• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

Showing posts with label Book Review. Show all posts
Showing posts with label Book Review. Show all posts

Bijak mengurus wang

0 comments

Bijak mengurus wang oleh Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir


Hidup diperantauan selalu menyukarkan atau menyempitkan gaya hidup kita. Al maklumlah, berada ditempat orang tidak seperti di negara kita sendiri. Berdikari dan survivality itu perlu sangat mahir. Dan tidak lupa juga, ekonomi masing-masing, atau dalam erti kata yang lain, status kewangan. Hal ini, sangatlah penting terutamanya untuk para pelajar yang kehidupan mereka bergantung kepada sumber elaun atau FAMA (father and mother) yang mana ditetapkan jumlahnya. Jika kita tidak mahir dalam menguruskan kewangan peribadi, maka kita juga telah gagal dalam merancang masa hadapan kita. Jadi, ayuh kita mula bijak mengurus wang!

InsyaAllah disini saya ingin menyarankan satu buku hasil karya Hajah Rohani yang merupakan seorang Pengerusi Ekselutif (CEO) dan ketua perunding di Hijrah Wealth Management Sdn. Bhd., iaitu sebuah firma pengurusan kewangan islam. Judul buku ini ialah “bijak mengurus wang.”

Menariknya buku ini ialah ianya memberi cadangan perancangan kewangan kepada beberapa kumpulan sasaran. Biarpun buku ini tidak menyentuh kepada para pelajar universiti macam mana mahu menjana kewangan yang lebih stabil, tetapi pendekatan yang digunakan didalam buku ini lebih ringan dan mudah difahami jika saya mahu bandingkan dengan beberapa buku perancangan kewangan yang lain. Biarpun ianya tidak menyentuh tentang para pelajar secara langsung, tetapi intipati pengurusan kewangan dalam kehidupan serta penjanaan kewangan melalui peniagaan dan sumber wang pasif yang mematuhi syariat islam boleh para pelajar jadikan ianya sebagai panduan.

Initipati yang paling utama, buku ini turut menyentuh perancangan kewangan yang boleh diamalkan pada masa tua nanti. Dari sistem simpanan gaji pencen serta macam mana mahu merancang kewangan untuk kesihatan pada hari tua kelak. Bak pepatah melayu, “ sediakan payung sebelum hujan.”

Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah. Mari baca dan amalkan. Ayuh, teman! Mari menjadi Abdul Rahman bin Auf di abad ke 20.

Harga: RM 25.00 semenanjung

Muka surat: 324

Terbitan: Galeri Ilmu


Read more

MENGENAL SANG PENCINTA

0 comments

Bismillahirahmanirahim…

Apabila masuk bulan Feburari, ramai akan menyebut pasal Valentine Day. Saya sendiri tidak pasti kenapa, masuk bulan ini sahaja, ramai akan menyebut pasal hari kekasih. Hurm, kata mereka mengenangkan kekasih masing-masing seperti perjuangan Romeo dengan Juliet. Kisah cinta abadi dan sejati. Mengalahkan kisah cinta Rose dan Jack dalam cerita Titanic jika dibanding.

Jadi, apa yang saya boleh katakan? Itu hanya satu kisah rekaan yang digambarkan oleh seorang penulis skrip dan penulis buku. Langsung tidak boleh diaplikasikan dalam realiti kehidupan. Itu semua fantasi sahaja. Jika ditanya kepada saya, jadi adakan wujud buku cinta sejati berdasarkan cinta sejati. Berani saya katakan “ada!”

Tidak percaya? Cuba bandingkan mana-mana kisah cinta Romeo dengan Juliet, Jack dengan Rose, Quasimodo dengan Esmeralda atau mana-mana kisah yang seumpama dengannya dengan kisah cinta yang sebenar ini.

Pernahkah kamu mendengar seorang lelaki sanggup dicaci dan dimaki oleh masyarakatnya kerana cintanya? Pernahkah kamu mendengar seorang lelaki yang hampir-hampir terjun gaung kerana terkejut tidak percaya kerana dicintai?Tahukan kamu, lelaki ini pernah berdiri sampai bengkak kaki kerana mahu menemui orang yang dia cintai. Tahukan kamu, lelaki ini pernah disisih oleh masyarakatnya kerana cintanya. Tahukah kamu, kerana cinta lelaki ini, ada satu kaum telah menjadi penyokong cinta dia yang paling kuat selepas dia telah tiada di dunia ini. Cuba bandingkan?

Inilah kisah cinta yang paling agong. Kisah yang tidak akan mensia-siakan masa dan tenaga bagi siapa yang mencubanya. Jadi siapakah lelaki ini? Siapakah kekasihnya? Siapa lagi jika bukan cinta Muhammad bin Abdulllah kepada Allah. Kisah cinta ini lebih indah dan dihayati jika dibaca dengan penuh perasaan rindu. InsyaAllah disini saya mahu mencadangkan satu buku mengenai kisah hidup Rasulullah dimana penuh dengan ibrah yang boleh diambil dan diamalkan.

