Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Bagaimanakah perkhabaran iman antum
semua? Apakah semakin rancak memuncak ataukah laju menjunam? Harapan penulis
walau apapun keadaan iman kita, kita tetap istiqamah bertekad dan beramal untuk
terus-terusan meningkatkan darjat iman kita insyaAllah.
Istiqamah, senang untuk dinasihati,
senang benar menyuruh orang lain, namun bila terkena batang hidung sendiri,
apakah ianya semudah ABC? Oh tidak....sesungguhnya ia amatlah sukar untuk
diperlakukan. Agak-agaknya la kan, mengapa ye?
Oh! Berat nanang! [Kredit] |
Tak lain tak bukan masalahnya tertakluk
kepada hati. Eh, kenapa hati pulak? Sebab hati ni sangat-sangat rapuh. Senang
benar timbul dan senang benar tenggelam. Bolak-balik. Ingat hadis nabi pasal
hati ni?
Rasulullah saw pernah bersabda :
“Sesungguhnya
hati anak cucu Adam lebih cepat perubahannya dari periuk yang berisi air
mendidih.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Hati
sentiasa terumbang-ambing, justeru kitalah sebagai nakhodanya perlu pandai dan
bijak mengemudi hati supaya senantiasa berada pada landasan sebenar (siratol
mustaqim).
Rasulullah
SAW bersabda lagi:
“…Ketahuilah
bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila
ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh
jasad.Ketahuilah
ia adalah hati.”
(Hadis riwayat Imam Bukhari & Muslim)
Hakikatnya, hati ini kurniaan Allah buat
semua hambaNYA, maka peliharalah ia sebaiknya. Hati-hatilah
dengan hati kita. Kerna jika tidak hati-hati, hati akan mati. Hati akan menjadi
keras. Hitam. Penuh daki dan tompokan-tompokan dosa. Jika sudah dipenuhi dengan
dosa, apakah akan ada sekelumit cahaya menyinari? Jikalaupun ada, apakah cahaya
itu akan terus-terusan menyinar?
Pastinya ia akan secepat kilat bertukar malap
dan hilang. Kerna apa? Kerna kegelapan kamar hati akan lebih dominant, menolak tiap cas-cas positif
yang cuba menyusur masuk, kan?
Tombo Hati [Kredit] |
Habis
guane nak ubat hati ni? Apakah dengan hanya
mendengar lagu “Tombo Ati” oleh opick
akan terubat segala penyakit hati? Nah, dengarlah kata-kata seorang yang lebih afdhal
berbicara daripada penulis, tentang ubat kepada hati yang keras..
Maka beruntunglah mereka yang punya hati
yang begitu mudah disentuh nur cahayaNYA, begitu mudah disinari nur hidayah. Firman
Allah SWT:
Mereka ialah.. “ orang-orang yang beriman, yang
hatinya menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatilah, hanya dengan
mengingat Allahlah hati orang mukmin menjadi tenteram” (Surah Ar-Ra’d
13: 28)
Hati kita
macam tu ke? Mari sama-sama kita muhasabah, dan berusaha agar kita sampai ke
tahap itu.
Moga Allah
redha.
Jazakallahu
khair atas masa yang antum provide
untuk baca artikel yang tak seberapa ni.
Wallahu
a’lam.
Post a Comment