Resipi: Laksa Pahang Versi Perantau

0 comments

Bismillah.
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Tamat sudah cuti semester kita. Banyak makanan yang telah kita terokai sepanjang cuti ini. Sebagai contoh dapat merasa kebab dari Turkey, pizza dan spageti dari Itali, macaron dari Paris dan macam-macam lagi. 

Setelah merasa semua jenis makanan negara orang, apa kata kita cuba resipi yang dibawa oleh team kulinari Azam kali ini. Resipi mudah dan ekspress untuk perantau yang berada nun jauh dari Malaysia. Resipi laksa Pahang atau laksa lemak. 

Bahan-bahan

Spaghetti atau laksa putih (sekiranya bawa dari malaysia) 
1 biji bwg besar *
3 ulas bawang putih*
2 sudu biji lada hitam*
Halia 2 inci*
Ikan skumbria : 1 ekor setengah / 2 tin
Asam gelugur 2 keping
Santan 2 paket

Sayur-sayuran segar - Kacang panjang dan timun dipotong halus. Untuk mudah versi perantau, boleh juga menggunakan kobis dan timus dipotong halus.


[kredit]    

Cara-cara

Kuah:
1) Tumbuk bahan *. Atau blender untuk lebih mudah.
2) Untuk ikan, tumbuk kasar atau blender. Tapi pastikan jangan terlalu hancur.
3) Masukkan semua santan, ikan, dengan bahan tumbuk/blender ke dalam periuk. Selepas itu, tinggal panaskan sahaja dalam periuk.
4) Masuk garam gula asam gelugor. Siap sudah kuah!

Sambal:
- Blender lada kering yg dah direbus


Hidangkan dengan sayur-sayur segar dan siap untuk dimakan.
Selamat mencuba!


Post a Comment