Quotes
dikala musim exam..
Cikgu
tuh garangla..memang tak lepas punya.
Cikgu
nih bias.
Aku
boleh jawab semua soalan orang lain, tapi soalan aku? Pergh..
Aku
tak habis baca la, habislah aku.
Rilek
bro, chill-chill sudah. At least 3 ok kot.
Tak
puas hati dengan mamat tu, tak study pun boleh lepas. Aku yang pulun ni pun
dapat 3 sebab cikgu tu tak suka aku.
Untunglah
dapat cikgu yang tanya soalan senang.
Nasib
baik aku belajar benda tuh. Nasib-nasib. Fuh.
Biasa
dengar? Mungkin daripada anda sendiri?
Biasa
kita dengari keluh-kesah di musim exam. Dari dulu sampai sekarang. Memang akan jadi trend kita untuk
berkeluh-kesah. Memang umumnya satu tabiat yang susah untuk dipisahkan.
("Sesungguhnya
manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir".)
{QS.
Al Ma`aarij [70]:19).
Chop.
Chop. Chop. Sebelum ada yang terasa pedas, terkoyak, terguris dan sebagainya..
Benda
pertama kita kena tahu bahawa kita ada fitrah. Fitrah manusia memang dijadikan
akan sentiasa menginginkan yang terbaik untuk dirinya. Dari satu sudut, itu
adalah baik kerana Islam itu sentiasa menginginkan kebaikan buat seluruh Ummah.
Islam itu sendiri mengajar kita untuk jadi top-scorer. A Muslim should always
be the Top-Scorer. Itulah prinsipnya,
dan atas itu perlulah kita merasakan bahawa kita patut jadi yang terbaik.
Tapi,
tapi, tapi ..dari segi sudut lain, yang kontranya adalah perasaan itu membawa
sesuatu keburukan dalam diri kita. Bila mana kita tidak meletakkan perasaan itu
berlandaskan niat dan cita-cita yang betul. Niat dan cita-cita yang berasakan
perasaan ingin menang itu sudah pasti membawa kesombongan dalam diri.
Kesombongan
itu yang menjadikan kita merendahkan sebahagian yang lain. Yang mana membuatkan
kita merasakan bahawa apa yang berlaku adalah kesalahan dari orang lain. Bukan
asalnya dari kita. Kita suka menuding jari atas sesuatu, tidak mahu merasakan
bahawa diri kita terlibat sama dalam proses itu. “Sepatutnya aku dapat lebih
dari ini. Kalaulah aku…” etc.
Tapi
bukan semua. Sesetengah. Ada juga yang merasakan bahawa semua salah dirinya
sendiri, namun tidak mahu berusaha memperbaiki keadaannya. Yang semata-mata
bergantung pada ‘takdir’ Allah. Kalau ke kiri, ke kiri lah. Kalau ke kanan, ke
kananlah. Tiada cita-cita. Tiada rasa tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Ini
juga salah satu keburukan. Yang bakal menjadikan kita sentiasa dalam kerugian.
Nasib.
Takdir? Jangan disalahertikan.
Ada
yang menyalahkan takdir. Ada juga yang sekadar mengikuti takdir. Ada juga yang
benar- benar memahami takdir. Maka berbahagialah bagi orang yang memahami
takdir itu.
Takdir
siapa?
Takdir
Allah SWT.
Mereka
yang memahami takdir akan sentiasa rasa bahagia. Kerana mereka tahu disebalik
kejadian pasti ada hikmah. Pasti ada ketentuanNya. Yang mereka sedar bahawa
Pemilik Takdir itu pasti lebih tahu. Mereka juga akan sentiasa berusaha untuk capai
keputusan terbaik. Kerana mereka tahu bahawa Allah akan sentiasa memberikan
ganjaran disebalik usaha yang dilakukan.
“Sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang
mengubah apa apa yang pada diri mereka ”
{QS.
Ar. Rad [13]:11).
Apa
pulak kaitan dengan musim exam??
Musim
exam nilah musim penuh debaran. Penuh cabaran. Penuh dugaan. Erk. Dan segala
macam ‘an’. Dan dimusim inilah akan
terbahagilah manusia itu menjadi tiga golongan. Satu yang suka berkeluh kesah.
Satu yang macam terlebih redha. Satu pula yang berusaha dan tawakkal sungguh-sungguh dan juga redha
atas takdir yang Allah berikan.
Untuk
mereka yang suka berkeluh-kesah. Tahulah bahawa Allah yang menentukan takdir
dengan qadar yang terbaik. Keputusan kita telah ditentukan sejak azali lagi.
Penghuraian dan perdebatan itu sangat panjang. Namun secara ringkasnya, tahulah
kita bahawa apa yang terjadi semua itu
adalah atas ilmu Allah, atas iradah (kemahuan) Allah dan siapa kita yang mampu
menandinginya. Apa yang kita perlu faham adalah konsep humility atas takdir
Allah itu sendiri dan mungkin kita akan rasa lebih tenang dalam mengatasi
masalah-masalah dimusim exam.
Kita
tidak akan mudah marah dan tidak akan mudah menyemburkan kata-kata yang tidak
elok sekiranya kita terlebih dahulu merasakan bahawa Allah yang telah menentukannya sejak awal lagi.
Adapun
bagi mereka yang terlalu bergantung pada takdir, ingatlah bahawa Islam sentiasa
mengharapkan ‘excellence’ dari setiap umatnya. Muslim should always be a top
scorer. Dan Allah sentiasa ‘rate’ usaha kita macam mana. Marilah kita sama-sama
menyumbang tenaga, berusaha sungguh-sungguh untuk menaikkan martabat Islam
dipersada dunia. Kita mampu! Hoyeah.
Jadikanlah
diri kita sentiasa bersyukur atas apa-apa ketentuan dan sentiasa redha dalam
apa-apa keputusan supaya kita sentiasa bahagia. Kalau rezeki memang sudah ditakdirkan kepada kita, tiada siapa yang boleh
mengambilnya daripada kita. Berkata Imam Hassan Al Basri
Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah hati-ku selalu tenang.
Bittaufiq
wannajah bagi semua yang bakal menduduki peperiksaan.
Wallahualam.
Post a Comment