FRIDAY WRAP (17/04/2014 - 24/04/2014)

0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali dalam Friday Wrap pada minggu ini memaparkan berita semasa dunia.


Khamis, 17/04/2014
Lebih 20 Mangsa Terkorban Dalam Pemberontakan Afrika Tengah


BANGUI - Lebih dari 20 orang yang kebanyakannya orang awam, meninggal dalam konflik baru-baru ini di Republik Afrika Tengah ( CAR ). Konflik terjadi di antara militia Kristian dan penduduk Muslim awal minggu ini di Grimari. 22 orang terkorban, termasuk 4 wanita yang dilaporkan terbunuh akibat terkena tembakan peluru sesat. Turut terkorban adalah lima pejuang seleka ( muslim ) dan dua militia anti-Balaka. Mangsa korban yang lainnya adalah penduduk awam.

Banyak laporan berbeza yang diterima mengenai penyebab pertengkaran. Afrika telah menghadapi rusuhan yang banyak meragut nyawa sejak Disember tahun lalu, ketika militia Kristian anti Balaka melancarkan serangan-serangan terhadap kumpulan Muslim seleka yang menggulingkan kerajaan pada Mac 2013. Kekerasan tidak hanya tertumpu pada pejuang muslim seleka tetapi juga membawa kepada pembunuhan warga muslim awam.


Khamis, 17/04/2014
Jordan Desak PBB Beri Sekatan Pada Israel Atas Pencerobohan Al Aqsa


AMMAN - Jordan telah mengecam Israel atas tindakan provokasi di Masjid Al-Aqsa dan menyeru Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil tindakan terhadap rejim Tel Aviv. Menteri Maklumat Jordan Mohammad Momani mendesak Majlis Keselamatan pada hari Rabu untuk menamatkan provokasi Israel di masjid tersebut.

Selama pertembungan sejak selasa lalu di komplek Masjid Al-Aqsa, pasukan Israel didakwa menembak dan mencederakan sekurang-kurangnya 30 warga Palestin di kompleks masjid tersebut. Masjid Al-Aqsa telah menjadi ajang pertengkaran dalam beberapa bulan terakhir susulan kunjungan peneroka dan pegawai Israel ke komplek masjid tersebut.

Jordan telah menjadi pengurus tempat-tempat suci Islam di Al-Quds selepas perjanjian damai ditandatangani antara Amman dan Tel Aviv pada tahun 1994.


Khamis, 17/04/2014
Rakyat Palestin Peringati Hari Tahanan

TEBING BARAT - Ribuan warga Palestin turun ke Tebing Barat dan Jalur Gaza yang terkepung bagi menunjukkan perpaduan mereka dengan tahanan Palestin yang ditahan di penjara-penjara Israel. Lebih daripada 3,000 penunjuk perasaan Palestin menandakan Hari Tahanan pada hari khamis 17 April. Mereka melakukan tunjuk perasaan di bandar-bandar di Tebing Barat seperti Ramallah, Al-Khalil ( Hebron ) dan Nablus.

Mereka mengibarkan bendera Palestin dan membawa foto-foto tahanan. Beratus-ratus orang turut melakukan aksi protes di Jalur Gaza pada rabu malam. Demonstrasi diadakan setelah pembicaraan damai antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin mencapai kebuntuan setelah Tel Aviv menolak untuk membebaskan 104 tahanan Palestin pada akhir Mac.

Kementerian Tahanan mengatakan dalam sebuah laporan pada hari rabu bahawa 5,000 banduan Palestin, termasuk 476 orang yang dijatuhi hukuman mati akan tetap berada di penjara-penjara Israel.


Sabtu, 19/04/2014
Roket dan Bom Sambut Kedatangan Wartawan Indonesia di Syria


SYRIA - Tentera rejim Asad kembali mengebom bandar Hama, Syria dengan roket dan birmil. Sewaktu pasukan Wartawan Islam Bersatu ( JITU ) melakukan liputan langsung di kawasan Maorik, Hama, bunyi roket menggegarkan kawasan liputan tersebut.