Buku yang berjudul Fiqh Sirah karangan Muhammad Said Ramadhan Al Buti. Seorang Ulama dari Syria yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun lepas di Homs. Buku ini sebenarnya telah ada lama dilaman web tapi tidak ramai yang tahu. Ini link yang saya boleh tolong bagi.

http://bahantarbiyah.com/?book=fiqh-sirah-jilid-1-said-ramadan-al-buti



InsyaAllah, semoga kisah cinta seorang hamba kepada Penciptanya ini mampu kita contohi.

Wallahua'lam


Read more
0 comments

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Kembali lagi bersama AZAM Russia dalam slot Book Review.

Ujian, bahasanya bisu. Hadirnya tidak terduga. Ada kalanya ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa. Ada kalanya untuk mengajak kita bertanya, apakah diri sudah terlupa. Ya...terlupa siapakah kita di sisi-Nya. Terlupa dari mana datangnya dan ke mana pula hala hidup kita? Terlupa kita sebenarnya tidak punya apa-apa. Apakah kita masih ingin menderhaka pada-Nya?

Masihkah kalian ingat tentang kalam Allah dalam surah al-baqarah ayat 216?

“Boleh jadi kamu membanci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu..”

Benarlah janji Allah, sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Ada kebaikan yang terkandung di sebalik ujian yang bertimpa-timpa. Seandainya kita mengerti, andai ujian itu membawa kita ke pintu kesedaran, maka ujian itu sebenarnya amat manis.

Nah, untuk kalian yang sedang berduka cita. Dirudum malapetaka. Yang lelah menapaki kehidupan. “Tuhan Sedang Menguji Kita” dari Ustaz Kazim Elias. Bicaranya yang sempoi tapi sarat dengan nasihat dan pedoman. Penuh motivasi.





TAJUK : TUHAN SEDANG MENGUJI KITA

KARYA : USTAZ KAZIM ELIAS

KELUARAN : KARANGKRAF

HARGA : RM19.90


Read more

Rububiyah, Uluhiyah & Hakimiyah

0 comments

Bismillahirahmanirahim

          Dalam kesibukan kita dalam mengejar mood imtihan(peperiksaan), selalulah peringatkan diri kita dengan Allah. Dalam kesibukan kita dalam membaca bahan imtihan, selalulah dibacakan sekali tujuan kita masih dihidupkan kepada diri sendiri (51:56, 2:30). Dalam kesibukan kita dalam merancang perjalanan untuk pergi berjaulah(jenjalang), jangan lupa untuk membawa bahan bacaan seperti Al-Quran dan buku-buku.

          Yup, untuk mengisi masa lapang semasa perjalanan anda ataupun sewaktu anda dalam kepenatan study week, saya mahu mencadangkan satu buku yang sempoi tetapi membuka minda. Buku ini bukanlah satu buku yang terlalu berinformasi dan bukanlah satu buku yang terlalu berat untuk dibawa bersama.

          Buku yang mengajak kita untuk mengenal Rabb (tuhan) kita agar kita selalu mengingati tujuan kehidupan kita. Buku yang mengajar kita untuk lebih dekat dengan Malik (tuhan) kita agar kita selalu merasa dekat dengan Nya tidak kira dimana kita berada dan apa yang kita lakukan. Satu buku yang mendidik kita untuk lebih menghayati sifat Illah (tuhan) kita yang Maha dalam segala-galanya, supaya kita menjadi hamba-Nya yang lebih Rabbani. Apabila kita mula mengenal si Dia, maka tiada perkara yang lebih merunsingkan diri kita selain dari kita merasakan diri ini mula menjauh dari Allah. Imtihan, masalah sewaktu perjalanan, masalah dengan keluarga, belum dapat zachut lagi, maka mulalah mencari Allah dan jagalah Allah, nescaya Allah akan menjaga kamu.

       
Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.

(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)




Judul Buku : Rububiyah, Uluhiyah & Hakimiyah : Paksi Akidah, Bukan Mengkafirkan Sesiapa.

Penulis : Ustaz Alias bin Othman

Terbitan : KONSIS Network

Muka Surat : 245

Harga : Semenanjung RM 15.00 / Sabah Sarawak RM 17.00








Boleh didapati di http://imanshoppe.com/index.php?route=product/product&product_id=17
Wallahua'lam


Read more

TATKALA BEDUK DIKETUK

0 comments

          “Beduk Diketuk” , hasil karya seorang penulis terkemuka Pahrol Md Juoi yang diterbitkan pada tahun 2011 sememangnya memberi kepuasan kepada para pembaca. Karya yang sarat dengan ibrah yakni pelbagai mesej ini mampu memberi impak yang positif dalam diri seseorang individu. Sepanjang membaca kisah-kisah yang dipamerkan dalam buku ini, kadang-kala membuatkan diri ini tertawa dan ada tikanya terkelu seketika dek terasa mungkin.

