• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

Showing posts with label Baitul Muslim. Show all posts
Showing posts with label Baitul Muslim. Show all posts

PENGURUSAN KEWANGAN (PART 2)

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt.

Kebiasaannya, lelaki akan mengalami kerisauan untuk menanggung seorang perempuan dalam hidupnya. Namun Allah berfirman:

Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui" (Surah An-Nur 24:32)

Allah menjanjikan kepada sesiapa yang berkahwin berupa rezeki kekayaan dengan limpah kurniaNya. Rezeki kekayaan itu termasuklah harta, kesihatan dan sebagainya.


Apabila kita mula bekerja, kita akan menghadapi kesukaran untuk menentukan jumlah pendapatan kita. Kita perlu merancang dan menyimpan wang pendapatan kita. 
Kita boleh bergantung pada simpanan pada masa kecil dahulu. Dan hanya digunakan selepas mendirikan rumah tangga kerana kita akan boros dalam penggunaan wang sebelum kahwin.

[ credited]


Memilih pasangan
Kita haruslah memilih pasangan yang bagus dalam pengurusan kewangan. Elakkan memilih pasangan yang high maintainence kerana dia akan menghabiskan banyak wang untuk perkara sia-sia seperti shopping, telefon bimbit, rokok dan sebagainya.

Hantaran perkahwinan
Kita perlu ubah adat masyarakat melayu yang suka meletakkan wang hantaran yang sangat tinggi. Wang hantaran perlulah seimbang dengan kemampuan bakal suami atau isteri kita nanti supaya perkahwinan itu dipermudahkan. Elakkan berhutang selepas kahwin kerana ada kes cerai yang melibatkan hutang yang tidak mampu diselesaikan.

Walimatul urus
Lakukanlah secara sederhana. Jemputlah orang-orang yang rapat dengan kita sahaja. Dan boleh juga menghebahkan perkahwinan kita pada orang lain hanya melalui media sosial.
Sebelum berkahwin bolehlah cuba untuk menghadiri majlis perkahwinan yang sederhana untuk mendapat gambaran. Jika ibu bapa inginkan majlis secara besar-besaran, minta bantuan kewangan dari mereka.

Souvinier kahwin
Elakkan dari memberi souvinier yang tidak bermanfaat pada tetamu.contohnya gambar pengantin.yang tidak boleh digunakan di waktu hadapan.

Sewa rumah
Belilah rumah yang berpatutan. Elakkan menyewa. Belilah rumah atas dua nama untuk memudahkan insuran di masa hadapan dan pinjaman bank selama 20 atau 25 tahun supaya pada umur 50 tahun sudah selesai hutang. Pilih peralatan rumah yang perlu dahulu seperti tilam dan peralatan dapur.

Cadangan untuk pasangan baru:
Bincanglah bersama-sama untuk uruskan pendapatan dan perbelanjaan bersama.
Tidak boleh merahsiakan hutang antara pasangan contohnya hutang PTPTN, hutang kawin dan sebagainya. Kita juga perlu berterus terang antara sama lain.

Keperluan keluarga sendiri pula, untuk isteri perlu meminta izin suami untuk memberi wang kepada ibu bapa. Boleh juga kongsikan tabiat berbelanja antara satu sama lain. Pasangan perlulah bertolak ansur dalam merangka perbelanjaan rumah tangga.

Mulakan simpanan terutama untuk kecemasan dalam 10% dari wang pendapatan.
Elakkan penggunaan kredit kad kerana kita akan mudah boros. Jika perlu hadkan penggunaan sehingga RM3000 sahaja. Jika ada hutang kredit kad perlu selesaikan sebelum kahwin dengan segera. Kalau ingin berbulan madu, pilihlah tempat yang bajet rendah atau saudara-mara yang boleh sponsor.

