Friday Wrap (4 - 7 Februari 2013)

0 comments

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah SAW. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Azam Russia membawakan kepada anda beberapa berita dunia pada minggu ini.

Khamis, 7 Februari 2013
Masa Depan Syria Ditentukan Rakyatnya Sendiri



Moscow. Jurucakap Presiden Rusia, Dmitri Peskov, menekankan bahawa masa depan Syria ditentukan oleh pihak-pihak yang berkaitan di Syria, bukan pihak luar.Laman Russia Today memetik temubual Peskov mengatakan bahawa Moscow terkenal dengan hubungan rapat dengan semua pihak bagi memastikan dialog yang menyeluruh diadakan.

"Pendirian kami dikenali dengan komunikasi kita dengan semua pihak. Kami berkomunikasi dengan kerajaan Presiden Bashar al-Assad, yang adalah presiden yang sah dan pemerintah Syria, dan dengan wakil pembangkang," tambahnya.

Menteri Luar Negeri Rusia Sergei Lavrov melakukan perundingan langsung pertama dengan ketua pembangkang Syria Moaz al-Khatib, kata laporan media Rusia memetik kenyataan sumber diplomatik.


Khamis, 7 Februari 2013
Obama Bawa Agenda Mendesak ke Israel



Ramallah. Presiden Barack Obama membawa agenda penting ke Israel pada kunjungannya yang mendatang dengan memberi tumpuan kepada perkembangan-perkembangan serantau termasuk Iran dan Syria beserta lanjutan rundingan damai antara Israel dengan Palestin.

Sementara itu, Presiden Palestin Mahmud Abbas berharap kunjungan akan datang Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menandakan bermulanya polisi baru AS di kawasan Timur Tengah, kata jurucakap pada Rabu lalu.

"Abbas menyambut kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Palestin," kata Nabil Abu Rudeina, jurucakap Presiden Palestin kepada AFP.
"Kami berharap bahawa lawatan Presiden Obama ke kawasan itu adalah awal dari satu polisi baru AS yang akan mengarah pada pembentukan negara Palestin merdeka di tanah Palestin yang diduduki sejak tahun 1967, sesuai dengan resolusi antarabangsa," kata Abu Rudeina dari Kaherah.


Rabu, 6 Februari 2013
Menteri Kewangan Greek Terima Sampul surat Berisi Peluru




Athens. Menteri Kewangan Greek, Yannis Stournaras menerima peluru yang dihantar melalui pos, kata media Greek, Selasa (5/2). Para kakitangan Stournaras mengerahkan pasukan keselamatan selepas mendapati peluru aktif di dalam sampul surat yang dialamatkan kepada atasannya itu.

Menurut laporan media, di dalam sampul surat juga turut mengandungi surat ancaman yang ditandatangani oleh kumpulan Revolusi Crete.

Pelaku memberi amaran kepada kerajaan agar tidak menjual tanah Yunani merujuk kepada gencarnya program penswastaan ​​yang dilakukan demi penjimatan dan usaha reformasi bagi menyelesaikan krisis hutang Greek.


Selasa, 5 Februari 2013
Organisasi Hak Asasi Manusia (HAM) seru Baghdad bebaskan 52 tawanan Palestin dari penjara






Organisasi Arab dalam HAM menyeru pemerintah dan kerajaan Iraq yang masih menahan 52 tawanan Palestine di penjara. Diantara mereka berasal dari Tebing Barat dan beberapa kota lain.

Sumber HAM melaporkan,Pemerintah Iraq menahan 52 tawanan Palestine dan salah seorang tawanan itu bernama As'ad Muhamad yang berasal dari Bethlehem lahir pada tahun 1968 dan ditahan dipenjara atas kesalahan melintasi perbatasan pada 10 Januari 2006 namun dihukum dengan penjara 15 tahun dan kini berada dipenjara Susah Utara Iraq.

HAM dalam laporannya mengatakan sebahagian besar tahanan Palestin itu ditahan dan dijatuhkan hukuman dengan undang-undang fasal 4 (KEGANASAN DAN PENGGANAS) dan ada diantara mereka yang divonis sampai mati. Ketua Gerakan HAM menyeru para pemimpin Iraq menekan dan mendesak pemerintahan Nuri Maliki untuk membebaskan semua tawanan.



Selasa, 5 Februari 2013
Tengkorak Raja Richard III Ditemukan di Bawah Tanah kenderaan



Leicester. Setelah lebih 500 tahun terkubur, tengkorak Raja Richard III ditemui di bawah tanah tempat letak kereta pengkaji British. Laporan menyatakan bahawa tengkorak yang terkubur di bawah lapangan letak kereta adalah milik Richard III, penemuan yang menyelesaikan misteri 500 tahun lalu yang lalu berkaitan lokasi tempat istirehat raja Britain terakhir yang tewas dalam peperangan.

Richard, digambarkan oleh William Shakespeare sebagai seorang raja kejam berbadan tinggi dan besar. Dia dikhabarkan pernah membunuh dua putera di Menara London, namun meninggal dalam peperangan melawan pewaris seterusnya iaitu Henry Tudor dalam Perang Medan Bosworth di Britain Tengah pada 1485.

Pasukan arkeologi dan sejarah dari Universiti Leicester mengatakan bukti menunjukkan bahawa satu tengkorak ditemui tahun lalu semasa penggalian di bawah tanah tempat letak kereta di bandar tersebut, yang diyakini bahawa itu adalah Richard.
Richard Buckley, pemimpin ahli arkeologi dalam projek itu menegaskan bahawa sisa tulang belulang tersebut adalah Richard III.


Isnin, 4 Februari 2013
16 Cedera Dalam Kemalangan Pesawat di Lapangan Terbang Rom



Rom. 16 orang cedera dalam kemalangan di Lapangan Terbang Fiumicino, Rom, pada (3/2), ketika pesawat ATR 72 terkeluar dari landasan pacu semasa pendaratan.

Dua daripada mangsa yang cedera berada dalam keadaan serius, kata Pejabat Berita AGI. Seramai 56 penumpang dan empat anggota awak berada di dalam pesawat ketika kemalangan tersebut berlaku.

Pesawat yang gagal dalam usahanya untuk mendarat di Landasan Pacu No. 3 itu tergelincir dan condong ke sayap kanan. Bahagian utama pesawat tersebut berada di rumput dan kelengkapan sebelah kanan pesawat tersebut rosak. Badan keselamatan penerbangan Itali telah menghantar seorang penyiasat untuk memulakan siasatan mengenai kemalangan itu, kata media tempatan.


Sekian sahaja berita dunia dalam Friday Wrap pada minggu ini. Semoga Bermanfaat.



Post a Comment