Helikopter rejim Asad didakwa menjatuhkan bom-bom tersebut bagi memusnahkan wilayah Maorik, Rabu (16/4). Dinding-dinding, tingkap dan pintu bergegar kuat akibat letupan tersebut. Pihak Mujahidin melakukan serangan balasan dengan melancarkan tembakan dan roket ke arah helikopter tentera Basyar. Meskipun penggunaan senjata terhad, mereka tetap mempunyai hamasah (semangat) dan keberanian dalam menghadapi rejim Basyar.

Penasihat Liwa Hitthin , Syaikh Abdullah Musthafa Rahhal , yang turut dalam front jihad ini menjelang solat Zuhur memberikan semangat kepada pasukan JITU . Ulama ini memberikan apresiasi kepada JITU yang datang jauh dari Indonesia untuk memberitakan penderitaan rakyat Syria sampai di garis depan jihad .

"Kalian wartawan dari Indonesia yang telah membulatkan tekad untuk membuat liputan, berarti kalian sudah tahu risikonya. Kita berdoa agar selamat, tapi kalaupun kalian harus menemui kematian maka kita akan bertemu di syurga," katanya.


Isnin, 21/04/2014
Pejuang Bersatu, Serangan Tentera Rejim Assad di Idlib Berjaya Dipatahkan


SYRIA - Isu perselisihan antara pejuang telah menjadi perbincangan hangat di kalangan pemerhati krisis Syria. Isu ini kemudian disambut dengan pemberitaan tentang lahirnya perpecahan. Namun, berdasarkan hasil liputan pasukan Wartawan Islam Bersatu ( JITU ), berita ini tidak sama dengan realiti. 

Dalam sebuah pertempuran di daerah Sarmin, wilayah Idlib, kumpulan pejuang bersatu menghadapi tentera rejim yang mendadak menyerang umat Islam. Dalam menghadapi serangan ini, mereka merapatkan barisan untuk menyusun kekuatan. Operasi ini dinamakan Ma'rokah Mukhlisin atau perang orang-orang yang ikhlas.

Dalam pertempuran itu, seorang pejuang, Musthafa, gugur terkena tembakan. Kerana tidak ingin jenazah pejuang yang juga merupakan ulama itu dihina oleh tentera rejim, pejuang dari kumpulan lain berusaha menyelamatkan jenazahnya . Namun, mereka turut gugur. Dalam pertempuran ini, 140 tentera rejim diberitakan terkorban. Sedangkan 25 pejuang gugur.


Isnin, 21/04/2014
Konvoi Bantuan 'Miles of Smiles' Berjaya Masuk Gaza


GAZA - Satu konvoi aktivis Arab dan Eropa tiba di Gaza, dalam usaha untuk mematahkan sekatan Israel yang sedang berlangsung dari daerah pesisir tersebut. Konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa dengan nama " Miles of Smiles 26 " tiba di Gaza melalui sempadan Rafah pada hari Ahad dan akan berada di sana selama beberapa hari. Lebih dari tiga puluh aktivis dari negara-negara Arab dan Eropah membawa bantuan kemanusiaan dan ubat-ubatan untuk pusat-pusat kesihatan di Gaza.

"Kami menyambut konvoi kerana peranannya dalam menunjukkan Gaza kepada dunia," kata Ghazi Hamad, wakil menteri luar negeri dari gerakan Palestin Hamas di Gaza. " Kami di sini untuk menyokong rakyat Palestin dan warga Gaza khususnya. Kami turut mendesak PBB bagi mengambil langkah mengatasi situasi yang semakin buruk di Gaza," kata Ahmad Ibrahim, seorang aktivis.

Pada 8 Januari, " Miles of Smiles 24 " tiba di Gaza melalui Rafah di sempadan dengan Mesir. Hanya tujuh dari 127 aktivis dibenarkan masuk ke Gaza.


Isnin, 21/04/2014
Mesir Izinkan Abu Marzuq Menyeberangi Gaza


GAZA - Kerajaan Mesir telah bersetuju untuk membenarkan wakil pemimpin Hamas, Moussa Abu Marzouq untuk menyeberang ke Gaza bagi menghadiri pembicaraan perdamaian dengan Fatah.