Contoh cara pembahagian wang pendapatan.
Peraturan 40:30:10:10:10
40% - Perbelanjaan
30% - Hutang
10 % - Perlindungan
10% - Pelaburan
10% - Kecemasan / Misc.
? % - Aktiviti dakwah/kebajikan/Infaq
? % - Percutian

Memastikan perlindungan
-Mati
-Jatuh & patah
-Kena langgar
-Cacat
-Penyakit

Berapa minimum takaful hayat?
Ada 2 cara:
  1. Minimum setahun perbelanjaan keluarga
    1. Contoh RM3000x12 bulan= RM3600 setahun
  2. Perbelanjaan untuk seorang anak dalam lingkungan RM20-50 ribu
Wallahualam.
Nantikan kuliah kami seterusnya di minggu hadapan.






Read more

PENGURUSAN KEWANGAN ( PART 1 )

0 comments



Wang dan perkahwinan

Kita tidak tahu apakah hala tuju kewangan kita di masa hadapan kerana perjalanan masih jauh. Kita kena sentiasa ingat bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.

Tahap kewangan seseorang dibahagikan kepada :
  1. sempit(berkira)
  2. cukup
  3. selesa(ada duit lebih)
  4. mewah(mula ada lebihan)
  5. kaya

Namun, kebanyakan orang berada di tahap cukup dan sedikit sahaja di tahap kaya.
Duit adalah amanah dari Allah untuk ditadbir dengan baik
Sedikit atau banyak rezeki seseorang itu bergantung kepada bagaimana kita gunakannya untuk dunia dan akhirat, menjalankan amanah Allah dan untuk menghadapi kematian.

Kenapa perlunya merancang?
  1. Untuk praktikkan Islam secara keseluruhan (haji,zakat, sedekah)
  2. Keharmonian diri dan keluarga
Jika gagal untuk uruskan wang, biasanya akan ada masalah dalam rumahtangg (tegang,prestasi kerja terganggu,marah,gelisah,kurang sabar)
  1. Memberi pendidikan islamik kepada anak-anak
Kita perlukan duit yang lebih untuk kelas agama. Syllabus dan persekitaran di sekolah agama dijaga dengan baik dan sesuai untuk mendidik anak-anak.
  1. Membeli rumah sederhana dan mencukupi
Elakkan diri dari menyewa rumah kerana tuan rumah yang akan untung dan bukannya diri kita.
Biarlah berhutang sekejap untuk dapatkan rumah sendiri sebab akhirnya akan menjadi rumah kita juga.
  1. Rumah itu juga untuk diwariskan selepas kematian.
Dari perspektif perkahwinan, boleh tinggalkan harta untuk keluarga dan isteri akan terus mendidik anak-anak.

  1. Bersara awal dengan selesa
Jika ingin bersara awal,kena mula merancang dari sekarang. Kita perlu melihat jauh dan bukan jangka masa pendek sahaja.

  1. Pastikan perjuangan Islam diteruskan
Kita perlukan duit untuk buat sesuatu program. Kita akan menderma dan infaq sebagai pelaburan di akhirat.

  1. “financial freedom”

7 tahap rancang wang

  1. pengurusan tunai - Apabila duit masuk, bagaimana untuk uruskannya
  2. pengurusan hutang - Bagaimana nak berhutang,percentage hutang
  3. penyucian harta - melakukan pelaburan haram terutamanya masyarakat zaman dahulu yang belum ada sistem Islam
  4. perlindungan - berapa takaful untnk kita dan anak-anak
  5. pelaburan
  6. persaraan - persediaan menghadapi persaraan - rancang penggunaan wang ketika bersara
  7. pengagihan (wasiat)


Prinsip:

Prinsip ini penting dalam menguatkan diri kita untuk menghdapi kehidupan dan menghala kita ke arah jalan yang benar.

1) kerja sebaiknya,jangan makan semua

surah yusuf ayat 47
Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.”
Apa sahaja yang kita kerjakan janganlah dihabiskan semua hasilnya tapi ambillah sekadarnya.

2)masa susah akan datang, masa senang kita akan rasa

“Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).
"Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)". (Yusuf 48-49)
Kesusahan akan datang dan kita akan menggunakan duit untuk menghadapi kesusahan itu.
Sebab itu kita kena sentiasa bersedia.

3)setiap yang lahir ada rezekinya

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (Al-Isra;31)
Kos untuk membesarkan anak sangat tinggi pada masa sekarang. Oleh sebab itu bilangan anak dalam keluarga semakin berkurang.
Dalam kehidupan ini satu masa kita akan bergnatung pada rezeki anak-anak.

