Hari ni saya akan berkongsi cara-cara untuk memasak nasi ayam special. Apa yang ‘special’ nya nasi ayam ni? Jawapannya ialah sebab masak sendiri...haha. Bukan beli. Sebab itulah special.
Resepi ni menghasilkan nasi ayam yang sangat sedap, sangat istimewa dan sangat mudah untuk memasaknya. So apa tunggu lagi? Jom try resepi ni.
Bahan-bahan (Hidangan untuk 6-8 orang)
Untuk Sup :
1 ekor ayam (potong ikut suka hati)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
Sedikit halia yang telah ditumbuk
Sedikit daun sup (takde pun takpe)
Air secukupnya
Sediakan periuk. Masukkan sedikit minyak. Tunggu sehingga panas. Kemudian tumis bawang dan halia. Setelah naik bau, masukkan ayam yang telah dipotong dan rebus ayam sehingga mendidih.
Untuk Nasi :
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 halia (kecil) – ditumbuk
1 biji bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
Air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 batang serai (takde pun takpe)
Basuh beras. Panaskan periuk nasi. Masukkan butter dan tumis halia, bawang merah, bawang putih serta serai yang telah ditumbuk. Kemudian masukkan beras. Tunggu sekejap sebelum masukkan air rebusan ayam dan garam secukupnya. Tunggu nasi masak seperti biasa.
Untuk Ayam :
Ayam yang direbus tadi
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
Sedikit halia
Sedikit kicap cair
2 ulas bawang
Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan di atas selama sekurang-kurangnya 15minit (lagi lama lagi bagus). Selepas diperap, goreng ayam sehingga masak. |
Untuk Sos :
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit garam
1/2 cawan air rebusan ayam
Blendkan semua bahan-bahan di atas. Boleh tambah sos tomato/cili kalau suka. Kemudian masak sebentar (taknak pun takpe).
Untuk Kicap :
Kicap manis
Sedikit gula
3 biji cili api
2 biji cili merah
Sedikit bawang merah dan bawang putih
1/2 cawan air rebusan ayam
Blendkan semua bahan-bahan di atas sampai jadi pekat. |
Untuk sayur-sayuran :
Tomato
Salad
Timun
Basuh dan potong sayur tu cantik-cantik.. |
DAH SIAP
Post a Comment