"Abu Marzouq akan datang dari Mesir pada Isnin pagi melalui sempadan Rafah," Youssef Rizka, penasihat politik untuk Perdana Menteri Gaza Ismail Haniyeh, berkata kepada Anadolou Agency Ahad malam, demikian laporan worldbulletin.net.

Sebuah delegasi dari Fatah, dari Pihak Berkuasa Palestin pimpina Mahmoud Abbas, akan berada di Gaza pada hari Isnin untuk membincangkan perdamaian dengan Hamas, yang menguasai Gaza sejak tahun 2007.

Hubungan antara Hamas dan kerajaan Mesir telah merosot sejak Julai lalu, ketika tentara Mesir menggulingkan presiden terpilih Mohamed Mursi dan melakukan tindakan kekerasan terhadap Ikhwanul Muslimin. Mahkamah Mesir baru-baru ini melarang kegiatan Hamas di Mesir dan memerintahkan rampasan terhadap pejabatnya.


Selasa, 22/04/2014
Anak Lelaki Van Doorn Ikuti Jejak Ayahnya Peluk Islam


AMSTERDAM - Hampir setahun selepas ayahnya memeluk Islam, anak lelaki mantan ahli politik Belanda, Arnoud Van Doorn, telah memeluk Islam setelah mengkaji Al-Qur'an. Doorn, bekas anggota Parti Kebebasan sayap kanan (PVV), memeluk Islam tahun lalu setelah melakukan kajian terhadap Islam. Beliau adalah salah seorang pemimpin parti yang mengarah filem 'Fitna' pada tahun 2008 yang menghubungkan Islam dan Al-Quran dengan kekerasan.

Tetapi setelah protes umat Islam di seluruh dunia terhadap filem 'Fitna', Doorn mula membaca lebih banyak tentang Islam dan Nabi Muhammad SAW yang kemudiannya membawa beliau untuk memeluk Islam pada tahun 2013.

"Saya melihat ayah saya menjadi lebih tenaang setelah memeluk Islam," kata anak lelaki Doorn. "Pada masa itulah saya menyedari ada sesuatu yang baik dalam agama ini dan itu membuat saya mengubah persepsi saya terhadap muslim. Saya mula mempelajari Al-Qur'an dan mendatangi ceramah ulama-ulama terkenal." Iskander, 22 - tahun, mengatakan bahawa rakan muslimnya Younis adalah contoh yang mendorongnya untuk memeluk Islam.


Selasa, 22/04/2014
Muslim Terus Melarikan Diri Dari Ibukota Afrika Tengah


BANGUI - Muslim terus menjadi pelarian daripada kekerasan yang berlaku di Bangui, ibu negara Republik Afrika Tengah. Tentera asing mengawal pemindahan lebih dari 100 muslim dari ibu Negara ke bandar Bambari pada hari Isnin, kira-kira 300 kilometer (190 batu) timur laut dari ibu negara.

Pelarian muslim diangkut dalam dua lori, disertai dengan kenderaan iringan dari pasukan penjaga perdamaian Perancis dan Badan Pelarian PBB (UNHCR) dan Pertubuhan Antarabangsa. Tammi Sharpe, wakil UNHCR di Republik Afrika Tengah, berkata pemindahan itu merupakan tindakan untuk menyelamatkan nyawa kerana pelarian Muslim telah terus menerus diserang di daerah PK 12, Bangui Utara tersebut.

Ribuan umat Islam yang lain masih terperangkap di bandar-bandar di seluruh Afrika Tengah sementara kumpulan bersenjata kristian terus melancarkan serangan terhadap umat Islam agar mereka meninggalkan negara itu. Sejak konflik meletus Disember lalu, kira-kira 1 juta warga Afrika Tengah telah terlantar di wilayah dalam negeri. Selain itu, lebih dari 82,000 Muslim Afrika tengah telah melarikan diri ke negara jiran termasuk Cameroon, Republik Demokratik Congo, Republik Congo dan Chad.


Rabu, 23/04/2014
Serangan Drone, 2 terbunuh di Afghanistan


KABUL - Pejabat polis mengatakan serangan AS telah membunuh dua orang di timur laut Afghanistan, Press TV melaporkan. Serangan itu mensasarkan komander Taliban dari Pakistan dan Afghanistan yang berada di daerah Nari wilayah Kunar pada hari Selasa. Serangan keganasan yang sama dari Amerika Syarikat telah membunuh hampir 50 orang di Yaman sejak tiga hari yang lalu.