4)Allah memewahkan dan menyempitkan seseorang

“Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat. (Al-Rad:26)
Jika kita sudah cuba sedaya upaya tetapi rezeki masih kurang, dan kita faham konsep ini,kita akan mudah redha dan berserah pada Allah.kalau tidak kita akan menjadi orang yang sedih dan kecewa.

5)Yang mewah memudahkan yang lain

“Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu)
supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan”.( Az-Zukruf:32)
Guna untuk kepentingan diri sahaja.

6)Janganlah kamu lokek

“Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan”
(Ali-Imran:180)
Banyakkanlah sedekah dan zakat. Berkongsi rezeki dengan orang lain dan janganlah meminta-minta pada orang lain.

7)Takut miskin adalah biasa

Normal untuk rasa tidak cukup,satu fitrah. Tetapi Allah memberi cadangan iaitu sabar adalah salah satu usaha untuk jaga diri kita daripada marah dan kecewa.
Kita perlu menyerahkan kembali kepada Allah yang memberi kesusahan kepada kita
“Dan sesungguhnya akan Kami beri kamu percubaan dgn sesuatu ketakutan dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa-jiwa dan buah-buahan. Dan berilah khabar yang menyukakan kepada orang yang sabar” (Albaqarah 155.)

Bukalah pintu rezekimu

2 janji Allah:

-memberi jalan keluar
-rezeki dari arah yang tidak disangka

Kita tidak tahu samada kita bertaqwa tetapi kita perlu cuba untuk masuk jalan taqwa.
Kalau kita percaya dengan Allah, Allah akan tolong di waktu senang mahupun susah.

Jika dalam kesempitan,istighfar banyak-banyak. InsyaAllah rezeki akan datang. Amalkan meletak tasbih dimana-mana

Golongan yang patut memberi sedekah bukan dari orang kaya sahaja, malah orang miskin pun boleh bersedekah.
Contoh: Tidak sama sedekah RM5 dari orang miskin dan orang kaya.

Sibuk macam mana pun kita perlu teruskan berdakwah.
contoh:anak hanya boleh dikawal di rumah, selebihnya Allah yang akan menjaga mereka.

Barakah membuka rezeki

Kita perlu memimpin orang yang baik dan bertaqwa, kerana Allah akan memberi rezeki dari langit dan bumi
contoh:jika negara kekurangan minyak, Allah akan keluarkan minyak dari bumi.
Allah menjanjikan rezeki untuk orang yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan berzikir,solat,puasa dan sebgainya.
Allah juga menjanjikan kesenangan hidup di dunia dan akhirat jika bertaqwa kepada Allah.

Larangan dan amaran.
  • Menjauhi riba
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada allah supaya kamu berjaya.
Al ‘Imran” (3:130)


Rasulullah s.a.w. melaknat pemakan riba, orang yang memberinya, dua saksinya dan penulisnya.
(Riwayat al-Tirmidhi)
  • Dunia bagaikan air laut
    Air laut pula, lagi diminum lagi kita haus dan tidak merasa puas.
    Kereta: Kereta kecil ->Gaji Naik -> Kereta Besar -. Gaji Naik ->Kereta Mewah, -> Gaji Naik -> Tambah Kereta


Mari hidup sederhana

1)elakkan dari boros
Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (Al-Isra 26-27)

2)Berpada-pada
Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau. (Al-Maidah:141)


Wallahu 'alam 


Read more

Asas-asas perkahwinan ( Part 3 )

0 comments


Bismillahirahmanirrahim .
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad saw dan keluarga baginda .

