Assalamualaikum wbt.
Malaysia kian tenggelam!! Hampir seluruh negeri di
pantai timur dan sesetengah di pantai barat dicurahi rahmat tuhan tanpa henti
hingga menyebabkan semua harta benda tenggelam dan juga orang tersayang yang terkorban
ketika bah itu melanda. Adakah sesetengah makhlukNya menganggap bah ini
sebagai satu musibah atau satu nikmat?Atau satu balasan terhadap perbuatan mereka? Apa sifat positif yang perlu kita
tanam dalam diri ketika menghadapi situasi ini?
…………….
Ada
seorang lelaki yang
tinggal berdekatan sebuah
sungai. Musim tengkujuh
sudah tiba. Hampir tidak ada hari tanpa hujan baik hujan rintik-rintik mahupun
hujan lebat. Pada suatu hari
terjadi bencana di daerah tersebut. Hujan lebat
tidak berhenti, permukaan sungai semakin lama semakin naik, dan akhirnya terjadilah banjir.
Saat itu paras
air sudah sampai ketinggian lutut orang
dewasa. Orang – orang sudah mulai
mengosongi daerah tersebut, takut kalau permukaan
air semakin
tinggi. Lain dengan orang-orang yang sudah
mula gelisah untuk menyelamatkan
diri, lelaki tersebut tampak tenang tinggal di rumah.
Akhirnya datanglah trak penyelamat
berhenti di hadapan rumah lelaki
tersebut.
“Pakcik, cepat masuk ikut trak
ini, tidak lama lagi banjir semakin tinggi”, teriak salah
seorang penyelamat kepada
lelaki tersebut.
Si lelaki menjawab “Tidak mengapa, terima kasih, anda
terus saja menolong
yang lain. Saya pasti akan
diselamatkan Tuhan. Saya ini kan
sangat rajin berdoa.”
Setelah
beberapa kali memujuk
tetapi tidak berhasil, akhirnya
trak tersebut meneruskan
perjalanan untuk menolong yang lain.
Permukaan air semakin tinggi. Ketinggian mulai mencapai 1.5 meter. Lelaki tersebut masih di rumah,
duduk di atas almari. Kemudian datang
pula pasukan penyelamat
yang kedua dengan membawa perahu
dan berhenti di
hadapan rumah lelaki tersebut.
“Pakcik,
cepat ke sini, naik perahu ini. Keadaan
semakin tidak terkawal. Kemungkinan air akan semakin meninggi.”
Lelaki
tersebut mengulang lagi “Terima
kasih, tidak usah menolong
saya, saya orang yang beriman, saya yakin Tuhan akan selamatkan saya dari keadaan ini.”Perahu
dan pasukan penyelamat
pun pergi tanpa membawa
lelaki tersebut.
Ramalan banjir
semakin besar ternyata menjadi kenyataan. Ketinggian air sudah
semakin tinggi sehingga air sudah hampir
menenggelamkan rumah-rumah disitu. Lelaki itu
kelihatan di atas
atap rumahnya sambal terus berdoa.
Datang
lagi sebuah helicopter
dan pasukan penyelamat.
Pasukan penyelamat melihat
lelaki tadi duduk
di atas atap rumahnya. Mereka melempar tangga tali
dari helikopter. Dari atas terdengar
suara dari megaphone: “ Pakcik, cepat pegang tali
ini dan naiklah ke
sini.” Tetapi lelaki tersebut menjawab
dengan berteriak, “Terima kasih,
tapi anda tidak usah
menolong saya. Saya orang yang
beriman dan rajin berdoa. Tuhan pasti akan menyelamatkan saya.”
Ketinggian banjir semakin lama semakin naik, dan akhirnya seluruh rumah di
daerah tersebut sudah terendam seluruhnya.
Bagaimana nasib lelaki tersebut?Lelaki tersebut akhirnya mati tenggelam.Di akhirat dia dihadapkan
pada Tuhan. Lelaki ini kemudian mulai berbicara bernada protes, “Ya Tuhan, aku selalu berdoa padamu, selalu ingat padamu, tapi kenapa aku
tidak engkau selamatkan dari banjir
itu?”Tuhan menjawab
dengan
singkat, “Aku selalu mendengar doa-doamu, untuk itulah aku
telah mengirimkan trak, kemudian perahu dan
terakhir helikopter. Tetapi kenapa kamu tidak
ikut salah satu
pun?
Sebuah cerita
menarik. Demikian juga dalam
kehidupan kita, kita
berusaha dan selalu
berdoa kepada Allah s.w.t. dan
mungkin Allah sudah
sering mengirimkan “trak”, “perahu”, dan “pesawat” kepada kita, tapi kita tidak
menyedarinya. Dan masih
kau tidak mahu
bersikap positif sama
Tuhan ?
Wallahua’lam..
Post a Comment