Resipi: Orange Chiffon Cake

0 comments

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum wbt.

Teringin untuk menikmati kek buah yang ringan dan sesuai sahaja untuk minum petang? Inginkan tekstur kek yang terlalu lembut seperti tekstur 'sponge'? Alhamdulillah kali ini team kulinari Azam membawakan resipi yang tidak kurang enaknya dari resipi kek yang lain. Kek Chiffon berperisa oren.

Bahan-bahan

- 6 biji telur dan satu extra putih telur 
- 2 1/4 cawan (225gm)  Tepung. Seelok-eloknya 180gm tepung biasa dicampur dengan 45gm tepung jagung
- Gula kastor1 1/2 cawan (300gm) 
- Minyak 1/2 cawan (120ml) 
- Kulit Oren yang di 'grated' 2 tbs - Gunakan kulit oren yang luar sahaja. Jangan dalam sangat kerana akan menyebabkan rasa pahit. Superficial skin of orange.
- Jus Oren segar 180ml
- Vanilla essence 1tbs
- Tepung penaik 1tbs
- Garam 1/2 tbs


Cara-cara

1. Pisahkan kuning telur dan putih telur terlebih dahulu. Biarkan dalam suhu bilik selama 30 minit agar putih telur dapat mencapai isi padu maksima ketika dipukul dalam suhu bilik. 

2. Kacaukan menggunakan mixer atau tangan bahan kering - tepung, gula kastor (keluarkan 50gm dari bilangan asal), tepung penaik, garam dan kulit oren yang di 'grated'.

3. Buatkan lubang di tengah-tengah acuan kering dan masukkan bahan-bahan basah/cair - telur kuning, minyak, jus oren segar dan vanilla essence.

4. Dalam mangkuk yang lain pula, pukul/kacau menggunakan mixer putih telur sehingga foamy dan kacaukan bersama 50gm gula kastor.

5. Campurkan kedua-dua acuan dengan perlahan dan kacaukan.

6. Bakar didalam oven dengan suhu 165-170 darjah selsius selama 55-60 minit.

7. Sekiranya telah siap, terbalikkan dan tunggu sehingga sejuk dahulu. Tetapi jangan keluarkan dari bekas tersebut. Keluarkan dari bekar sekiranya telah dibiarkan sejuk selama 1 jam. 

8. Boleh dihidang dengan buah-buahan segar ataupun whipped cream untuk lebih enak. 

Selamat mencuba!


Post a Comment