Akad

Akad merupakan salah satu rukun nikah. Akad juga disebut sebagai kalimah Allah  walaupun dalam akad tidak menyebut nama Allah. Contoh akad "Aku terima nikahnya....' dan bukan "Kerana Allah, aku terima nikahnya...."
Daripada Jabir RA, Rasulullah bersabda, "Bertakwa kepada Allah dalam mengendalikan urusan perempuan (isteri). Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah. Hak kamu yang wajib ditunaikan isteri ialah tidak membenarkan sesiapa yang kamu benci memijak kakinya ke tempat tidurmu (memasuki rumahmu). Jika mereka melakukannya, pukul mereka dengan pukulan tidak terlalu menyakitkan (tidak mendera). (Riwayat hadith An-Nasai dan A-Baihaqi)
Hadith di atas menunjukkan besarnya kedudukan akad kerana pertukaran status daripada haram kepada halal.
Akad juga dipanggil sebagai ijab dan kabul. Ijab bermaksud persetujuan oleh wali perempuan untuk  menyerahkan anaknya di bawah jagaan bakal suami. Manakala qabul pula bermaksud suami bersetuju untuk menerima tanggungjawab tersebut.
Mengikut kepercayaan dahulu, perempuan dikatakan sebagai hak milik kaum lelaki iaitu hak milik ayah sebelum berkahwin dan hak milik suami selepas berkahwin.


Mahar atau mas kahwin

Mahar atau mas kahwin adalah suatu pemberian oleh suami kepada isteri. Mahar tetap wajib diberi walaupun tidak disebut kerana ada nilainya yang tersendiri walapun tidak dibincang sebelum. Mahar bukanlah bermaksud harga status seorang wanita, tetapi adalah lambang bahawa suami benar-benar telah bersedia memikul tanggungjawab dan rela hati mengambil isteri di bawah jagaannya disamping sebagai lambang kasih sayang terhadap isteri.
Dalam Islam tidak ditetapkan had minimum atau maksimum sesebuah mahar, tetapi bergantung kepada kerelaan kedua belah pihak.
Hadis Sahl bin Saad r.a:

Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w dan berkata,  "Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu."
Lalu Rasulullah s.a.w memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.

Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata, ”Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya, kahwinkanlah aku dengannya."

Rasulullah s.a.w segera bertanya, "Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin?"

Sahabat menjawab,  "Tidak ada." Baginda bersabda lagi, "Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas kahwin."

Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w dan berkata, "Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas kahwin". Maka Rasulullah s.a.w berkata lagi, "Carilah walaupun sebentuk cincin besi."

Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata, "Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya (Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan) maka aku berikannya kepada perempuan tersebut.

Rasulullah s.a.w berkata, "Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai."

Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Rasulullah s.a.w memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ.

Setelah itu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Rasulullah s.a.w bertanya, "Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?"

Sahabat tersebut menjawab:, "Aku hafaz surah itu dan surah ini."  Sahabat berkenaan menghitungnya. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Adakah engkau membacanya secara hafalan? Sahabat tersebut menjawab: Ya! Rasulullah berkata: Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz." (Hadith Sahih Muslim : 2554)

Akad menimbulkan hak & tanggungjawab kepada kedua belah pihak.

Tanggungjawab bukan yang dipilih atau disepakati oleh suami dan isteri, tetapi apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, dan diwahyukan di dalam Al-Quran. Tanggungjawab ini merupakan ibadah kerana ia telah diperintahkan oleh Allah SWT.

Tanggungjawab Suami


Firman Allah dalam Surah An-Nisaa ayat 34,



”Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar."  

(An-Nisaa 4:34)

Di dalam firman Allah di atas, terdapat potongan الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ . Perkataan قَوَّامُونَ  mengikut kesepakatan adalah bermaksud orang yang selalu menjaga urusan dan mengambil berat tentang wanita. قَوَّامُونَ  juga bermaksud menjaga kepentingan orang lain tanpa menuntut rehat dan memelihara orang yang dibawah jagaannya.
Justeru itu, suami seharusnya sedar bahawa dia adalah merupakan قَوَّامُونَ  kepada seorang isteri yang menjaga dan melindungi kepentingan isterinya tanpa mengira penat dan rehat.
قَوَّامُونَ merupakan tanggungjawab yang sangat besar dan mulia. Lelaki dipertanggungjawabkan untuk menjaga kepentingan wanita dan memastikan mereka mendapat apa yang diperlukan. Kelebihan lelaki terletak pada tanggungjawab tersebut di mana mereka bekerja mencari rezeki untuk kesejahteraan bersama.

