Fokus kepada Redha Allah

0 comments

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.

Sahabat, apa khabar iman? Adakah kita masih bernafas dalam nikmat iman & Islam?
Bila kita bercakap mengenai redha Pencipta kita, Allah azza wa jalla, saya pasti sudah ramai di luar sana yang sudah tahu.Kerana dijadikan manusia itu bertepatan dengan fitrah masing-masing yang bersifat kehambaan.Kita semua sedar masakan wujudnya kita di muka bumi jika tiada Pencipta.

Fokuskan diri anda.[Kredit]

Secara fitrahnya, Allah menjadikan kita insan yang  sentiasa berada dalam keadaan yang memerlukan Tuhan. Kenapa ? Tak percayakah?

Firman Allah dalam surah Fatir [35:15]

"Wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah yang Maha Kaya, Maha Terpuji. 

Di sini jelas bahawa kita dicipta dalam keadaan memerlukan Allah.Senyum.Sedang Allah tidak sesekali memerlukan kita.Kita tidak akan mampu hidup bahagia di dunia dan di akhirat tanpa Allah.Benar.Sahabat, cuba kita bayangkan jika Allah menciptakan hidup ini tanpa ujian, saya yakin syaitan akan membawa kita lari jauh dari cinta Allah.

Sebab itulah Allah jadikan ujian itu sebagai salah satu wasilah atau cara untuk sentiasa mendapatkan pertolongan dan perlindunganNya.

Sebagai seorang pelajar buat masa sekarang, kita akan sentiasa hidup dalam keadaan ujian ataupun “exam”. Apa yang kita belajar di tempat pengajian kita sebenarnya hanyalah “secular education”.Seperti biasa, di akhir-akhir atau pertengahan sem akan ada “exam”.

Mari kita renungkan sebentar, adalah satu rahmat dan nikmat dari Allah saat bilamana Allah terlebih dahulu merahsiakan keputusan yang bakal kita dapat ketika “exam”. Sebabnya, Allah nak kita bersyukur dan teruskan berusaha mencapai kejayaan. Berapa ramai di antara kita yang mampu untuk bersyukur dan malafazkan rasa terima kasih kepada Allah tatkala mendapat keputusan yang kurang cemerlang? Mari kita tepuk dada dan tanya iman masing-masing? Nanges T__T.

Sahabat yang saya sayang kerana Allah. Haruslah kita sedar bahawa ujian di dunia ini bukanlah segala-galanya.Walau apa pun keputusan yang kita dapat, itulah yang terbaik yang Allah hadiahkan kepada kita. Allah tahu kita sudah bekerja keras untuk mencapai sesuatu target.Jadi, jangan bersedih kerana Allah tidak melihat kepada “result” tapi usaha keras kita. Senyum lagi.

“Pass” yang sebenar-benarnya bukan di sini, tapi di sana sudah pasti. Kebaikan itu sentiasa berada dalam genggamanNya. Di sini, baru kita sedar pada akhirnya pada siapa kita mahu meminta pertolongan.Akhirnya akan berbalik kepada Allah jua. Allahuakbar. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkanNya.

Gambar sekadar hiasan. [Kredit]

Ujian itu luas pengertiannya. Ujian itu di mana-mana dan bila-bila masa sahaja akan berlaku.Apa yang paling penting di sini ialah di saat ujian melanda kita , kita haruslah memohon doa kepada yang Maha Esa. Insya Allah. Pasti Allah akan makbulkan doa kita.

Fokus utama kita di dunia ini ialah bagaimana persediaan dan persiapan kita untuk berjumpa Allah, Tuhan yang menciptakan segala makhluk di dunia ini.Astaghfirullahal’azim. Jika kita sedar, sudah lama jauh tersasar dari jalan Ilahi, masih ada masa untuk kita betulkan semula selagi roh masih dikandung badan.insya Allah.Inilah masanya untuk kita “educate” atau mentarbiyyah diri kita untuk mengejar cinta Ilahi.

Sentiasa perlu ingat dalam hati, apakah tujuan Allah hidupkan kita di bumiNya ini, tak lain xbukan adalah sebagai seorang khalifah dan ahli ibadat.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah [2 :30] :

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

FirmanNya lagi dalam surah az-Zariyat [51:56] :

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.”

Ingatlah Allah sentiasa memerhati kita dengan penuh teliti.

“Graduation Day” kita yang sebenarnya ialah ketika mana kita mendapat buku catatan kita dengan tangan kanan.Allahuakbar.Tiada siapa yang mampu menjamin pengakhiran kita bagaimana.

Seperti dalam Firman Allah dalam surah al-Waqiah ayat ke-8 , Allah memuliakan golongan kanan:

Iaitu golongan kanan (golongan yang menerima buku catatan amal dengan tangan kanan). Alangkah mulianya golongan kanan itu. 

Kadang-kadang kita hilang fokus dalam kehidupan setelah kita mendapat segala-gala yang kita idamkan.Inilah ujian yang sebenarnya. Allahu Allah. Jika kita tidak bersyukur kepada Allah, Allah mampu tarik balik semua nikmat yang pernah Dia pinjamkan kepada kita hanya dalam sekelip mata.

Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. [Kredit]
 Wallahu'alam. Moga mampu memberi manfaat kepada semua. [Penulisan ini adalah hasil daripada kuliah Mufti Menk] 

http://www.youtube.com/watch?v=Qzf5VY9sUiw


Post a Comment