Assalamualaikum
wbt dan Bismillahirrahmanirrahim.
Pertama
sekali, kami dari AZAM Russia ingin mengucapkan selamat datang kepada para
pelajar Medik yang baru tiba di Bumi Cinta Russia.
Kenapa “Bumi
Cinta”? Stay tuned, keep reading and we will figure out together why 😊
InsyaAllah
kali ini AZAM Russia akan berkongsi serba sedikit mengenai Fiqh Luar Negara
(FLN) dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang pelajar yang menyambungkan
pelajaran ke Russia ini.
“Macam mana saya nak
solat dengan jangka waktu day-time yang singkat musim winter nanti?”
“Apa saya nak makan
dekat sini kalau takde bekalan product halal?”
“Boleh ke ikut pendapat
mazhab lain?”
“Macam mana saya nak
berwudhu’ kalau tak dibenarkan menggunakan sinki untuk basuh kaki?”
“Seluar saya terkena
anjing tadi, apa saya patut buat?”
“Macam mana puasa masa
musim summer nanti? Kena puasa 20 jam ke?”
InsyaAllah
melalui post dari kami kali ini, kami akan cuba untuk menjelaskan
persoalan-persoalan seperti ini.
PART 1: KELAPANGAN DAN KELUASAN HUKUM
ISLAM
“Dan berjihadlah kamu pada jalan
Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia lah yang memilih kamu (untuk
mengerjakan suruhan agamaNya); dan Ia
tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara
agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: ‘orang-orang Islam’
semenjak dahulu dan menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula
layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang
yang benar dan yang salah).
Oleh itu, dirikanlah solat dan berikanlah zakat, serta berpegang teguhlah kamu
kepada Allah. Dia lah pelindung kamu. Maka Dia lah sahaja sebaik-baik
pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan.”
[Al-Hajj (22);78]
Islam
merupakan agama yang tidak pernah membebankan para pengikutNya. Islam itu
sangat mudah untuk diaplikasi dalam kehidupan seharian kita.
Walaupun
kita sekarang berada jauh dari negara kelahiran kita (Malaysia) dan para Muslim
dari negara Russia mempunyai perbezaan pendapat dari kita adalah kerana
perbezaan mazhab dan kenyataan ini sama sekali tidak memberi kita A BIG PROBLEM
insyaAllah.
Oleh kerana
kita mempunyai perbezaan pendapat, kita haruslah saling menghormati perbezaan
pandangan mazhab yang lain. Ini kerana Allah tidak membenarkan kita untuk
taksub dengan pandangan sendiri sahaja.
“Macam mana boleh ada
perbezaan mazhab ni?”
Hal ini
adalah kerana 4 mazhab yang kita kenali ini dikeluarkan mengikut kesesuaian
mengamalkan fiqh seharian mengikut lokaliti dan persekitaran.
Oleh itu,
terdapat beberapa prinsip yang kita boleh amalkan bagi menerima keluasan fiqh
atau pendapat mazhab lain:
1.
Melihat suasana atau persekitaran
semasa bagi mengelakkan fitnah.
2.
Melihat pandangan imam mazhab yang
lain dan bukan taksub pada hanya satu mazhab sahaja.
3.
Bagi kemudahan atau keringanan
(rukhsah) kita sebagai umat Islam untuk mengerjakan ibadah seharian.
4.
Darurat.
5.
Tidak mengikut hawa nafsu.
PART 2: BERSUCI/WUDHU’
“Hai orang-orang yang beriman,
apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai
dengan siku, dan sapulah kepalamu, dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata
kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam
perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan,
lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik
(bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak ingin
menyulitkan kamu, tetapi Dia ingin membersihkan kamu dan menyempurnakan
nikmatNya bagimu, supaya kamu bersyukur.”
[QS 5:6]
“Solat tanpa wudhu’ tidak diterima.”
[HR Muslim]
Masalah
utama yang sering dihadapi kita sebagai pelajar Muslim di Russia (be it in
Moscow, Volgograd, Nizhny Novgorad, Kursk mahupun St Petersburg) adalah cara
untuk berwudhu’ di tempat awam seperti kampus universiti, shopping mall.
Rakyat
Russia sangat sensitive mengenai bab membasahkan lantai di tandas.
Lagi tak
dapat masuk akal fikiran mereka adalah apabila melihat kita terkial-kial gigih
mengangkat kaki ke sinki bagi menyempurnakan wudhu’ kita.
Jadi, apa solusi yang kita boleh buat?
KHUF:
Hadis Rasululllah saw yang telah
diriwayatkan oleh Jarir b Abdullah al-Bajili, katanya: Rasulullah s.a.w mengambil wudhu’ setelah menunaikan qada’ hajat.
Baginda telah berwudhu’ dan kemudiannya menyapu kedua khuf (yang dipakai oleh)
Baginda.”
[Sahih Bukhari, Nombor 1478; Sahih
Muslim, nombor 272]
Syarat
memakai khuf:
1.
Hanya selepas setelah mengambil wudhu’
yang sempurna
2.
Hendaklah menutupi kaki sehingga
paras buku lali.
3.
Hendaklah menghalang air dari
menembusinya.
4.
Hendaklah diperbuat daripada kulit
yang suci dan telah melalui proses penyucian.
Tempoh
menyapu khuf:
1.
Musafir: 3 hari 3 malam
2.
Mukim: 1 hari 1 malam (24 jam)
Perkara
yang membatalkan khuf:
1.
Jika si pemakainya membuka khuf.
2.
Habis tempoh penyapuan
3.
Hadas besar
“Boleh ke stoking
menggantikan khuf?”
·
Hukum: HARUS = stoking itu diperbuat
daripada kulit dan menutupi buku lali.