Dalam Surah An-Nisaa ayat 19 Allah telah berfirman bahawa,

"Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)." (4:19)

Di dalam ayat ini Allah telah menyuruh suami untuk menggauli dengan cara yang baik. Sekiranya timbul perkara-perkara yang kurang menyenangkan hati suami, dia hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru.
Ayat-ayat Al-quran ini bukanlah permintaan kaum wanita, tetapi apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada suami. Jika mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik, mereka akan mendapat pahala dan diredhai oleh Allah SWT.
insyaAllah.

Daripada ayat tersebut dapat disimpulkan bahawa suami mempunyai tanggungjawab :

1) memimpin keluarga
2) memberi nafkah yang mencukupi
3) memberi layanan yang baik kepada isteri
4) menyelamatkan diri dan keluarga dari api neraka.

Tanggungjawab Isteri
Dalam surah An-Nisaa ayat 34, terdapat potongan قَانِتَاتٌ iaitu bermaksud taat. Taat di dalam ayat ini bermaksud taat kepada Allah dan orang yang Allah perintahkan untuk ditaati. Dan di dalam rumahtangga, orang yang wajib ditaati ialah suami.
Ketaatan dalam rumah tangga bukan yg diminta oleh suami tetapi yang telah diperintahkan oleh Allah SWT. Jika isteri mentaati suami, bermakna dia telah mentaati perintah Allah, dan dikira melakukan ibadah serta setiap ibadah yang dilakukan akan mendapat ganjaran pahala.
Ketaatan tersebut adalah wajib kecuali kepada perkara yang bercanggah dengan hukum Allah.

Di dalam suatu hadith Rasulullah SAW bersabda “Tiada ketaatan dalam keadaan maksiat kepada Allah..." (Sahih Bukhari dan Muslim) .
حَافِظَاتٌ di dalam An-Nisaa ayat 34 ini memelihara maruah dan kesucian diri, terutama ketika ketiadaan suami.
حَافِظَاتٌ di dalam perkahwinan merangkumi 2 aspek amanah, iaitu :

1) memelihara maruah
ulasan : apabila telah menjadi isteri, tidak boleh sewenang-wenangnya bebas bergaul dengan orang lain. Isteri disarankan untuk memakai pakaian yang sederhana dan tidak terlalu menarik pandangan lelaki lain bagi mengelakkan fitnah.

2) memelihara harta suami dengan amanah
ulasan : Isteri tidak menggunakan harta suami tanpa keizinan suami, kecuali jika harta isteri sendiri atau harta bersama.

Tanggungjawab bersama :
1) menyimpan rahsia rumahtangga.
Ulasan : suami atau isteri tidak boleh mendedahkan rahsia rumahtangga kepada orang lain yang tiada kena mengena dengan rumahtangga mereka. Contohnya kemesraan, layanan suami isteri atau apa-apa yang berlaku antara mereka berdua. Islam telah jelas melarang perbuatan ini kerana akan menimbulkan cemburu kepada orang lain.



Wallahu 'alam 


Read more

Asas-asas perkahwinan ( Part 2 )

0 comments


Pada kuliah minggu sebelumnya  telah diterangkan tujuan dan kepentingan sesebuah perkahwinan.

Setelah mengambil keputusan untuk berkahwin, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mencari dan memilih pasangan. Allah dan Rasul tidak akan membiarkan kita tanpa panduan yang perlu kita utamakan. Kita perlu faham apa yang kita ingin bina adalah rumahtangga muslim, jadi pemilihan mestilah mengikut ciri-ciri selayaknya untuk membina rumah tangga muslim.

Terdapat beberapa hadith yang diriwayatkan oleh Rasulullah saw dalam pemilihan ini. Contohnya:

Rasulullah saw bersabda:
“Pilihlah tempat untuk nutfahmu dan kahwinilah yang bersesuaian.” (riwayat ibnu majah)

Nabi menyarankan agar sesiapa yang ingin berkahwin pilihlah pasangan yang bersesuaian yang akan membina rumah tangga muslim bersama dan melahirkan anak-anak yang soleh yang akan mewarisi tanggungjawab dakwah ini.Perkara ini sangat penting dan tidak boleh ikut kemahuan atau kepentingan diri semata-mata.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” (riwatan imam bukhari dan muslim)

Gambaran hadith ini adalah kecenderungan seseorang dalam memilih pasangan ada iaitu 4 perkara yang mereka lihat: harta, keturunan, rupa paras dan agama. Nabi tidak melarang dengan kecenderungan ini kerana ia adalah fitrah namun di akhir hadith Nabi tekankan apa kriteria utama yang perlu ditekankan iaitu beragama.

