Susah Payah

0 comments

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.

Tiada Tuhan melainkanNya. Tiada rancangan yang terbaik melainkan rancanganNya. Tiada apa yang diciptaNya tanpa ada sebarang kebaikan. 

‘Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran(jasmani dan rohaninya).’ [Al Balad:4]

            Susah payah sudah menjadi fitrah kehidupan manusia. Hidup ini selalu dijalani dengan susah payah,semua perlu usaha. Tidak ada satu yang percuma. Jadi tidak ada gunanya berkeluh kesah sebab jika kita berkeluh kesah dalam menghadai kesulitan,maka kita akan berkeluh kesah selamanya. Tak akan ke mana. Tak akan membawa kepada penyelesaian masalah.

Kalau kaya tetap juga ada kesusahannya,tapi miskin juga susah. Kalau begitu, buat apa pilih untuk jadi kaya? Kalau untuk buat maksiat juga perlu susah payah,untuk beribadah pun sebenarnya tetap susah payah. Kalau begitu,baik tak payah beribadah. Eh? Fahamilah,apa pun yang kita buat,ia tetap akan disertai dengan susah payah. Jadi,susah payah sebenarnya tak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak bertindak apa-apa. Syaitan yang sedang merajai hati. Kalau syaitan tak mampu untuk menggugat iman kita untuk tidak solat, dia masih mampu untuk buat kita solat lambat. Kalau syaitan tidak mampu untuk buat kita solat dengan tidak ikhlas, dia mampu untuk buat kita tidak khusyuk. Allah. Banyaknya helah syaitan. 

Hiakkkk!!!!!!!!!! [Kredit]

Jika susah payah selalu menyertai kita,pilihan terbaik ialah menjalani kehidupan yang baik. Lebih baik. Mungkin lebih baik lagi. Dan lagi. Tidak ada alasan untuk tidak berkarya,tidak ada alasan untuk tidak berjihad,tidak ada alasan untuk tidak meraih kejayaan yang besar. Sebab,meskipun kita tidak berusaha dengan susah payah untuk semua itu,kita tetap akan susah. Eh? J Pilihan ada pada kita. to stay or to move. To start now,or never. Kita tak tahu apa yang ada di depan. Betul,Allah dah rancang segalanya untuk kita. Tapi,itu tak sepatutnya  menjadi alasan pada kita untuk tak berusaha. Perlu kita ingat,Allah pandang usaha,bukan keputusan di pengakhirannya. Allah,betapa besarnya pahala yang kita akan dapat dengan berUSAHA dengan SUSAH PAYAHnya.

Tapi,ada pula yang susah payah mungkin sama,tetapi hasil dan makna daripada apa yang kita buat mungkin berbeza. Ini yang perlu kita fahami. Apakah sama orang yang susah untuk mengejar kesenangan dunia dengan orang yang susah payah untuk mengejar kesenangan akhirat? Apakah sama orang yang susah payah mengejar harta untuk diri sendiri dengan orang yang mengejar harta untuk berjihad? Apakah sama susah payah untuk mempertahankan kemalasan dengan susah payah untuk bekerja? Kalau andai kita faham,kita tanam dalam jiwa kita yang segala apa yang kita buat ini adalah semata-semata untukNya,keranaNya,insyaAllah,kita tidak akan bersangka buruk dengan Allah. Dan, antara yang penting juga adalah yakinnya kita pada ketetapan Allah.

‘..Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui.’
[Al Baqarah : 216]

            Orang yang tidak mahu susah payah sebenarnya hanya tidak mahu mengubah bentuk susah payahnya. Percayalah,apa pun yang kita lakukan,keadaan apa sekalipun,semuanya memerlukan susah payah. Untuk malas pun perlu susah payah. Untuk berjuang pun perlu susah payah,dan kerana itu lebih baik berjuang. J

            ‘…Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang pada ada mereka sendiri…’  [Al Ra’d 13 : 11]

:O [Kredit]

Remember, the beginning is always the hardest! Kerana Allah kita teruskan perjuangan ini. Agi hidup agi ngelaban. Selagi hidup, selagi itu kita berjuang! insya Allah. 

Wallahu'alam.



Post a Comment