Badan kita adalah amanat Allah SWT

0 comments
Tubuh Badan kita adalah amanat Allah SWT.

Saya suka jaga badan. Suka jaga kesihatan. Tiap hari pun boleh pergi exercise dekat gym, boleh lari atas ‘treadmill’,  boleh buat ‘weight lifting’,  boleh buat biceps curl, push up, squats, crunch dan macam-macam lagi jenis senaman!

Nanti saya boleh kurus, biceps pun toned, six packs pun boleh dapat.
Nanti saya boleh pakai baju lawa-lawa, boleh pakai baju saiz kecik sikit, taklah orang pandang gemuk! Kalau dulu beli saiz XL, sekarang dah boleh pakai saiz XS haaa bukankah itu satu achievement?? Kurus weyh!!!

Kenapa perlunya kita jaga badan kita?

Mestilah kena nampak cantik and kurus and fit! Boleh pakai baju in trending sekarang ni. Kalau ada modeling, boleh join, manalah tahu rezeki insyaAllah…

Sebab lain?

Errr..
                                                                                                                                                                                                              

Tak nak la bersukan, kang aku buat nak jadi kurus melawa kena komen itulah inilah. Nanti orang duduk nak tanya. Fuyyo jaga badan ni untuk apa? Malaslah nak jaga badan macam nih. Kang tujuan utama aku buat biceps dan abs ni kena cop nak tunjuk badan la tuh, suka melawa, nak ambil perhatian orang etc. Lagi prefer nak jadi orang biasa. You know. Common people. Kang tak pasal-pasal aku kena judge itu ini. Haishh. Ok decided. Baik tak payah jaga badan.

Lagipun malas la nak jaga badan. Penat lah jaga badan. Kena restrict diet. Kena keluarkan peluh. Penat. Tak suka. Sedap lagi makan coklat non-stop. Makan Lays. Tidur banyak. Duduk-duduk. Baring-baring. Lazing around katakan. Besh kot!
                                                                                                                                                                                                              

Lihat 2 keadaan di sini.

Satu yang nak jaga badan sebab nak nampak kool bergaya, biceps berketul-ketul. Nak jadi kurus sebab nak pakai baju-baju yang cantik lawa, bergaya, tight.. erk.. Bila perasan makin bertambah kurang saiz badan, makin bertambah kecik baju, seluar. Kalau abah kata, beli baju untuk adik ke?

Golongan ni paling berjaya menjaga badan mereka cuma ada tetapi..

Satu lagi golongan.

Ini coklat celup. Sedapnya! Ini Mr Potato. Sedapnya. Sungguh enak sekali. Sekali makan, nak berkali-kali. (*Gaya Ini Coklat Celup)

Ok ini keadaan normal. Kita fitrahnya suka makan. Itu nafsu yang fitrah. Kita suka coklat. Kita suka Mr Potato.  Lepas makan coklat, pergi makan nasi.  Makan nasi tambah 2 kali. Bila suruh bersenam, banyak alasan diberi. Alaa yang bersenam tu nak buat six packs je. Aku bahagia tanpa six packs. Aku tak suka ni bersenam. Penat. Lenguh. Kalau besukan lagilah. Aku kaki bangku! Pergi timbang berat, kira BMI= 27! (normal 19-24) Kalau beli baju, memang akan beli saiz besar. Oh itu bagus kot, daripada beli baju ketat? Ye dok? * facepalm *

Ini adalah mereka yang gagal menjaga badan mereka dan banyak alasan untuk tidak menjaga badan.

Ini adalah dua keadaan yang ekstrem. Yang mana sepatutnya kita berada ditengah-tengah. Bukan di sebelah sana, mahupun disebelah sini. Dalam bahasa senang. Balance.

Bagaimana hendak ‘balance’?

“Tubuh badan kita adalah amanat dari Allah SWT”

Kena faham konsep badan kita adalah amanat dari Allah. Ya! Tubuh badan kita juga merupakan suatu amanat dari Allah swt. Belum cukup kita menjaga rohani dan jasad kita dari perlakuan buruk tetapi tidak menjaganya dari sesuatu yang merosakkan tubuh badan kita secara langsung.

Dalam rukun Islam yang asas pun sudah nampak keperluan menjaga tubuh badan kita, salah satunya ialah Rukun Puasa. Kalau dalam sains dan kesihatan, orang bukan Islam juga mengakui keberkesanan puasa dalam menjaga kesihatan dan berat badan kita! Intermittent fasting katanya. Puasa sunat Isnin dan Khamis akan menjadikan badan kita sentiasa dalam proses metabolisma yang tinggi! Subhanallah. Rasulullah SAW tidak mengetahui ilmu sains, namun Sunnah baginda SAW adalah apa yang diperlukan masyarakat kini, walau kadang tidak diambil enteng oleh sesetengah masyarakat kita. Bukan sahaja untuk dapatkan pahala, bahkan dapat kesihatan tubuh dan ‘fitness’ dalam masa yang sama!