Jangan pula kita menolak aspek ini hanya disebabkan kekurangan dari aspek lain walaupun aspek agama sudah dimiliki. Ataupun agama tidak seberapa tetapi telah jatuh cinta pada rupa parasnya, hartanya. Ia tidak menepati apa yang telah disarankan oleh nabi.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah Rasulullah bersabda:
"Janganlah kamu berkahwin dengan seorang wanita kerana kecantikannya semata-mata, kerana kecantikan akan memusnahkan dirinya; janganlah kamu berkahwin dengan wanita kerana hartanya, kerana kekayaan itu akan membuatnya derhaka. Kahwinilah seorang wanita kerana agamanya kerana sesungguhnya seorang hamba perempuan berkulit hitam dan cuping telinga berlubang besar yang baik penghayatan agamanya lebih baik dikahwini."

Saranan ini bukan sahaja untuk kaum lelaki malah kaum perempuan perlu lebih menitikberatkan aspek ini kerana mereka perlu memilih bakal imam yang akan membimbing dan menjadi ketua keluarga.

Langkah kedua selepas pemilihan calon, adalah mula membuat persiapan pada diri sendiri sebab kita akan memasuki gerbang kehidupan yang lain dari sekarang dan akan menempuh sesuatu yang baru. Orang yang nak mendaki gunung pun membuat persiapan yang lama dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi cuaca yang sejuk dan tempat yang tinggi.

Antara persiapan yang perlu dilakukan:
•                     Aspek ilmu fiqh kekeluargaan
Perlu mengetahui gambaran secara umum dan menyeluruh mengenai hukum hakam dalam perkahwinan. Contohnya, rukun nikah,syarat, hak dan tanggungajawab suami isteri yang dipanggil hukum munakahad. Boleh menambah ilmu denagn membaca buku, mendengar ceramah, menghadiri kursus dan sebagainya.

•                     Pengurusan kewangan
•                     Cara berkomunikasi atau berhubung dengan pasangan dan keluarganya kerana kita akan hidup dengan keluarganya juga.
•                     Ilmu pendidikan anak-anak kerana matlamat perkahwinan adalah melahirkan zuriat.
Allah anugerahkan anak kepada kita seperti kain putih dan kita yang perlu mencorakkannya supaya menjadi seorang yang soleh dan musleh. Boleh tambah ilmu tentang pendidikan anak-anak bersama-sama selepas kahwin.
•                     proses pentarbiyahan secara berterusan

Persiapan Fizikal
•                     Penjagaan kesihatan untuk melahirkan zuriat yang sihat dan baik
•                     Penampilan diri untuk menenangkan dan menambat hati pasangan
•                     Mengamalkan diet yang sihat
•                     Pandai masak ( cuba masak masakan kegemaran suami dengan belajar dengan emak mertua)
Namun, lelaki juga perlu tolong isteri untuk masak, lebih-lebih lagi sekarang kerna kedua-duanya bekerja. Saling tolong menolong antara suami isteri.

Persiapan mental
•                     Setkan minda untuk menjadi suami yang akan menjadi pelindung, pembimbing, pendidik keluarga
•                     Wanita yang solehah itu adalah wanita yang taat pada Allah dan orang yang perlu dihormatinya iaitu suaminya.
Kalau ada perselisihan antara suami isteri, cuba bincang secara baik dan jika pendapat tidak diterima kita perlu redha selagi tidak berlanggar syarak dan kita juga akan mendapat pahala.
•                     Persiapan untuk menjadi ibu dan ayah
Bersedia untuk menerima cahayamata.

Ingin mengetahui proses khitbah (lamaran dan pertunangan), jom dengar kuliah di minggu hadapan.


