Trifle Made Simple

1 comments

Assalamualaikum wbt.

Kali ini Team Kulinari akan membawa resipi yang asalnya dari Kota Britain.  Resipi ini telah diperbaharui dari semasa ke semasa dari resipi asal pada awal tahun 1596. Sebagai contoh, penambahan jelly dalam resipi sebagai topping paling atas diperbaharui pada 1861. Yang paling baru, penambahan wheat cream sebagai topping. 

Jadi, daripada Wikipedia, apakah yang dimaksudkan dengan Trifle

“Trifle is a dessert dish made from thick (or often solidified) custard, fruit, spongecake, fruit juice, and whipped cream. These ingredients are usually arranged in layers with fruit and sponge on the bottom, and custard and cream on top.”


Bahan-bahan Hidangan untuk (4-6 orang)...
-Swiss roll
-Fruit cocktail
-50 g Custard powder
-100 g Custor sugar
-150 g Water
-600 ml Milk
-1/4 tsp Vanilla essence
-1/8 tsp Salt
-Jelly

Cara-cara..
1) Susun lapisan swissroll dalam mangkuk kaca yang transparent (supaya nampak menarik). Dalam bekas Tupperware biasa pun boleh. 


2) Buka fruit cocktail dan letakkan buah-buahan atas swissroll yang dah disusun. Susun bagi rata menjadi selapis yang lebih kurang sama tinggi agar mudah ditutup dengan pudding custard nanti. 


3) Sekarang nak buat custard, campurkan tepung custard dan sedikit susu dalam mangkuk (dalam keadaan sejuk). Ratakan and pastikan tiada  gumpalan tepung yang melekat bersama.

4) Masukkan susu selebihnya ke dalam periuk (dengan api kecil). Selepas tu, baru masukkan tepung custard and susu yang dah campur tadi dalam periuk. Kemudian masukkan air. 

5) Bila dah rase panas sikit, boleh masukkan gula, esen vanilla, dan sedikit garam. Masakkan di atas dapur dengan api yang kecil. Custard memerlukan masa yang lama untuk menjadi likat dan pekat. Kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Dan perlu untuk kacau custard setiap masa untuk elakkan custard hangus di bawah bahagian periuk. Tunggu sehingga mendidih dan siap custard anda! Tetapi jika custard tidak likat walaupun telah mendidih, disarankan untuk menggunakan tepung jagung. 

6) Tuang atas swissroll and buah-buahan yang dah disusun awal-awal tadi. Tunggu sehingga sejuk.


7) Letakkan layer jelly atas sekali setelah sejuk. Tuangkan dengan perlahan-lahan kerana jelly tu panas. Kemungkinan besar akan terbocor dalam lapisan custard. 

8) Siap...! Letak dalam peti sejuk dan boleh dimakan lepas tuh... Yummy~

Untuk modify resipi ini untuk menjadi lebih menarik, trifle boleh dibuat dengan banyak lapisan. Selepas lapisan jelly, boleh diletakkan selapis lapisan custard dan jelly lagi, ataupun boleh diletakkan buahan dalam lapisan jelly, ataupun boleh dilapis dengan wheatcream. Semuanya mengikut kreativiti anda semua. 


Tidak lupa juga, trifle boleh dimuatkan dalam bekas-bekas yang kecil agar dimuatkan mudah untuk diberi kepada jiran-jiran berdekatan :)

Selamat mencuba!



1 comment: