Assalamualaikum
wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sahabat, apa
khabar iman hari ni? Semoga berada dalam ketaatan kepadaNya sentiasa.Amin.
Alang-alang
menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Siapa sahaja pasti pernah
dengar peribahasa ni kan? Apa maksudnya ya? Haaa.. maksudnya ialah kalau ingin melakukan sesuatu, anda lebih baik
melakukannya dengan sepenuh hati (sumber dari encik wiki).
[Kredit] |
Okay.Apa yang kita
faham dengan maksudnya ni? Kalau nak buat sesuatu, harus buat dengan
bersungguh-sungguh.Mungkin ramai yang sudah faham dari segi perkataannya, tapi
kalau segi perlaksanaannya pula bagaimana ya? Krik krik krik!!! Hurmmm.. Ada
bunyi cengkerik di situ.
Alhamdulillah. Maha
Suci Allah. Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ke atas makhluk
ciptaanNya.Kita dapat lihat sekarang, sudah ramai di antara sahabat kita yang
mengikuti majlis-majlis ilmu & berubah ke arah kebaikan. Syukur kita
panjatkan kepada Allah.
Haaa.. yang tengah
membaca ni, saya pasti anda adalah antara yang berada di landasan yang mengejar
redhaNya kan? Kan kan? Senyum.Kita semua tahu bahawa jalan yang sedang kita ikuti ni tiada
penghujungnya selagi roh masih dikandung badan. Masih banyak benda yang perlu
kita perbaiki hari demi hari, saat demi saat.
Alang-alang berada di
jalan menuju syurga Ilahi ni, apa kata pakat-pakat mai kita buat dengan sepenuh
jiwa raga kita. Krik krik krik. Cengkerik berbunyi kali kedua. Aduhhh.. bunyi
huruf bila baca macam senang tapi hakikatnya Allahu Rabbi. Tapi xpa, sahabat.
Tahukah anda, masih ramai di luar sana yang bermati-matian
berpusu-pusu untuk berusaha berada dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa.
Tidak kisahlah orang yang macam mana sekalipon, ada yang kita nampak datangnya dari
kalangan atasan, sederhana dan bawahan. Senang kata, dari semua golongan xkira
bangsa, saiz, warna kulit, luaran dan lain-lain lagi.
Firman Allah dalam
surah [al-Hujurat 49: 13] : Wahai manusia! Sesungguhnya Kami (Allah)
menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan menjadikan
kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal.Sesungguhnya
yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa antara
kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.
Sudah terang
lagi berlampu suluh. Apa yang kita kejar di dunia ini sebenarnya? Kita selalu
mengejar sesuatu yang bernilai
kebendaan.Sekarang mari kita tepuk dada, Tanya iman.Kalau boleh tepuk kuat-kuat
sket sampai tersedak. Hek hek hek!
Jadi sekarang
apa yang kita perlu buat ni? Erkkk. Masih blurrrkah? Meh sini meh. Saya ulang
peribahasa tersebut di sini ya. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal
lengan.Alang-alang jatuh ke
gelanggang tarbiyah, mari kita bergolek bersama-sama walaupon payah.Eh!
Kita hidup
sebagai seorang muslim pada hari ini. Siapa mampu jamin keislaman kita untuk
hari mendatang. Nauzubillahi min zalik.
Ayuh, mari
bersama-sama bergolek di atas karpet yang xberapa merah yang kadang-kadang
ditaburi duri bunga ros.Kalau bergolek ramai-ramai kurang sket sakitnya.Kerana Allah
kita teruskan perjuangan dan kerana Allah juga kita mara.Biiznillah.
[Kredit] |
Mari habiskan
pecutan yang terakhir kita. Yeahhh! Fighting!
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
1.Demi masa.
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal solah dan perpesan(nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.
Wallahu’alam.
Post a Comment