  
Wallahu 'alam 


Read more

Asas-Asas Perkahwinan ( Part 1 )

0 comments




Bismillahirahmanirrahim .

Firman Allah dari surah An-Nisa' ayat 1:

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”

Allah menciptakan pasangan bukan dari unsur yang lain tetapi Allah menciptakan seorang lagi sebagai pasangan daripada diri Adam itu sendiri. Jelaslah bahawa Hawa itu diciptakan daripada diri Adam. Seperti juga Allah sebutkan dalam surah Ar-Rum ayat 21:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu mawaddah dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.”

Lelaki dan perempuan berasal dari satu jiwa. Jadi antara lelaki dan perempuan ada persamaan. Kedua-duanya adalah manusia. Jadi mereka mempunyai taraf kedudukan yang sama kecuali taqwa sahaja yang akan membezakannya.

Perkahwinan itu tujuannya adalah untuk melahirkan khalifah. Allah telah memilih cara atau wasilah untuk melahirkan khalifah dengan melalui zuriat. Oleh sebab itu, perkahwinan itu mestilah dalam keadaan terhormat dan suci murni. Allah swt mengatur pertemuan antara lelaki dan perempuan dengan mensyariatkan perkahwinan. Namun, lelaki dan perempuan yang tidak berkahwin pun mampu melahirkan zuriat juga, tapi keturunan yang dilahirkan itu tidak dijamin kesejahteraannya kerana tiada ikatan perkahwinan.

Masyarakat pada masa sekarang banyak terlibat dengan zina dan kes membuang bayi semakin meningkat. Jika bayi itu dibiarkan macam itu sahaja maknanya tiada nilai untuk menjadi khalifah. Sebab itu Islam mensyariatkan perkahwinan.

Dalam Islam perkahwinan itu satu ibadah kerana ia merupakan satu tuntutan syariat oleh Allah swt. Apabila mula merancang untuk berkahwin, itu sudah dikira sebagai ibadah. Islam mengajar cara istikharah,meminang dan menikah. Semua ini ibadah yang membuahkan pahala apabila kita ikut langkah-langkah yang disyariatkan. Selepas berkahwin, perlu untuk melaksanakan tanggungjawab dan hak suami dan isteri kerana ia juga merupakan satu ibadah.

Kata-kata Imam Al-Ghazali
“Tujuan mendapat anak adalah mengekalkan keturunan supaya bumi ini tidak kosong tanpa manusia. Syahwat hanyalah sebagai pencetus mendorong ke arah itu.”

Jadi tujuan utama perkahwinan bukan untuk memenuhi syahwat semata-mata tapi untuk melahirkan anak. Syahwat itu hanyalah sebagai alat sahaja untuk mencapai matlamat iaitu dapat melahirkan anak. Jika manusia itu mencari syahwat sahaja dalam perkahwinan, maka samalah dia dengan haiwan.

Tujuan diciptakan pasangan adalah untuk mendapat ketenangan dan kasih sayang antara suami isteri. Apabila wujud kasih sayang dan ikatan antara suami dan isteri maka lahirlah rasa tenang. Tiada ketenangan sebelum perkahwinan. Jika ada maknanya itu hanyalah hawa nafsu semata-mata.

Akad nikah mempunyai pelbagai maslahah agama dan dunia. Antaranya perkahwinan dapat melindungi urusan wanita dan nafkahnya. Allah menyuruh lelaki menjadi pemimpin, pelindung dan pembimbing bagi kaum wanita. Jadi jika tiada perkahwinan, wanita tidak akan dilindungi dan dipimpin. Bukan bermaksud wanita itu lemah tapi Allah jadikan keseimbangan dan melengkapkan antara lelaki dan perempuan.

Tujuan-tujuan perkahwinan:
1.                  Melindungi wanita
2.                  Memelihara maruah dan elakkan zina
3.                  Meramaikan hamba Allah dan umat Nabi Muhammad saw
                            -merealisasikan impian baginda

Sabda baginda: “Sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti.”

Konklusinya, bila kita berkahwin, kita telah memenuhi tuntutan agama dan menjadi satu kebanggaan.

