Fill Your Time! [Part One]

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum wrt.


Cuaca dingin yang makin mencengkam memang bisa membuatkan semua kaget untuk melangkah keluar walau setapak pun. Manakan tidak, jari-jemari akan mula hilang deria rasa, muka pula bak disuntik ‘botox’ rasanya. Pergerakan juga menjadi semakin lambat dan perlahan, apatah lagi dengan timbunan salji yang memenuhi perjalanan. Lebih selesa kalau duduk di dalam bilik bersama secawan minuman koko panas!

Tapi, banyak lagi yang perlu diselesaikan! Macam mana ni? Islam tidak mengajar kita untuk terus bergulung di dalam selimut, membuang masa tanpa berbuat apa-apa. Namun pernahkah anda mendengar kisah seorang sahabat:

Seorang sahabat Nabi bernama Hanzalah mengadu kepada Nabi dengan berkata: “Wahai Nabi, sesungguhnya Hanzalah telah menjadi munafiq”. Nabi berkata: “Apa maksudmu?” Kata Hanzalah: “Apabila kami berada bersama Kamu, kami ingat kepada Akhirat, tetapi apabila kami pulang bersama keluarga, anak-anak, dan harta kami, kami banyak lupa”. 

Sabda Nabi: “Demi Allah yang diriku dalam kekuasaanNya, kalau kamu terus kekal seperti hal kamu ketika bersamaku, nescaya malaikat akan berjabat tangan dengan kamu di bilik kamu dan jalan-jalan. Tetapi Hanzalah, ada masa-masanya”.
-Riwayat Imam Muslim

Tidak ada salahnya untuk kita berehat sebentar, namun biarlah rehatnya kita itu tetap mengikut landasan dan syariatnya! Bukankah lebih baik jikalau hobi yang dilakukan pada waktu senggang dapat juga memberikan kita satu pencapaian dan kejayaan dalam bidang baru, berbanding hobi yang hanya akan memakan masa dan tenaga kita semata-mata? Ini barulah dikatakan ‘sambil menyelam, minum air’, ataupun pepatah yang lebih popular, ‘Killing two birds with one stone’. Kerehatan itu kita dapat, bersama manfaatnya juga!

Jadi di sini ingin saya kongsikan beberapa hobi yang dapat mencapai misi ini, insyaAllah dengan izinNya.

1) Membaca

Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan.
Dia menciptakan manusia dari segumpal darah beku;
Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;
Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(Surah AlAlaq, 96 : 1-5)


Wahyu pertama yang diturunkan turut menggesa umatnya untuk membaca dan menuntut ilmu. Iqra’! Malangnya, kebanyakan dari kalangan kita masih malas membaca. Tidak, bukan buku-buku medic yang saya maksudkan… Tetapi buku-buku yang bisa menambahkan pengetahuan dan meluaskan bidang pemikiran. Kita punya impian untuk ‘think out of the box’, namun tanpa mengintai ke alam lain yang berada di luar sana, macam mana kita hendak capai impian ini? 

Salah satu jendelanya adalah melalui buku-buku, majalah-majalah, bahkan penulisan yang dapat membawa kita menyelami pelbagai situasi dan kondisi yang tidak dapat dirasai tanpa mengamati satu demi satu perkataan yang tercetak. Setiap orang ada jenis penulisan yang diminati, jadi saya tidak menghadkan kepada satu-satu tajuk mahupun pengarang. Namun di sini ingin saya selitkan beberapa cadangan:

AlQuran – sepatutnya menjadi buku ‘favourite’ kita pada waktu lapang, untuk ditadabbur dan diteladani setiap daripada ayatNya. Siapa yang akan jemu membelek kembali surat-surat daripada kekasihnya?
Majalah JOM! – Penuh dengan ilmu, informasi-informasi dan peringatan yang amat berguna. Boleh juga dijadikan rujukan untuk bulatan gembira anda!
Novel islamik – Bacaan ringan, menghanyutkan minda di dalam alam islami yang ideal.

2) Blogging


Saya percaya ramai diantara kita yang sudah pun mempunyai blog sendiri. Bagi yang belum, mungkin inilah masanya untuk bermula! Setiap orang mempunyai sebab tersendiri untuk menulis blog, misalnya untuk menceritakan pengalaman hidup di perantauan, untuk menghantar berita kepada keluarga, sebagai journal kehidupan, untuk memerikan pesanan dan peringatan, bahkan ada juga yang membuka blog untuk mempromosikan barang-barang perniagaan mahupun mempamerkan koleksi-koleksi fotografi yang kreatif. 

Tanpa disedari, sebenarnya dengan blogging juga anda akan lebih menjadi tech-savvy: belajar bagaimana hendak memuatnaikkan gambar, menukar ‘theme’, dan sebagainya. Disamping itu, anda juga akan menambah kenalan yang mempunyai minat dalam bidang yang sama dan dapat berkongsi idea untuk terus maju dalam bidang yang anda minati.

3) Menulis journal.


Bahan yang diperlukan hanyalah sebatang pen dan kertas. Selebihnya, biarlah minda dan tangan anda melakukan peranannya. Jangan hadkan penulisan anda dengan hanya membuat karangan, jadilah lebih kreatif! Anda bebas untuk menghias, melekat gambar, membuat ‘doodle’, dan sebagainya. 

Curahkan sahaja apa-apa yang terlintas di minda anda! Mungkin sesuatu yang menarik yang menyentuh hati daripada perkongsian di dalam bulatan gembira, ataupun puisi-puisi yang terlintas di minda setelah mentadabbur alam sambil berjogging sekejap tadi. Dengan ini, anda akan dapat mengenali diri anda dengan lebih mendalam, bahkan boleh membuat analisa perkembangan diri anda sendiri! Untuk menjadikan aktiviti ini lebih menarik, boleh juga ajak rakan-rakan untuk menulis di dalam journal bersama.

Pastikan anda telah siap semua kerja rumah dahulu ya! Andai kata anda ingin mencari hobi-hobi lain yang bermanfaat juga, bolehlah layari http://productivemuslim.com/21-productivemuslim-hobbies-part-1/

Selamat memulakan hobi baru!
Wallahua’lam.


Post a Comment