Bismillahirrahmanirrahim..
Dan hari-hari terus berlalu.
Sama ada kita sedar atau tidak, Alhamdulillah, sudah hampir sebulan kita bernafas di bawah naungan kasih sayang Allah SWT di dalam tahun baru 1434H.
Dan hari-hari terus berlalu.
Sama ada kita sedar atau tidak, Alhamdulillah, sudah hampir sebulan kita bernafas di bawah naungan kasih sayang Allah SWT di dalam tahun baru 1434H.
Tidak terasa hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan yang berlalu
kerana waktu itu terus bergerak meninggalkan kita.
Tetapi kita ini sangat malas dan culas kerana sehingga ke hari ini kita masih lagi disini, dititik yang sama, tidak bergerak dan terus statik. Hari-hari yang kita lewati semalam sama sahaja dengan hari ini dan sebelumnya.
Maka rugilah golongan yang terus lena sehingga terbuai dek mimpi indah dalam dunia 'zon selesa' yang mereka ciptakan tanpa bangun dan berlari-lari untuk membuat persediaan dan perubahan demi menghadapi suatu kepastian, iaitu kematian dan kehidupan hakiki.
Sedangkan ada di antara mereka yang sedang berlumba-lumba untuk menaiki gerabak tarbiah sebagai salah satu cara untuk mengejar syurga Allah SWT.
Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita masih lena diulit mimpi atau kita ini ialah yang berpeluh lencun kerana berlumba-lumba untuk menaiki gerabak itu?

Sabda
Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang
yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam,
dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk
dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah SWT"
Dalam
pergerakan masa yang berlalu kian pantas, pernahkah kita terfikir bahawa
perjalanan kita di dunia yang fana ini bakal berakhir pada bila-bila masa
sahaja?
Bagaimana pula dengan persiapan kita menjelang kehidupan abadi yang semakin menghampiri?
Sudah cukupkah bekalan amalan yang kita sediakan untuk dibawa menghadap Allah yang Maha Esa?
Bagaimana pula dengan persiapan kita menjelang kehidupan abadi yang semakin menghampiri?
Sudah cukupkah bekalan amalan yang kita sediakan untuk dibawa menghadap Allah yang Maha Esa?
Rasulullah SAW telah meninggalkan satu pesanan
sebagai batu loncatan buat kita sebagai umatnya bagi membantu kita meraih
keberkatan Allah SWT demi mencapai kebahagiaan serta keberkatan hidup di dunia
mahupun akhirat.
Baginda bersabda: “Memberi sedekah, menyuruh pada
kebaikan, berbakti kepada ibu bapa dan silaturrahim dapat mengubah penderitaan
menjadi kebahagiaan, menambah berkat umur dan menolak kejahatan.” (HR Abu Naim)
Perkara pertama: Bersedekah
Semua orang mampu bersedekah kerana pemahaman sedekah itu tidak hanya berupa
bentuk fizikal seperti wang ringgit atau harta benda semata-mata. Hatta yang
tidak berharta pun masih mampu bersedekah, iaitu dengan menggunakan tenaga
kudrat fizikal tubuh badan untuk membantu orang lain. Apatah lagi seandainya
kita dianugerahkan Allah dengan kemewahan dan sudah pasti lebih mudah untuk
mengamalkan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW itu.
Abu Hurairah pernah memberitahu bahawa
Rasulullah SAW ada ditanyakan: “Wahai Rasulullah SAW, sedekah apakah yang
paling mulia? Lalu Baginda menjawab: “Sedekah orang yang tidak mampu dan
mulakanlah (memberi sedekah) pada orang yang banyak tanggungannya.” (HR Imam Ahmad dan Abu Daud)
Perkara kedua : Menyuruh kepada kebaikan
Skop menyuruh kepada kebaikan ini sebenarnya tidak hanya terhad kepada dai'e
sahaja malah semua mukmin mesti mempunyai rasa bertanggungjawab dan terpanggil
untuk bersama-sama mengajak insan lain kepada kebaikan.
Saidina Ali bin Abi Talib meriwayatkan:
"Serulah manusia ke jalan Allah (amar makruf) dan cegahlah mereka daripada
kemungkaran (nahi mungkar) kerana apabila kedua-dua perkara ini ditinggalkan,
maka tunggulah kebinasaan umat ini."
Perkara ketiga : Berbakti kepada ibu bapa
Aspek berbakti kepada ibu bapa juga ditekankan oleh Rasulullah SAW sebagai satu
elemen yang akan memancarkan keberkatan kepada umur dan kehidupan kita. Oleh
hal yang demikian, jika kita mengabaikan aspek memelihara dan berbakti kepada
ibu bapa, ia pasti akan mengundang laknat Allah dan tidak memperoleh keberkatan
dalam apa saja yang dilakukan, meskipun kita berjaya menjadi seorang doktor
pakar sakit jiwa atau seorang jurutera terbilang kerana telah termaktub di
dalam Al-Quran:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan
supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah
engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya atau
kedua-duanya sekali sampai ke umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka
janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun
perkataan 'ah' dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi
katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. " (Surah Al-Isra, 17:23)
Perkara keempat : Silaturrahim
Persaudaraan itu umpama tingkah dahan-dahan yang ditiup angin. Walau satu
pohon, tak selamanya gerak dahan seiring dan sehaluan. Adakalanya seirama, tapi
jarang sekali tidak berlanggaran. Setiap hubungan persaudaraan itu kadang tak
seindah lambaian pohon-pohon yang merimbun kerana dalam berukhuwah itu pasti
ada khilaf, salah faham mahupun pertengkaran.
Untuk mendapatkan kemanisan ukhuwah, kita mestilah menyandarkan hubungan
persaudaraan itu hanya kerana Allah SWT agar hubungan itu tidak dicemari dengan
kotoran-kotoran jahiliah yang mampu mengotorkan kesucian sebuah ukhuwah.
Tingkat keimanan kita sebenarnya diuji melalui ukhuwah kerana,
Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya
sendiri."
Justeru, marilah kita bersama-sama memanfaatkan nikmat umur yang dikurniakan
oleh Allah SWT kerana tika ini Dia masih memberi kita ruang, masa dan peluang
untuk berlumba-lumba mengumpul amal kebaikan sebagai bekalan menuju akhirat. Saidina Ali pernah mengungkapkan
(bermaksud): "Dunia ialah pasar akhirat yang mana orang mukmin adalah
saudagarnya, amal soleh ialah keuntungannya, dosa pula kerugiaanya, manakala
panjang usia modalnya."
Marilah kita bersegera melakukan perkara-perkara yang dituntut oleh Allah
SWT dan rasul-Nya sebelum malaikat maut mencabut roh dan meninggalkan jasad
kita terkulai tidak bernyawa.
Wallahu'alam.
Post a Comment