Galakan supaya berkahwin
Surah An-Nur ayat 32:

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di kalangan kamu, dan orang-orang yang layak [berkahwin] daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan mengkayakan mereka dengan kurniaanNya. Dan Allah Maha luas [pemberian-Nya] lagi Maha Mengetahui.”

Ayat ini ditujukan kepada wali iaitu ayah-ayah yang mempunyai anak yang sudah sampai umur untuk berkahwin tidak kira lelaki atau perempuan.

Apabila seseorang itu tidak mampu untuk mengawal dirinya dari terjebak dalam zina, maka wajiblah dia berkahwin. Permulaan kepada perkahwinan adalah memilih calon. Disebabkan perkahwinan ini disyariatkan dalam Islam, Islam telah menggariskan beberapa panduan atau cara menjaga batas,tuntutan dalam meminang dan sebagainya.

Ingin mengetahui cara-cara memilih calon dan proses meminang? Jangan lupa untuk mendengar kuliah seterusnya.


Wallahu 'alam 







Read more

MODUL GERBANG MAHLIGAI SAKINAH PART 4

0 comments
Bismillahirahmanirrahim 
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad saw dan keluarga baginda .
InshaAllah 
Kuliah Baitul Muslim bersama UmmuAtifah pada minggu seterusnya .

Modul Gerbang Mahligai Sakinah ( Part 6 )
Tarikh : 17 Feb 2014
Masa : 5.30pm-7.30pm (waktu rusia)
9.30pm-11.30pm (waktu malaysia)

Boleh add id
Paltalk : moderator_kuliah


Kuliah Modul Gerbang Mahligai Sakinah merangkumi beberapa aspek tersebut : 

1. Asas-asas pra perkahwinan 
2.Adab dan batas pertunangan 
3.Malam pengantin an tips sunnah pernikahan ( 1 minggu sebelum pernikahan - KHAS )


Jom dengar jom!
Jangan ketinggalan mengikuti kuliah baitul muslim yang disampaikan oleh Ummu Atifah.


Anda terlepas mengikuti kuliah baitul muslim minggu lepas ?



Kami susulkan anda sedutan daripada kuliah baitul muslim Modul Gerbang Mahligai Sakinah (Part 4) 

di sini yang bertajuk  "Tujuan dan fungsi institusi kekeluargaan dalam Islam menurut Al-Quran dan As-Sunnah"


Pernikahan adalah satu ilham dari Allah kepada manusia. Manusia normal memerlukan pasangan yang berlainan jantina dalam kehidupannya secara sunnatullahnya. Maka, apabila Allah mengilhamkan kepada kita perasaan untuk bernikah maka Dia juga memberikan kepada kita kuasa untuk memilih seperti mana dalam Surah As-Syams ayat 7-10.



Kita sedia maklum bahawa Allah telah memberikan kebenaran kepada syaitan untuk menggoda semua keturunan nabi adam kecuali hanya kepada hambaNya yang ikhlas akan terselamat. Maka kepada hamba Allah yang telah diilhamkan nikah ini, kita haruslah meluruskan niat ikhlas lillahitaala supaya Allah memelihara kita dari godaan syaitan dan membantu kita dengan memberi ruang atau jalan yang halal.


Persediaan sebelum menikah melibatkan persediaan hati dan minda : 



A. Persediaan hati:

1. Membetulkan niat dengan ihklas untuk beribadah kepada Allah.

2. Hati dipenuhi keyakinan dengan janji Allah bahawa jodoh kita sudah dipilih oleh Allah.

3. Penuhkan hati kita dengan kasih sayang kepada Allah maka kita juga akan menyayangi pasangan  kita lillahitaala.


B.  Persediaan minda:
1. Kita perlu membetulkan mind set kita bahawa hati dan hidayah adalah hak Allah. Bila hati pasangan kita dipenuhi oleh cinta Allah maka:
  • segala sifat mazmumah akan terhapus.
  • kita akan deal dengan pasangan melalui hati dengan kasih sayang
  • kita takkan berani untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dan pasangan kerana kita tahu dia datang dari Allah.


Kami susulkan pautan untuk rakan-rakan mendapatkan nota kuliah penuh dibawah  Insha Allah .






Wallahu 'alam 



Read more