Rumah Impian

0 comments

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum wbt.

Dari Abu Abdirrahman, Abdullah bin Umar bin Al-Khathab radhiallahu 'anhuma berkata : saya mendengar Rasulullah bersabda: "Islam didirikan diatas lima perkara yaitu bersaksi bahwa tiada sesembahan yang berhak disembah secara benar kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan shalat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitullah dan berpuasa pada bulan ramadhan".  [HR. Bukhari]

            Hadis diatas dipetik dari kitab Matan Arba’in hasil usaha daripada Imam Nawawi. Di dalam kitab tersebut dipenuhi dengan hadis-hadis shahih yang mana berkisar tentang deen kita, islam. Bukankah Allah pernah berfirman ,” deen disisi Allah adalah islam.” Ajaran suci yang dibawa oleh khatimul anbiya’ kita bukan hanya sekadar sujud ditikar sejadah sahaja bahkan lebih daripada itu lagi.

            Cuba kita memahami analogi seperti ini. Islam didirikan itu seperti mendirikan atau membina rumah. Lima perkara dalam hadis tersebut itu seperti tiang untuk rumah. Dalam proses membina rumah, kita perlukan dirikan tiang dahulu sebelum memasang pintu, tingkap dan bumbung rumah. Jika kita diberi kekuatan untuk mendirikan lima tiang tersebut, adakah rumah kita sudah siap? Adakah rumah kita sudah boleh didiami?

[Sebelum]
                              [selepas]                                                                 

          
  Sudahkah anda nampak gambaran besar tentang islam disini? Jadi, macam mana kita mahu menyiapkan rumah tersebut? Jika kita yakin bahawa deenul islam kita adalah benar dan suci, maka kita perlu jadikan diri kita sebagai satu gaya hidup islam. We are a part of islam.

“Gaya hidup islam? Tolonglah, aku tengok orang islam sekarang lagi buruk perangai dari aku.Itu yang kau mahu aku ikut!”kata si A

“Korang tidak baca surat khabar ke? orang melayu islam ramai melahirkan anak luar nikah. Macam ni ke gaya hidup islam? Ada anak luar nikah? Hahahaha.” kata si B.

            Sebab itulah saya berkata, tengoklah islam dengan lebih besar gambarannya. Jika masih kabur, fokuskan kornea anda. Supaya jelas. Jangan anda tengok islam, berdasarkan penganutnya, tetapi tengoklah sumber asalnya datang dari mana dan siapa yang membawanya. Biarkan saya tolong jawabkan untuk anda sekalian. Kaji sirah Rasullulah, bacalah Al Quran dan selidiklah hadis. Jika anda sudah mengetahui, maka jadikan ia sebagai satu amal, kerana inilah pelengkap kepada “rumah” anda. Bagaimanakah rumah impian anda?

Jadi, marilah kita bersama-sama membina rumah impian ! Jom!

Allahu A’lam.
           



Post a Comment