Assalamualaikum
wbt.
Dengan
kalimah bismillahirrahminirrahim..kita mulakan sentapan jiwa kita dengan firman
Allah s.w.t dalam surah yang ke-8.
“ Yang demikian itu karena
sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah diberikan-Nya kepada
suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
(Al-Anfal : 53)
Sungguh,
perubahan diri itu bukanlah perkara mudah untuk kita laksanakan namun ia
merupakan perkara penting yang mesti kita lakukan untuk mendapatkan keredhaan
dari-Nya. Allah swt memberikan kita akal untuk berfikir, menilai diri kita
sendiri dan sejauh mana ketaatan kita kepada-Nya. Perubahan diri ini bergantung pada diri kita
sendiri samada mahu ataupun tidak. Allah swt pon telah menerangkan seperti ayat
di atas di mana betapa pentingnya perubahan daripada diri kita sendiri.
Mungkin
ada di kalangan kita ini berkata “ala,
nanti jela berubah. Aku belum bersedia untuk berubah” dan bermacam-macam lagi
alasan yang sering kita dengar. Namun harus kita ingat kematian itu tidak
menunggu kita. Mahukah kita mati dalam keadaan leka dan tidak beriman?
Perubahan
diri itu wajib untuk kita lakukan walaupun sedikit. Di sini saya cuba kongsikan
beberapa tips untuk berubah:
1. Walau
apa pun jua perkara, niat itu penting. Kerana ia permulaan sesuatu amal. Ibarat
kunci sesuatu kenderaan. Pasang niat kera Allah semata-mata.
2.
Jangan
bertangguh untuk melakukan perubahan. Ini kerana
semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk
melakukannya. Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi,
ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada
masa depan.
3.
Berusaha
berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya
dengan bersungguh-sungguh. Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh
hati. Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah.
Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu dan
jangan biarkan ia mengawal diri kita.
4.
Apabila
kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan
itu agar dia sebati dengan diri kita. Jika
perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah
seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama. Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa
melakukannya.
5.
Istiqamah.
Dalam apa jua yang sedang kita lakukan kita mestilah beristiqamah kerana Allah
tidak melihat hasilnya tetapi Allah melihat usaha kita.
Dalam
hadis nabi yang bermaksud:
“Daripada Sufyan Ibn Abdillah As-Safaqi
berkata, Aku berkata, “Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku satu perkataan
dalam Islam yang aku tidak kan bertanya kepada seorang pon selain engkau.
Baginda bersabda, “Katakanlah , “ Aku beriman kepada Allah, kemudian
beristiqamahlah (jangan menyimpang).”
6.
Mencari
sahabat-sahabat yang baik. Sahabat yang baik ibarat penjual minyak wangi, kalau
kita dekat pada dia, insyaAllah kita akan mendapat tempias wangiannya.
Kesimpulannya,
satu sahaja.JANGAN KITA PERNAH KALAH DENGAN JIWA KITA.TOLONG JANGAN.
Bersaksilah, pada suatu hari nanti, ada sesuatu yang Allah akan berikan kepada
kita.Sesuatu yang kita tidak pernah menyangka.Insya Allah.
Ingatlah
pesan Allah, bersabarlah kita dengan kesabaran yang baik.Ayat ini terlalu hebat
untuk kita praktikkan. Innallaha ma’assobirin.
JUST
FAKE IT TILL YOU MAKE IT!
Post a Comment