• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

Showing posts with label Komik. Show all posts
Showing posts with label Komik. Show all posts

KOMIK:Muslim yang sihat

0 comments
Assalamualaikum wbt.

1.Tidak Pernah Banyak Makan
           Sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih). 
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : 
             - Sepertiga untuk udara,
             - sepertiga untuk air  
              -sepertiga lainnya untuk makanan. 
           Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan.

A081
Serta Kami katakan: Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu; dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia.

2. Gemar Berjalan Kaki
             Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan lancar.Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Bahkan ada kajian yang meyatakan berjalan kaki selama 90 minit selama 5 kali dalam seminggu akan menjadikan seseorang merasa lebih gembira kerana tubuh manusia menghasilkan lebih banyak endorfin.

3. Selalu Bangun Sebelum Subuh

“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi”

             Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yang empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari”(Diriwayatkan al-Baihaqi).

Sesungguhnya banyak sebenarnya keistimewaan bangun sebelum Subuh,antaranya :
- Berlimpah pahala dari ALLAH Subhana Wa Tala
- Kesegaran udara subuh yg bagus untuk kesehatan / terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan.


"Barang siapa yang memelihara ketaatan kepada allah di masa muda dan masa kuatnya,maka allah akan memelihara kekuatannya dia saat tua dan saat kekuatannya melemah.Ia akan tetap diberi kekuatan pendengaran,penglihatan,kemampuan berpikir dan kekuatan akal."-Ibnu Rajab

main article

Wallahualam.



Read more

KOMIK:IBADAH DI MUSIM DINGIN

0 comments
Bismillahirahmannirahim.
Assalamualaikum wbt.





Read more

KOMIK - MENUNTUT ILMU KERANA ALLAH

0 comments

Assalamualaikum w.b.t.

              Begitu jauh kaki melangkah demi mencari secebis ilmu.Begitu banyak benda yang dikorbankan untuk memiliki segulung ijazah.Bukan sahaja duit,malah masa bersama orang tersayang,keselesaan bilik tidur di rumah,keenakan masakan ibunda tercinta,kehangatan pelukan dari ayah yang dikasihi dan pelbagai lagi nikmat dunia yang kita tinggalkan di tanah air.Jika diikutkan perasaan,pasti ada sahaja antara mujahid dan mujahidah ini yang berputus asa di tengah jalan dan pulang ke tanah air.

               Namun,apakah yang membuatkan mereka terus kekal di jalan ini.Di bumi yang begitu asing bagi mereka.Jawapannya adalah niat.Ya,niat mereka yang datang ke sini adalah kerana Allah.Mana mungkin mereka berputus asa di tengah jalan,bila mereka sedar yang Ar Rahman itu selalu melimpahkan mereka dengan rahmatnya yang melimpah ruah. Mana mungkin "repeat paper" membuatkan semangat menuntut ilmu mereka lemah,bila mereka yakin yang Ar Rab itu akan selalu memandu dan memimpin mereka ke arah kejayaan dan kebenaran. Mana mungkin kesulitan dalam mununtut ilmu itu membuatkan mereka menjadi malas untuk berusaha,bila mereka tahu yang tujuan asal mereka diciptakan adalah untuk beribadah dan menjadi khalifah.

              walaupun kita telah hampir sampai ke penghujung semester ini,namun masih belum terlambat untuk kita membetulkan semula niat kita dalam menuntut ilmu.Tiada salahnya memasang niat-niat kecil menuntut ilmu itu,untuk menaikkan taraf hidup,supaya masyarakat memandang tinggi pada diri kita,supaya mendapat pekerjaan yang diidam-idam kan,namun haruslah niat yang paling utama itu adalah kerana Allah swt.Semoga apabila kita menuntut ilmu itu,bukan sahaja ilmu yang akan kita dapat untuk meraih dunia,malah memperolehi jua bekalan pahala yang akan dapat membantu kita untuk meraih syurga Allah kelak.Insyaallah.

"Pelajarilah ilmu,kerana mempelajarinya kerana Allah adalah khasyah,menuntutnya adalah ibadah,mempelajarinya adalah tasbih,mencarinya adalah jihad,mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah shadaqah,menyerahkan kepada ahlinya adalah taqarrub.Ilmu adalah teman dalam kesendirian dan sahabat dalam kesunyian." 
-Muadz bin Jabal radhiyallahu'anhu-



قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الأَلْبَابِ
"Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran." (Az-Zumar:9)

Wallahualam.



Read more

SIRI KISAH NYOL DAN RAKAN-RAKAN

0 comments


  Assalamualaikum wrt.

           Dengan rasa penuh syukur, kini AZAMedia dengan bangganya membawakan slot baru untuk pembaca setia blog AZAMedia,iaitu slot "Komik". Rasanya kita tidak asing dengan komik dan siapa saja pernah membaca komik, buku cetakan kecik bergambar yang memuatkan kisah-kisah menarik seperti pertualangan,cerita anak-anak sidek,dan sebagainya.Baca komik menawarkan sebuah pengalaman lebih dari sekadar membaca buku biasa.
         Kegiatan baca komik itu sebenarnya sangat dianjurkan terutama kepada anak-anak muda.Manfaat nyata baca komik adalah si anak jadi lebih kreatif dalam berpikir .Baca komik juga mampu merangsang minat membaca kerana dengan disuakan bacaan bergambar,remaja akan tertarik membaca isinya.Kerap membaca komik juga bermanfaat bagi otak agar tidak mudah lupa.Ketika membaca, otak akan bekerja keras,saraf-saraf dalam otak akan terus bekembang dan mengingat setiap kata yang tertulis dalam komik.
             Oleh itu,diharapkan dengan wujudnya slot baru ini,akan dapat meningkatkan minat membaca dalam diri masing-masing.Inshaallah.


KEPENTINGAN ILMU DAN FUNGSI MAHASISWA


**Klik untuk besarkan


AZAM BARU A.K.A. MAAL HIJRAH


**Klik untuk besarkan


HARI ASYURA


**Klik untuk besarkan

Selamat membaca(n_n)


Read more