“GIG2012- Paramedic Seminar”- Nizhny Novgorod

0 comments


Assalamualaikum wbt..
Islam merupakan satu cara hidup yang merangkumi setiap penjuru dan aspek kehdiupan. Lantas, Islam jugak menggalakkan umatnya mengamalkan gaya hidup yang sihat termasuklah bersukan. Pepatah arab ada mengatakan “akal yang sihat adalah dari badan yang sihat”. Jadi, bersempena dengan Malaysia Intervasity Game GIG2012 yang bakal berlangsung di Nizhny Novgorad April ini, kami dari pihak AZAM memandang ini merupakan satu usaha yang murni bagi melahirkan pelajar yang bukan saja cemerlang akademik, malah juga sihat tubuh badan.
~~~
Lantas, sebagai salah satu persediaan GIG2012 nanti, pada 30/3/2012 yang lepas, pihak The Avicenna Project (TAP) Nizhny Novgorod telah Berjaya melaksanakan program mereka yg bertajuk “GIG2012- Paramedic Seminar”. Hal ini adalah bersempena dengan Gory Intervarsity Games yang akan berlansung disini (Nizhny Novgorod) tidak lama lagi. Ternyata bahang kejohanan sukan tahun ini sudah terasa kerana pelajar-pelajar nampaknya sudah bersiap sedia berlatih tidak henti-henti membawa semangat kesukanan dalam diri. Pihak TAP juga mengambil peluang ini untuk memberi pendedahan kepada masyarakat Nizhny terutamanya para atlit supaya lebih berjaga-jaga dengan keselamatan diri ketika kejohanan sukan itu berlangsung.

Program bermula pada pukul 2000 hingga 2030 dan bertempat di dewan seminar, hostel no.3. Dewan dimeriahkan dengan slot-slot yang menarik dan penuh informasi. Slot yang pertama yang bertajuk “Introduction to Medical Aid Kit” yang telah disampaikan oleh ketua paramedic Nizhny, Mr. Chin Wee Lee. Beliau telah menerangkan serba ringkas perkakasan yang ada dalam “Aid Kit” tersebut dan cara menggunakannya ketika kecemasan. Seperti biasa perkakasan yang ada adalah bandage,scissors, antiseptic, plaster dan lain-lain.

Program seterusnya diteruskan dengan tajuk yg kedua iaitu, “SPRAINS, STRAINS, FRACTURE” yang telah disampaikan oleh 3 pelajar tahun ke-4 iaitu Ms. Nurul Amyrah, Ms. Nor Hidayah dan Ms. Nor Faezah. Tajuk ini disampaikan kerana kecederaan ini adalah situasi yang selalunya berlaku dalam aktiviti sukan. Peserta yang hadir diberikan pendedahan bagaimana cara apabila berhadapan dengan situasi di atas. Ringkasnya formula R.I.C.E telah diketengahkan sebagai langkah utama untuk menyelamatkan magsa. R.I.C.E membawa singkatan kepada “Rest, Ice, Compress, Elevate” adalah asas yang boleh diaplikasi untuk semua keadaan. Tambahan sekiranya berlaku fracture, bahagian tersebut perlu untuk di immobilize.

Setelah adanya peringkat pemahaman teori, peserta diberikan peluang untuk melakukan praktikal terhadap teori yang dipelajari. Setelah peserta dibahagi-bahagaikan dalam kumpulan, peserta begitu komited dan bersungguh-sungguh mempraktikkan apa yang telah dipelajari tadi. Hal ini juga menjadi persediaan kepada peserta untuk melengkapkan diri untuk menusuri alam pekerjaan kelak. InsyaAllah. Telah dilaksanakan juga kuiz yang mencabar minta para peserta terhadap teori-teori yang dipelajari, dan kumpulan yang menang diberikan hadiah yang menarik. Tahniah diucapkan kepada pemenang. 

Kemudian diteruskan dengan slot yang terakhir, iaitu cara pengurusan sekiranya berlaku “cervical injury”. Dan akhirnya rumusan keseluruhan slot yang ditelah dikomentarkan oleh post-graduate daripada India iaitu Dr. Ajmal. Dengan demikian berakhirlah program pada hari itu. Peserta pulang dengan wajah yang puas dan ceria kerana menimba ilmu yang amat berguna.

Tahniah diucapkan kepada The Avicenna Project (TAP) Nizhny Novgorod kerana telah berjaya menjayakan program “GIG2012- Paramedic Seminar” dengan jayanya. Moga terus maju jaya.


Post a Comment