Assalamualaikum wbt.
Bismillahirahmanirrahim.
Pernahkah anda berjalan-jalan pada bulan Februari di pusat beli-belah,
kedai-kedai buku, atau ke mana-mana sahaja dan cuba perhatikan di sekeliling
anda, di dinding-dinding terpampang dan tergantung gambar warna merah jambu,
ada yang berbentuk dua buah hati jambu dan sebagainya. Memangnya, ada apa
dengan bulan Februari ini, sehinggakan banyak terpampang gambar hati merah
jambu? Di antara meriahnya warna merah jambu terpampang tulisan besar-besar
‘Happy Valentine Day’ di televisyen, radio, majalah mahupun akhbar juga
seolah-olah tidak ingin ketinggalan menampilkan iklan Hari Valentine,
memanfaatkan isu ‘valentine day’ dengan menyelenggarakan pelbagai acara yang
kebanyakkannya boleh merosakkan akhlak muda mudi dan para remaja.
APAKAH HARI VALENTINE ?
Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari
budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak
mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali oleh mereka sebagai perayaan hari
berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk
mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dicintai atau
dikasihi.
SEJARAH HARI VALENTINE
Bagi merungkaikan isu ini, kita perlu mendalami dan memahami apakah
maksud di sebalik Valentine itu sendiri serta asal-usul ia menjadi sebuah
perayaan? Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal
daripada nama sebuah keluarga berbangsa
Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang
bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya.
Menurut
sejarah pula, perkataan Valentine
diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman
pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau
yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14
Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap
sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap
tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan
kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.
Terdapat
tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine.
Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan
menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa
dan dewidewi Rom. Hari berikutnya iaitu
15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat
Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas
kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan
mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi
pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
Pendapat
kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana
pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II
(268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan
dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari
hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang
Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St.
Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga
mati serta dipenggal kepalanya pada 14
Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan,
keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari
dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara
keagamaan.
say NO! [Kredit] |
Manakala
pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine
diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman
pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status
kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St.
Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal
protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul
kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik
yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya
tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan
berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella,
lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai
hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.
HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE
Berdasarkan fakta itu, jelas sekali Hari Valentine adalah perayaan yang menjadi
amalan ritual agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam
yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain
lebih-lebih lagi dalam soal membabitkan akidah Islam. Islam sangat prihatin
serta menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti tersendiri dan berbeza
dengan umat lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah,
muamalah dan akhlak serta tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama
dengan umat lain. Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur
adukkan akidah dan amalan ibadat agamanya dengan akidah dan ibadat agama lain. Sambutan
yang tidak berdasarkan syariat, apatah lagi jika ia mendedahkan umat Islam
kepada pembaziran, pergaulan bebas, amalan syirik serta khurafat, sememangnya
dilarang oleh agama.
[Kredit]
Nabi
bersabda: “Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512)
Firman Allah yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)
Firman Allah yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)
Demikian juga penampilan peribadi umat Islam
tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam
hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya
yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya
meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan
sebuah hadith Rasulullah s.a.w.
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang
bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Riwayat al-Bukhari dan
Muslim)
Wallahu'alam.
Post a Comment