Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
tettt... tettt…
telefon saya bergetar menunjukkan satu pesanan ringkas telah masuk.

‘ooo…
whatsapp daripada kakak saya lah…’
saya bermonolog sendirian sambil jari-jari pantas menekan keypad untuk membuka pesanan tersebut..
dan tiba-tiba saya terduduk.. terkejut.. dan membaca pesanan itu berulang-ulang kali.
‘ salam. adik, paksu baru je meninggal tadi. Meninggal sebab serangan jantung. ‘
ya ALLAH. Terasa umpama baru semalam saya menyambut tangan bersalaman dengannya di hari lebaran yang lepas.
Masih terngiang-ngiang perbualan terakhir kami bersama,
‘awak berapa lama lagi belajar kat Russia ?’
‘saya lambat lagi nak habis. 4 tahun lagi insyaALLAH’
‘lambat lagi tu. Kalau paksu sakit nanti, paksu mati dulu baru awak jadi doktor.’
Paksu berseloroh sambil ketawa.
dan saya pada ketika itu, turut tersenyum mendengar kata-kata gurauan paksu.
Tapi kini. Pada saat saya menerima pesanan ringkas itu, saya terkedu sendirian.
Tanpa saya sangka, juntaian air mata membasahi pipi. Lantas saya hanya mampu mengirim doa semoga arwah Paksu ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin..

Persoalannya: bagaimana persediaan kita? :'( [Kredit] |
Dan kali ini, hati saya terdetik untuk
berkongsi satu tazkirah mengenai kematian.
Ya, MATI ITU SATU KEPASTIAN !
Ya, MATI ITU SATU KEPASTIAN !
Apabila berbicara soal kematian, ramai yang takut. Takut untuk menghadapi satu kepastian.
Orang yang takut mati, akan mati. Yang berani mati, pun akan mati. Yang tak nak mati, pun akan mati juga. Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptanya. Sekuat mana pun kita lari, sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita.
Sebuah hadis Rasulullah SAW yang
diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda yang
maksudnya,
"Bahawa malaikat maut
memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail
datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka
berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus
oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok
dan gelak ketawa."
Uhuk uhuk.. Anda terasa ? Ya, saya juga turut terasa.
Semua manusia tidak tahu bilakah dia akan dipanggil pulang untuk bertemu dengan Allah SWT. Dengan erti kata lain, sesiapa pun tidak tahu bilakah nyawanya akan dicabut oleh malaikat maut, di tempat manakah badan kita akan terkujur sejuk kedinginan dan sudah tidak bergerak lagi, ketika itu roh kita akan naik ke atas langit dan kita pun belum tahu lagi apakah roh kita akan diterima untuk berhimpun bersama arwah para Anbiya dan Syuhada’. Atau adakah akan ditolak lalu dicampakkan ke jurang api neraka…
ALLAH swt berfirman :

“Seseorang
itu tidak akan mengetahui apa yang akan dikerjakan pada esok harinya dan
seseorangpun tidak akan mengetahui pula di bumi mana ia akan mati.” (Luqman:
34)
Saudaraku, cuba kita fikir sejenak.. Cukup tak agaknya amalan yang kita lakukan itu untuk dibawa buat bekalan di sana kelak? Gerun tak agaknya apabila memikirkan solat lima waktu yang kadang tak sempurna, puasa yang kadang tercicir entah ke mana, sedekah yang kadang terlupa atau sengaja dilupa, solat sunat apatah lagi, akhlak bersama orang di sekeliling tak pernah dijaga, jumlahkan kesemuanya, tolak yang tidak sempurna, bahagi dengan tahap keikhlasan kita. Lalu berapakah jumlah pahala yang kita ada???

Jumlah amalan itulah yang akan kita
'tatang' untuk dipersembahkan di hadapan Allah yang Maha Berkuasa di Padang
Mahsyar kelak.. Berbekalkan jumlah itulah yang kita nak jadikan penyuluh saat
kita KESEORANGAN, KEPANASAN, KEGELAPAN, di dalam liang lahad kubur.
Persoalannya di sini, CUKUPKAH?? Tepuk
dada, tanya iman.
Firman ALLAH swt :
Firman ALLAH swt :
“ Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Al-Imran :185 )
remember this word. [Kredit] |
Seakan terdengar suaramu menyebut "Ya Allah takutnya!!! " MasyaAllah, gerunnya!", seakan terlihat pula air matamu berlinangan di pipi apabila mengenangkan bahawa SETIAP SAAT DAN SETIAP MINIT KITA HIDUP DI MUKA BUMI INI, SEMAKIN HAMPIR DIRI KITA DENGAN SESUATU YANG DIGELAR KEMATIAN...
Firman ALLAH swt :
“
katakanlah, Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya
kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah),
yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang
telah kamu kerjakan". ( Al-Jumu’ah : 8 )
Alhamdulillah, syukur.. apabila masih ada rasa takut dan gerun di dalam hatimu tentang hari kematian dan hisab, maka masih ada keimanan yang masih melekat di jiwamu.. Cuma, kitalah yang harus mencari, di mana sebenarnya telah kita campakkan rasa nikmat mencintai kematian..
Andai diri telah dijangkiti penyakit al-wahan, ayuh ubati ia dengan segera !
Marilah sama-sama kita berdoa agar kita mati dalam keadaan husnul khatimah ( penutupan akhir hayat yang baik ) bukannnya dalam keadaan su’ul khatimah (penutupan akhir hayat yang tidak baik), Na’uzubillahiminzalik!
Wallahu’alam…

Post a Comment