          Perihal kisah yang diselitkan dengan unsur teguran dan kritikan membolehkan kita bermuhasabah diri, berfikir sejenak tentang diri kita, sejauh mana pengaplikasian diri sebagai individu Muslim. Kekeliruan masyarakat tentang amalan dan fahaman Islam turut dirungkai dengan jayanya oleh pengarang. Naskhah ini juga harus dibaca untuk menyedarkan kita yang alpa dan leka ini dari terus tunduk dengan jajahan neokolonialisme. 

Tiba masanya untuk kita bangkit dan perjuangkan kembali syiar Islam walau di mana jua kita berada kerana tanah itu bakal menjadi saksi!

Tajuk : Beduk Diketuk

Pengarang : Pahrol Mohd Juoi
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-388-036-2
Mukasurat : 280
Harga : RM26.00

Wallahua'lam


Read more

DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt..

Sukar untuk mengungkapkan perasaan penulis saat membaca buku hasil nukilan Ustaz Hasrizal Abd Jamil ini. Gembira, sedih, sebak, terharu, lucu, semuanya bersatu dalam buku ini. Gaya penulisan Ustaz Hasrizal juga santai, mudah diterima tetapi dinukilkan dengan penuh kejujuran. Setiap baris-baris perkataan dalam buku ini terdapat sesuatu yang menarik untuk direnungkan.

Buku ini berkisar tentang pengalaman Ustaz Hasrizal sepanjang menetap di bumi Eropah. Perkongsian yang penulis rasakan cukup berharga. Sebagai seorang Muslim, buku ini memberi penulis inspirasi, semangat, nasihat dan teguran kepada penulis dalam mendepani ujian, berjihad dan berjuang dalam hidup. Kisah Islam dan Muslim yang berlaku di Eropah membuat penulis terasa lebih dekat dengan pelbagai persoalan ummah.

Penulis percaya, sesungguhnya buku ini adalah cetusan bernas yang perlu dibaca setiap Muslim terutamanya para pelajar. Kutiplah kalam mutiara yang ada di dalamnya, sambutlah bingkisan sentuhan iman yang terkandung di dalamnya. Penulis percaya, setelah membaca buku ini anda akan menyedari bahawa kita sebagai umat Islam, masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan.

DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU

Pengarang : Hasrizal Abdul Jamil

Publisher : Galeri Ilmu

Tarikh keluaran : 2 April 2012

Kategori : Motivasi, Islamik

Harga : RM 30.00


Read more

Apabila Hati Rindu Menikah.

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim..

Anda memiliki seseorang yang istimewa tetapi hati sentiasa gelisah memikirkan hubungan tersebut? Anda mahu menjadikan perhubungan tersebut halal tetapi masih ragu-ragu dan takut ? Anda mahu menghalalkan perhubungan tersebut tetapi tidak mengetahui cara yang diajarkan oleh Rasullulah? Atau anda masih tidak tahu bagaimana untuk mengandakan amal anda? Maka cuba pejamkan mata, dengarkan bisikan hati nurani anda. Sebenarnya hati anda rindu menikah.

Sesiapa yang senang dengan sunnahku, dia perlu mengikutinya dan sesungguhnya salah satu daripada sunnahku adalah bernikah .
-riwayat al baihaqi-


Kredit


Satu buku yang dikarang oleh Mas Udik Abdullah terbitan Pro-U Media yang telah diterjemahkan dari bahasa Indonesia kepada bahasa Malaysia oleh Hasnah Ishak dan diterbitkan oleh PTS Millenia Sdn. Bhd. Buku ini mampu menjawab persoalan yang bermain difikiran anda terutamanya persoalan diatas. Alasan retrorik seperti masalah kewangan, tidak layak, malu dengan diri, kurang kepimpinan, insyaAllah anda mampu temui jawapannya di dalam buku ini. Penulis juga menyarankan untuk membaca sebuah buku yang berjudul Menjadi Bidadari Dunia Akhirat Pendamping Mujahid: Hak Isteri & Kasih Sayang Suami. Jangan bazirkan masa anda dengan perhubungan yang tidak sah, yang mampu mengecewakan diri serta orang lain. Kerana bernikah itu fitrah manusia.

Pengarang : Mas Udik Abdullah
Judul Asal : Bila Hati Rindu Menikah
Penterjemah : Hasnah Ishak
Judul Baru : Apabila Hati Rindu Menikah
Muka Surat : 195
Terbitan : PTS Millenia
Harga : SM – RM 15.00
SS – RM 17.00

Wallahua'lam


Read more