Salam semua,
Seiringan dengan bulan Palestin, Team Kulinari membawakan kepada anda resepi dari timur tengah , terutamanya dari Palestin untuk menghayati kehidupan warga Palestin dari segenap sudut, termasuk dari periuk mereka.
Makanan Palestin biasanya terbahagi mengikut kawasan , seperti daerah Galilee terkenal dengan Kubbi-campuran daging kambing dengan rempah kemudian disaluti dengan bulgur(sejenis tepung) kemudian dibakar.
Sementara di Tebing Barat dan Gaza lebih popular dengan Maqluba ataupun nasi terbalik.
Selain daripada nasi dan daging kambing masakan Palestin juga mempunyai pelbagai jenis sup atupun stew.Jenis masakan ini menjadi pilihan kerana walauun dengan daging yang sedikit tetapi satu keluarga yag besar dapat merasainya.
Jadi hari ini, suka saya berkongsi satu resepi dari Gaza yang digelar Qidra ataupun almond stew
Bahan-bahan:
Cara-cara :

saffron |
- 4 susu makan mentega
- 900g daging-dipotong dadu
- 4 biji bawang-dicincang
- 4 ulas bawang putih- diketuk
- 2 sudu teh garam(secukup rasa)
- 1 sudu teh lada hitam
- ½ sudu teh serbuk halia
- ½ sudu teh serbuk kulit kayu manis
- 1/8 sudu teh saffron( saya tak letak sebab x de hihi
- 1 cawan kacang badam- dicincang
- 2 ½ cawan air
- ½ cawan daun ketumbar-dicincang
- ½ cawan daus pasli(daun sup)-dicincang
Cara-cara :
- Cairkan mentega didalam periuk, kemudian tambah daging,bawang,garam,halia,kulit kayu manis dan saffron. Kacau sebati selama 10 minit.
- Selepas itu, tambah air sebelum ditutup dan dimasak dengan api sederhana selama 50 minit atau sehingga daging hampir menjadi lembut.
- Jika perlu tambah air dari masa ke semasa.
- Masukkan daun sup dan daun ketumbar.
- Reneh seketika selama 10-25 minit atau sehingga daging lembut. Jika anda masukan lebih kuah, boleh tambah sedikit air.
- Siap. Boleh dihidangkan dengan nasi putih ataupin kentang penyet.
wallahua'alam.
p/s : esok merupakan Hari Nakba. Ayuh, tingkatkan keperihatinan kita terhadap saudara kita di Palestine!!
Klau gune butter ad beza tk if gnti mentega??
ReplyDeleteada beza.perbezaan nya adalah dari segi
ReplyDelete1. rasa
- jika gunakan mentega, lebih lemak. dan paling lemak jika gunakan minyak sapi
2. bau
- mentega akan hasilkan bau yg lebih wangi
3. kandungan cholesterol
- mentega lagi byk cholesterol nya.
terpulang pada anda, rasa masakkan tersebut tak kan terjejas pun.
selamat mencuba!
Oh.. Jzkk for the info)) post la byk lgi resepi2 mnarik)) insyaAllah blh sye cube))
ReplyDeletejzkk!!
ReplyDelete