FRIDAY WRAP ( 16 DIS - 20 DIS )

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wrt. Bertemu kita kembali dalam 'Friday Wrap'!


16 Disember 2012, Ahad




Kaherah, bekas presiden Mesir Husni Mubarak mengalami kecederaan di bahagian kepala pada tarikh (16/12), setelah terjatuh di bilik air penjara Tora, demikian laporan pejabat berita rasmi Mesir, MENA, yang memetik satu sumber keselamatan.

Sumber keselamatan di Jabatan Penjara tersebut mengatakan pemeriksaan perubatan memastikan kembali Mubarak juga menderita memar di dada, tetapi tiada tulang yang patah.

Mubarak saat ini menjalani hukuman penjara seumur hidup di Penjara Tora, setelah dinyatakan bersalah kerana mengeluarkan arahan untuk membunuh penunjuk perasaan damai selama rusuhan tahun lalu.



17 Disember 2012, Isnin





Korban Taufan Bopha Filipina kini melangkaui 1,000 orang. Manila, Filipina secara rasmi mengumumkan kematian akibat taufan besar Bopha (nama tempatan: Pablo) mencapai 1,020 orang, sementara jumlah yang hilang juga meningkat menjadi 844 orang.

Dewan Pelaksana dan Pengurangan Risiko Bencana Nasional (NDRRMC) Filipina mengatakan, pusat penyelarasan tindak balas wilayah telah dibina di bandar Davao untuk mencari korban selamat dan mayat mangsa.

Tentera Laut Filipina dan Pasukan Penjaga Pantai juga telah menggerakkan kapal laut dan pesawat untuk membantu operasi menyelamat.

Taufan Bopha, diyakini menjadi taufan paling parah di Filipina selama dua dekad terakhir, mendarat di Baganga, Davao Oriental, pada 4 Disember.

Taufan ganas tersebut membawa angin kencang dan banjir, sehingga mempengaruhi Negeri Compostela Valley dan Davao Oriental di wilayah Mindanao, Filipina Selatan.

Sehingga kini, 30 daerah atau bandar masih tidak mendapat bekalan elektrik, sementara enam daerah lagi terputus bekalan air.


18 Disember 2012, Selasa




Havana, Presiden Cuba Raul Castro (81), dan saudaranya, ikon revolusi Fidel Castro (86), kedua-duanya dicalonkan semula sebagai anggota Majlis Nasional (parlimen) pada hari isnin (17/12) baru-baru ini, kata media kerajaan.

Pencalonan ini adalah langkah prosedur pertama untuk pencalonan semula Raul Castro sebagai Presiden untuk tempoh lima tahun (2013-2018) di satu-satunya negara komunis di Benua Amerika itu.

Fidel Castro mengundurkan diri dari jawatan presiden selama krisis kesihatan pada bulan Julai 2006 selepas hampir lima dekad berkuasa.

Beliau terpilih sebagai ahli parlimen pada tahun 2008 walaupun tidak menghadiri dua sesi Majlis Nasional tahunan yang terdiri daripada 612 anggota.


18 Disember 2012, Selasa




Ramallah, Perdana Menteri Palestin Salam Fayyad, menyeru boikot terhadap produk Israel sebagai reaksi atas penahanan hasil cukai Palestin.

"Saya menyeru Intifada (perlawanan) ekonomi, yang bermula dengan boikot terhadap produk Israel sebagai reaksi atas pencurian wang Palestin," kata Fayyad kepada wartawan di Kota Ramallah, Tebing Barat Sungai Jordan.

Tambahannya, Kerajaan Autonomi Nasional Palestin (PNA) berada dalam situasi yang berbahaya.

Awal Disember baru-baru ini, Israel memutuskan untuk menahan lebih dari 100 juta dolar AS hasil cukai bulanan yang dikumpulkan untuk PNA, sebagai reaksi atas peningkatan status Palestin di PBB sebagai negara pemerhati bukan anggota, dengan 138 suara berbanding sembilan pada November lalu.

Penahanan tersebut menghalang PNA membayar gaji bulanan (November) kepada 150,000 pekerja mereka.

Fayyad menambah beberapa negara mendesak Israel agar mengumpulkan dana yang dikumpul dari eksport dan import Palestin atas nama PNA. Semua negara tersebut menyatakan usaha untuk memaksa Israel mengubah keputusannya masih belum membuahkan hasil.


19 Disember 2012, Rabu






Kiev, 12 orang lagi dilaporkan meninggal akibat udara sejuk di Ukraine sejak seminggu kebelakangan ini. Jumlah korban kini meningkat kepada 18 di seluruh negeri.

Sejak awal Disember, 12 orang mangsa ditemui mati di jalanan, tiga di tempat kediaman dan tiga lagi sewaktu menjalani rawatan perubatan.

Kementerian Kesihatan Ukraine melaporkan sekurang-kurangnya 133 orang yang menderita akibat udara sejuk dan hypothermia telah tiba di pelbagai pusat rawatan sembilan hari terakhir ini.

Akhir minggu yang lalu, ibu negara Ukraine, Kiev - mencatat suhu udara serendah negatif 15 darjah Celsius pada waktu malam. Di wilayah timur dan utara negeri tersebut, suhu melangkaui negatif 20 darjah Celsius.

Jumaat (14/12) lalu, Kementerian Kesihatan menyatakan serangan udara sejuk telah menewaskan enam warga negara Ukraine.


20 Disember 2012, Khamis





Ramallah. Presiden Palestin menyatakan siap untuk menerima pelarian Palestin yang melarikan diri dari perang saudara Syria.

Mahmoud Abbas mengatakan telah meminta Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon untuk membantu membawa pelarian ke wilayah Palestin. Ini mungkin termasuk Tebing Barat, di mana pemerintahan Abbas, atau Hamas yang menguasai Genting Gaza.

Permintaan itu dilaporkan Rabu (19/12), oleh pejabat berita rasmi Wafa. Hal ini terjadi berikutan satu serangan oleh pesawat perang Syria terhadap satu kem pelarian Palestin di Damsyik.

Kenyataan itu berkata terdapat 450,000 pelarian Palestin yang tinggal dalam 10 kem di Syria. Abbas mengatakan  kem terbesar Yarmouk,  "telah berlaku  situasi yang sukar selama peningkatan konflik di Syria."

Setiap pergerakan pelarian ke Tebing Barat akan memerlukan persetujuan Israel.Menteri Luar Negeri Israel sehingga kini belum bersedia memberikan kenyataan.











Post a Comment