Bukan itu sahaja, bahkan rukun Islam yang lain juga memerlukan kita untuk jadi ‘fit’ sepanjang masa. Solat dan Haji. Memerlukan kesihatan dan kekuatan tubuh badan untuk melaksanakannya. Kalau badan kita berat dan besar, ditambah pula dengan penyakit yang ada disebabkan makan berlebihan, sudah tentu agak payah untuk kita melakukan ibadah dengan sempurna. Terutama ketika haji. Jauh perjalanan akan melemahkan badan kita dan juga mental kita.

Siapa kata tidak perlu menjaga pemakanan dan kesihatan? Itu adalah menyalahi kefahaman Islam yang syumul, kerana tidak memahami apakah yang ingin dibawakan melalui 5 rukun Islam tersebut.

Islam bukan bermaksud 5 rukun Islam itu sahaja, bahkan tugasan harian kita untuk menjadi khalifah dibumi ini memerlukan tenaga yang sangat banyak  untuk seharian bekerja. Kalau menjadi student, ataupun yang sudah bekerja sudah tentunya memerlukan tubuh badan yang sihat kuat untuk melaksanakan tugas-tugas yang ada.

Tidak ada alasan bagi mereka yang beriman kepada Allah untuk tidak menjaga badan mereka. Kerana Allah sendiri lebih menyukai HambaNya yang kuat berbanding yang lemah, disebabkan yang kuat ini sudah tentunya akan banyak menyumbang tenaga menegakkan Islam di muka bumi ini.

Bagaimana pula dengan mereka yang menjaga badan tetapi hanya untuk nampak cantik dan bergaya?

Rasa ingin jadi cantik, segak, dan ingin memakai baju lawa itu adalah fitrah yang tertanam dalam diri manusia. Ya itu adalah fitrah untuk nampak segak bergaya. Allah SWT berfirman:

"Katakanlah! Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah diberikan kepada hamba-hambaNya dan beberapa rezeki yang baik itu? Katakanlah! Tuhanku hanya mengharamkan hal-hal yang tidak baik yang timbul daripadanya dan apa yang tersembunyi dan dosa dan durhaka yang tidak benar dan kamu menyekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak turunkan keterangan padanya dan kamu mengatakan atas (nama) Allah dengan sesuatu yang kamu tidak mengetahui." (Al-A'raf: 32-33)

Dan pada zaman sahabat-sahabat pergi menunaikan haji di Mekah dari Madinah, Rasulullah SAW mengarahkan sahabat untuk menampakkan bahu dan lengan kanan mereka ketika tawaf mengelilingi Kaabah. Tahukah hikmah disebalik arahan tersebut? Ini adalah untuk menunjukkan kehebatan sahabat, yang menampakkan betapa mereka sangat kuat sekaligus menggugah hati musyrikin Mekah yang ingin memerangi mereka ketika itu. Ini menunjukkan bahawa sahabat-sahabat dulu mempunyai fisik yang mantap! Boleh dikatakan mereka semua adalah ‘bodybuilder’ yang hebat ketika itu sehinggakan hanya dengan melihat bahu mereka sudah cukup menggerunkan musuh.

Namun, apabila sesuatu perkara tersebut berlebihan, yakni kita lebihkan dari Allah SWT itu sendiri, itulah yang menyebabkan ianya buruk dan berkemungkinan haram untuk dilakukan. Perkara yang dilebihkan daripada Allah itu sendiri adalah satu syirik yang halus, yang licik memperdayakan kita!

Apabila kita mula membuat sesuatu perkara atas niat yang berbeza, niat ingin bermegah, niat untuk kita memakai baju yang Allah tak suka (contoh pakai baju sendat, ketat) itulah yang membawa ketidaksempurnaan ibadah kita. Niat itulah yang membezakan setiap amalan itu baik ataupun tidak. Tentunya amalan yang tidak berniatkan apa-apa untuk Allah tidak akan membuahkan apa-apa pahala, bahkan kalau salah niat boleh menjurus kepada dosa pula. Nauzubillah.

Konklusi

Kita berbalik kepada konsep amanat tadi. Amanat yang Allah berikan harus dijaga dengan baik dan sempurna disebabkan ianya bukan milik kita tetapi milik Allah swt. Ini sahajalah tujuan sebenar kita dalam menjawab persoalan kenapa kita harus menjaga badan kita. Oleh itu, tiada alasan untuk mengelak dari menjaga badan dan juga niat kita hendaklah sentiasa diperbaharui supaya tidaklah lari dari tujuan sebenar kita.

Walaupun kadang-kadang rasa remeh, tapi kalau difikirkan kembali Qawwiyul Jismi (Kuat tubuh badan) ini adalah suatu ibadah yang sangat dituntut oleh Islam! Ya ianya satu ibadah yang amat disukai oleh Allah swt!  Dan juga kita patut tahu bahawa Qawwiyul Jismi ini bukan sahaja bersenam dan hanya ada konsep pergerakan sahaja, tetapi pemakanan yang seimbang juga termasuk dalam Qawwiyul Jismi ini. Marilah kita sama-sama lebih menghargai pinjaman yang Allah berikan ini dan berusaha untuk jadi lebih kuat dan sihat, lebih rajin melakukan ibadat dan akhirnya menjadi seperti sahabat, badan berketul-ketul, mantap fisik badan kerana ingin melakukan ibadah yang Allah suruh, bukan kerana nafsu menjadi cantik segak semata.

Wallahualam.








Post a Comment