AS melakukan serangan menggunakan pesawat tanpa pemandu di Yaman, Pakistan, Afghanistan, dan Somalia. Washington mendakwa sasaran-serangan tersebut adalah berpunca daripada pejuang yang bergabung dengan Al-Qaeda, namun para pegawai tempatan dan saksi melaporka bahawa orang awam telah menjadi korban utama dari serangan-serangan tersebut selama beberapa tahun terakhir.

AS dan sekutunya menceroboh Afghanistan pada tahun 2001 dengan alasan Washington melawan keganasan. Serangan itu menjatuhkan Taliban dari kekuasaan, namun tahap keselamatan di seluruh negeri semakin merosot.


Rabu, 23/04/2014
Pemberontak Selatan Sudan Bantai Rakyat Awam di Masjid


BENTIU - Ratusan orang awam tidak bersenjata di Sudan Selatan dan luar negeri telah dibunuh secara kejam di dalam masjid, gereja dan pusat-pusat kesihatan setelah pasukan pemberontak merampas kota Bentiu, ibukota negara bahagian Unity yang juga merupakan pengeluar minyak.

"Kami yakin bahawa sekurang-kurangnya 400 orang terbunuh di Bentiu dalam seminggu terakhir," Toby Lanzer, pegawai tinggi PBB di Sudan Selatan, melaporkan kepada CNN pada hari Rabu 23 April.

Pembunuhan itu berlaku ketika pasukan pemberontak tersebut cuba merampas kota Bentiu pada 15 dan 16 April. Mereka mencari tempat-tempat awam di mana beratus-ratus penduduk Sudan Selatan dan orang awam ditempatkan. Sebanyak 200 orang awam dilaporkan terbunuh di Masjid Kali-Ballee di mana mereka berlindung. Di pusat kesihatan, lelaki, wanita dan kanak-kanak dari etnik Nuer, yang bersembunyi dari pasukan pemberontak sewaktu mereka memasuki daerah tersebut, turut dibunuh.

Sudan Selatan, salah satu negara termiskin di dunia, dilanda keganasan etnik Disember lalu. Suku Nuer menyokong pemimpin pemberontak Riek Machar sementara lawannya, Presiden Salva Kiir berasal dari suku Dinka. Sejak itu, lebih daripada satu juta orang telah meninggalkan rumah mereka akibat konflik.


Rabu, 23/04/2014
Ukraine melancarkan serangan terhadap pemberontak manakala AS menghantar pasukan ‘menenangkan’

Pemberontak PRO-Kremlin dalam Ukraine bersiap sedia menghadapi serangan tentera diperbaharui oleh Kiev. Amerika Syarikat juga telah mengumumkan bahawa ia akan menghantar tentera pembantu selepas Washington sekali lagi memberi amaran kepada Moscow terhadap krisis yang semakin meningkat.

Baru baru ini seorang ahli politik tempatan dari pihak Turchynov meninggal setelah diculik hampir seminggu. Pemberontak disalahkan atas kematian beliau. Kematian ini boleh menjadi penyebab tercetusnya perang saudara antara Russia dan Ukraine. "Agensi Keselamatan sedang berusaha untuk membubarkan semua kumpulan pemberontak yang beroperasi di Kramatorsk, Slavyansk dan bandar-bandar lain di Donetsk dan kawasan lain," kata Timbalan Perdana Menteri Vitaly Yarema, menurut agensi berita Interfax Ukraine.


Sekian sahaja lintasan berita dalam Friday Wrap pada minggu ini. Semoga bermanfaat.


Dari Anas bin Malik ra, bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Janganlah salah seorang diantara kalian mengangan-angankan datangnya kematian karena musibah yang menimpanya. Dan sekiranya ia memang harus mengharapkannya, hendaklah ia berdoa, ‘Ya Allah, teruskanlah hidupku ini sekiranya hidup itu lebih baik untukku. Dan wafatkanlah aku, sekiranya itu lebih baik bagiku.”

(HR. Bukhari Muslim)




Post a Comment