadan lalu di siaran RTM mengisi slot Citra bertajuk Sejadah Dari Mekah. 

Mengetengahkan pelakon handalan seperti Nasir Bilal Khan, Izreen Azminda, Eira Syazira, Ryzal Jaafar, Mohd Shahfriz dan Hairee Es, drama terbitan Ardwerk Production Sdn Bhd ini pastinya mampu meruntun hati dan membuat penonton menitiskan air mata bila mana seorang bapa tunggal yang menjaga dua anak gadisnya setelah kematian isterinya 15 tahun lalu diuji dengan sikap salah seorang anak gadisnya.


Panas yang disangkakan hingga ke petang rupanya tidak berpanjangan apabila anak bongsunya mula berubah sikap. Rohaya dilihat jauh berubah terutama dari segi perwatakan dan pergaulannya. Dia berpewatakan seperti lelaki dan kemuncaknya terlibat dengan najis dadah.

Situasi itu mencalarkan kreadibiliti kakaknya, Suraya yang juga seorang guru apabila dirinya mula dicemuh masyarakat kerana sebagai seorang pendidik dia telah gagal membimbing adik sendiri. Suraya tertekan dengan situasi itu dan sejak itu hubungan mereka adik-beradik mulai dingin. Apatah lagi tingkah Rohaya semakin hari semakin menjadi-jadi.

Pak Akhil kecewa dengan persengketaan yang wujud antara kedua-dua anak kesayangannya itu. Dia mahu membawa Rohaya pulang ke pangkal jalan. Namun tidakannya tidak direstui Suraya yang nyata putus asa untuk memulihkan adiknya. Harapannya sudah hancur berkecai sejak dirinya terpaksa menanggu malu atas keterlanjuran sikap Rohaya.

Satu hari Pak Akhil meluahkan hasrat mahu menghantar Rohaya menunaikan umrah. Tindakan ayahnya itu dibantah keras oleh Suraya kerana hasratnya mahu Pak Akhil yang menunaikan umrah dan bukannya Rohaya yang dianggap jauh tersesat. Apatah lagi telah lama ayahnya menyimpan hasrat mahu menjejakkan kaki ke tanah suci.

Akhirnya doa Pak Akhil makbul untuk melihat Rohaya berangkat menunaikan umrah meskipun sebelum itu terjadi beberapa perkara yang memilukan hatinya sebagai seorang bapa dengan sikap anaknya itu yang bertindak melarikan wang simpanan miliknya. Rohaya terpana bila mendengar rintihan bapanya yang bersungguh-sungguh mahu melihat perubahan dirinya.

Berkat doa Pak Akhil, Rohaya kembali ke tanah air dengan selamat dan dia sempat menitipkan sejadah dari Mekah untuk dihadiahkan kepada ayahnya itu. Namun kemudiannya berlaku situasi yang tidak diduga sama sekali bila Pak Akhil menemui ajal di atas tikar sejadah yang dihadiahkan oleh Rohaya. 

Banyak pengajaran yang terdapat dalam telemovie ini. Hidayah adalah anugerah terhebat. Para pembaca yang ingin menonton telemovie hebat ini boleh terus ke laman web http://www.flm2u.com/2012/08/sejadah-dari-mekah.html . Semoga kita sama-sama mengambil iktibar dan bersyukur dengan segala nikmat. 

Sekian. Wallahu'alam.


Read more

eDcoustic

0 comments
Assalammualaikum,


Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini

have any of you heard of these lyric? be it on the radio, during usrah or during daurah? Sebiru Hari Ini.
this is one of the song from a popular Indonesian's nasyid group called Edcoustic 

who are Edcoustic actually?


Nasyid edCoustic pioneered since 1998, when Deden and Egi dabbling in the world of teenagers in the Youth Mosque preaching at Baitul Haq, Bandung. In 2002, they both got a chance mix tape Bandung Nasheed Nasyid Exhibiton 2002 with team named nasheed Muhammad Ibrahim Yusuf. This becomes the starting point of their professional journey nasheed. Even the date of establishment nasyid team is based on their appearance at the festival Bandung Nasheed Exhibition 2002, which is May 25, 2002.

Lapse two years later, in 2004, they had the opportunity of recording Yess Productions to spawn their debut album. Actually, the song material has been designed since its release a compilation album in 2002. Due to various considerations, Production Yess parties requested that the name Muhammad Isa Ibrahim Yusuf was replaced, and then in May 2004 they changed the group name into edCoustic nasyid.




EdCoustic debut album was released in the month of Ramadan 1425 H, or October 2004,with mainly subtle acoustic pop. This album is rich with teen missionary message payload, the packaging is easy listening and the lyrics are simple.

Creativity nasyid created in this album received extraordinary acclaim from among lovers of nasyid.In some radios like MQFM nasyid Indonesia Bandung, Solo MQFM, STAN Jakarta Campus Radio, FM and Lita Antassalam FM, as well as other radio stations in Indonesia. Nasyid-nasyid edCoustic alternately ruled the Top Request. Experience appears even more crowded schedule edCoustic promo, especially in the area of ​​West Java and Jakarta.

VISION for EdCoustic’s nasyid :

"Being a professional nasyid team, guiding Islamic entertainment, making it one of the pillars of the establishment of Islamic civilization."


MISSION of EdCoustic’s nasyid:

"Giving birth to progressive creative, innovative, with the content of propaganda messages are easy to understand, through a professional appearance with full of strength ruhiyah."

Conclusion
if you have talent, how should you channel it? for the benefit of akhirah or duniya?
lets take them for example. with good voices, deep meaningful lyrics and super cool guitar player, they created very exquisite dakwah through song.
we can too. it is only the matter how well do we use our talent. for the sake of Allah or for the sake of popularity? the choices is ours.

so before i sign out, i want to share with all of you one of EdCoustic's song. Pemuda Palestina.









Read more