·
Sekiranya stoking itu daripada
bulu/kapas:
o
Abu
Hanifah dan segelintir golongan Hanafiyyah, golongan bermazhab Maliki dan
majoriti golongan bermazhab Syafie. Golongan ini tidak membenarkan seseorang
memakai stoking biasa menyapu stokingnya sebagai ganti basuh kaki semasa
berwudhu’ kerana stoking yang tidak diperbuat daripada kulit tidak dipanggil khuf dan tiada ketahanan dibawa berjalan
dan tidak telus air.
o
Golongan
yang mengHARUSkan:
§ Sebahagian mazhab Syafie, tetapi dengan syarat stoking itu perlu tebal
dan boleh dibawa berjalan jauh dan perlu menutupi buku lali.
§ Mazhab Hanbali dan sebahagian mazhab Hanafi. Mereka mengharuskan
perbuatan menyapu ke atas stoking seperti kehausan menyapu ke atas khuf.
o
Dr Wahbah al-Zuhaili (seorang ulama
bermazhab Syafie kontemporari) memilih pendapat golongan yang mengharuskan
stoking tebal sebagai pengganti khuf sebagai pendapat yang kuat berbanding
pendapat pertama)
Cara-cara
penyapuan khuf:
Ø Bahagian yang perlu disapu air adalah pada bahagian atasnya.
Ø Sapuan cukup dengan tangan atau tisu
yang lembab.
Ø Tidak perlu membasuh kasut dengan
air.
Ø Ali bin Abi Talib menerangkan: “Sekiranya agamaitu menururt fikiran logic
sudah tentu tapak kasut lebih patut disapu daripada bahagian atasnya. (Akan
tetapi) saya melihat Rasulullah menyapu bahagian atas kasutnya.” (Sahih Sunan
Abu Daud, no 162)
PART 3: SOLAT JAMAK. QASAR (PENDEK)
ATAU TAMAM (PENUH)?
Bahawa Rasulullah s.a.w sewaktu
perang Tabuk, selalu menjamak sembahyang Zohor dengan Asar (jamak taqdim) bila
berangkat sesudah tergelincir matahari (setelah masuk waktu Zohor), tetapi
apabila berangkatnya sebelum matahari tergelincir (sebelum waktu Zohor) maka
sembahyang Zohor diundurkan Baginda, dan dihimpunnya sekali dengan Asar (jamak
ta’khir). Begitu pula dalam sembahyang Maghrib, iaitu sekiranya baginda
berangkat sesudah matahari terbenam (telah masuk waktu Maghrib), dijamaknya
Maghrib dengan Isyak (jamak taqdim). Tetapi kalau berangkatnya itu sebelum
matahari terbenam, diundurkannya Maghrib itu sampai waktu Isyak dan dijamaknya
dengan sembahyang Isyak (jamak ta’khir).
[Hadis Riwayat Imam Abu Dawud]
“Apakah sebab yang membolehkan kita
untuk melaksanakan jamak?”
Ø Jamak sebab hujan:
a. Hanya dapat dilakukan oleh Jemaah yang
solat di masjid SAHAJA.
b. Jamak taqdim SAHAJA.
c. Hujan tidak berhenti sehingga Jemaah selesai
solat.
d. Hujan lebat.
Ø Jamak sebab sakit:
a. Imam Ahmad berpendapat HARUS bagi
individu yang sakit tenat dan berat menjamakkan solat supaya tidak dibebani
dengan menantikan waktu solat dan agar mereka dapat berehat.
Ø Jamak sebab hajat atau sebab darurat:
a. Syarat-syarat:
i.
Tidak dijadikan kebiasaan atau adat.
ii.
Hajat itu benar-benar mendesak.
iii.
Tidak dijadikan alat bagi
mempermain-mainkan agama dan muslihat bagi mereka yang malas mengerjakan solat.
Sebagai
pelajar di negara non-Muslim dan mempunyai kekangan dalam hendak kita
mendirikan solat di pertengahan gap class, kita boleh mengamalkan jamak atas
sebab yang ke #3: DARURAT.
Masalah
terlepas waktu solat akan menjadi satu benda yang norma tambah lagi apabila
musim sejuk nanti bilamana jangka masa waktu Zohor dan Asar yang sangat pendek.
Allah itu
lagi Maha Mengetahui keadaan seorang hambaNya, insyaAllah kita boleh
menjamakkan solat yang tertinggal seperti yang dinyatakan didalam hadis yang
telah dipetik.
Ø Zohor + Asar
Ø Maghrib + Isyak
TETAPI bagi
atas sebab darurat ini, solat jamak yang dilakukan haruslah jamak tamam
(penuh).
Bilamana bilangan rakaat yang dilakukan bagi setiap
solat adalah penuh dan tidak diqasarkan (dipendekkan).
KENAPA?
Syarat
qasar solat jamak:
·
Mempunyai
jarak tertentu kerana bermusafir. Tiada
jarak khusus yang ditetapkan oleh Allah dan RasulNya.
o
Mazhab
Hanafi: 3 malam iaitu lebih kurang 125km.
o
Mazhab
Maliki, Hanbali: 2 marhalah (80km)
o
Mazhab
Syafie: 2 marhalah (96km)
Tempoh
boleh mengqasarkan solat:
·
Tiada
tempoh khusus yang ditetapkan.
o
Mazhab
Hanafi: kurang daripada 15 hari
o
Mazhab
Syafie, Maliki dan Hanbali: berniat menetap di sesuatu tempat kurang daripada 4
hari tidak termasuk hari tiba dan keluar.
o
Bagi
mereka ayng tidak menetapkan tempoh: jumhur sepakat harus melakukan qasar
sepanjang tempoh tersebut.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Stay tuned
untuk bahagian ke #2 Fiqh Luar Negara dari AZAM Russia 😊
Post a Comment