Aduhhh! Jiwo Kacau!

0 comments

Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.
Aduh! Kacau lagi! [Kredit]

Macam mana perasaan jiwa kacau?Anda senang?Anda bahagia?
 Setiap orang ada jalan cerita sendiri.Tak semua kata diungkapkan bukan?
 Anda perasan tak,lagu-lagu yang di corong-corong radio sekarang banyak sangat lagu cinta.
 Kalaulah,kalaulah anda perasan, tak semua lagu-lagu yang anda dengar ceritanya indah.Cuba baca lirik sebuah lagu bawah ini,ada kaitan dengan tajuk post hari ini.

Penakut,by Yuna:

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamuKau bukan milikku
Dan engkau pun tahuKau bukan milikku

Ramai orang yang sensitif dengan perkataan ikhtilat bukan? Owh, ikhtilat itu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.Kenapa kena jaga ikhtilat?Maksudnya kena jaga pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Oppps! Jangan salah faham! Perempuan pon mesti jaga jugak pakaian tu,
hijab seelok-eloknya. Masing-masing ambil peranan.[Kredit]
Ok.Cuba teruskan baca.Selepas baca baru anda fikir.Terserah pada individu, tetapi hati kita pasti berkata ya kan? insya Allah.Biarlah kita hidup dalam keadaan tercari-cari, yang mana benar & yang mana batil.
 Maha Pencipta sudah mencipta sesuatu yang indah rupa dan indah khabarnya.Hati.Anda tahukan.Apabila adanya hati,adanya perasaan.Dengan adanya perasaan,adanya perasaan sayang,bahagia,belas kasihan dan semuanya menjadi indah bukan?Tapi anda tahu kah kepada siapa,bagaimana,mengapa perasaan ini diletakkan?Anda pasti tahu.
Sudah pasti pada Maha Pencipta.Perasaan itu kemudian Allah izinkan kita pada mama,abah,adik,abang,kakak,saudara,rakan-rakan,guru dan sebagainya.Tapi sepertimana yang anda tahu,ada batasnya.
Perempuan ini lembut hatinya.Cuba lihat mak anda sebagai orang yang terdekat.Cuba bayang dan fikir.
 Katakan saya lelaki dan awak perempuan.Saya senang berbual dengan awak,saya selesa dengan awak.Sebab kita kan kawan.Tak lebih dari itu.Tapi awak yang lebih sebab awak fikir saya ambil berat kan awak dan saya sayang awak.Tapi saya tak.Mungkin awak bukan orang yang saya nak.Saya hanya suka-suka.
 Apa perasaan anda wahai perempuan?
Anda mesti konfius dengan perempuan kan wahai lelaki?
Jiwa kacau kan?
Apa anda boleh buat kalau jiwa kacau?
Aduh,jiwa kacau.
 Anda jangan risau.Sebenarnya kalau anda jaga ikhtilat itu,anda tak rugi apa pun.Maha Mengetahui bukan saja-saja menetapkan ada batasan antara pergaulan perempuan dan lelaki.Kerana Dia tahu.Bagaimana manusia.Selain mengelakkan perkara yang menjurus kepada perkara yang dimurkai Allah iaitu zina,Yang Maha Menyayangi tak mahu hati anda disakiti.Saya percaya.Anda mesti pernah mengalaminya.Hati perempuan ni 'fragile'.Impossible anda tak pernah rasa walaupun sedetik.
 Anda patut tahu mana batasannya.
Masih ramai insan yang lebih layak untuk anda berkongsi cerita kisah-kisah manis dan pahit kehidupan.Yang muhrim.Anda tahu siapa.
 Setiap orang fitrahnya ialah untuk sayang dan disayangi.Apabila tiba masanya,Allah akan temukan jodoh yang sesuai untuk anda kerana Allah Maha Memahami.

Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: 
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia." 

Lagi anda ikut perintahNya dan tinggal laranganNya,lagi bertambah rahmat dan redhaNya pada anda.RahmatNya luas. 
 Saya bukan nak menyalahkan satu pihak,tapi dua-dua pihak harus tahu peranan masing-masing.
Kaum Hawa ini lemah,maka pada siapakah kita harus kembali?Jangan mudah terpedaya dan jatuh hingga anda jiwa kacau.Pada kaum adam,anda patut menghormati wanita dan bukan untuk dipermainkan.Kalau anda serius, anda patut tahu apa yang anda patut lakukan dan yang tidak.Pilihlah jalan yang terbaik,jalan yang diredhaiNya.Anda patut tahu batas anda sebagai seorang jiran,rakan sekelas,sepupu dan sebagainya.Moga kalian semua mempunyai hati yang bersih,tenang dan bahagia untuk mengejar tanggungjawab yang patut anda lakukan di dunia ini untuk mendapatkan akhirat yang sejahtera.Dan anda masih belum terlambat.


Wallahu'alam.


Post a Comment