Assalamulaikum
wbt.
Dengan
lafaz bismillahirrahmanirrahim, ana mulakan dengan satu kata-kata hikmah ;
“ Hidup ini
adalah ujian, hidup ini kembarnya ujian, datangnya tanpa diundang, perginya
juga tanpa sedar.Hakikatnya, hanya dengan keimanan kita mampu bertahan.Jangan
pernah kita jatuh hari ini kerana hanya selepas mati akan tamatlah kisah ujian.”
Ujian itu
tidak pernah salah.Tidak pernah sesekali bersalah.Yang sepatutnya dipersalahkan
ialah kita (sila tunjuk jari ke muka sendiri).Kita sebenarnya yang lemah, yang
longlai, yang lembik, yang kurang bijak menangani segala onak dan badai yang
muncul dalam hidup.
Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Alhamdulillah.Tatkala ujian datang menduga, pandangan dari sisi yang positif
hanya dapat dilihat, dirungkai dan disingkap apabila kita meletakkan REDHA di puncak
kepercayaan paling tinggi dalam hati atas apa sahaja yang direncana Ilahi.
Firman
Allah dalam surah al-Ankabut[29:2-3]
“Apakah
manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan menyatakan, ‘Kami
telah beriman,’ dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji
orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar
dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.”
FirmanNya
lagi dalam surah al-Insyirah[94:5-6]
“Maka
sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Sesungguhnya bersama kesulitan ada
kemudahan.”
Nahhhh. Tidak
cukupkah lagi ayat-ayat cinta dari Allah yang Maha Penyayang? Sebenarnya,
banyak lagi lembaran ayat cinta Ilahi yang ditujukan khas untuk kita
semua.Allah tidak pernah memberi sesuatu kesukaran kepada seorang hamba yang
dikasihiNya tanpa menolong dan memberi keringanan kepada setelah itu.Bersangka
baiklah kepada Allah.Husnudzon.
Cuba kita
perhatikan dengan mata hati kita..Segala yang berlaku di luar kawalan kita. Dan
ini menyebabkan kita merasakan hidup ini seolah-olah amat sempit.Sebenarnya
bukan hidup ini yang sempit, tapi pemikiran kita yang sempit. Jangan marah ana,
peace of iman. ツ
Segala yang
berlaku ke atas diri kita bukanlah satu kebetulan melainkan sebuah perancangan
khusus dari Allah.Tidak mungkin Allah s.w.t akan silap dalam
perancanganNya.Tidak mungkin rencana itu hadir sia-sia kerana Allah sentiasa
bermaksud baik dalam rencanaNya kepada hambaNya.
Bersyukurlah
kerana terpilih mendiami bumi, bergelar hamba yang diberi peluang sujud dan
mengenali siapa Dia.Dan percayalah, ujian itu hakikatnya menjadikan kita lebih
akrab dengan Dia, lebih kenal siapa Dia.
Mungkinkah
sama antara 2 insan, seorang yang lemah dan seorang yang kuat…tatkala keduanya
menadah tangan memohon kekuatan padaNya.Tatkala keduanya mentafsirkan siapa Dia
Tuhan yang Maha Kuat.Al-Qawiy.
Ujian
mungkin hadir sebagai kafarah atau wasilah untuk meningktkan darjat kita
sebagai seorang hamba.Maka, terimalah dengan berlapang dada.Ya! Berlapang
dada!! Penuh syukur.Alhamdulillah ya Allah atas ujian ke atas diriku ini.
Senyum lagi sampai nampak gigi. ツ ツ ツ
Wallahu'alam.
Post a Comment