Bismillahhirahmanirrahim
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah atas segala nikmat yang
dikurniakan Allah ke atas kita sehingga
hari ini.
Azam Russia membawakan anda berita dunia untuk
minggu ini.
Syria- Ketua Pengarah Polis Tentera Rejim Syria, Kolonel Abd Aziz Syallal telah berpaling tadah
daripada kerajaan Presiden dan
mengisytiharkan dirinya menyertai
revolusi rakyat sekaligus menyertai barisan mujahidin pembebasan Syria
(FSA).
Ini adalah ekoran rasa rasa kecewa dan marah
beliau di atas segala kezaliman rejim selama 22 bulan lau hingga mengorbankan
lebih 50 ribu warga Syria. Khasnya selepas kejadian pengeboman jet rejim ke
atas sebuah kilang roti di Halfaya beberapa hari yang lepas.
Dilaporkan lebih 1100 orang pelarian rakyat
Syria daripada Bandar Halfaya, Hama telah menyeberangi sempadan Syria-Turki
untuk mendapatkan perlindungan di khemah pelarian Syria di Turki.
Hal ini berikutan penyembelihan besar-besaran
yang dilakukan oleh rejiim Basyar di bandar tersebut tempoh hari mengorbankan
lebih 3000 orang.
Palestin- Ahed Tamimi, seorang gadis Palestin
berusia 13 tahun menerima Anugerah Keberanian Hanzala ekoran dari peristiwa
beliau dengan beraninya menentang tentera Israel laknatullah yang telah
menangkap abangnya.
Ahed Tamimi yang bapanya masih di dalam penjara
akan menerima anugerah itu di Turki. Mengulas tentang peristiwa itu, Ahed Tamimi
berkata “Saya tidak takut kepada askar Israel. Saya akan biarkan mereka merasa
semangat Palestin dan takut kepada itu.”
Tahukah anda pada 27 Disember 2008, iaitu pada 4 tahun lepas, Israel
telah melancarkan Operation Cast Lead selama 3 minggu ke atas Gaza dan
menyebabkan 1400 rakyat Gaza syahid. Operasi itu dilaporkan sebagai operasi
ketenteraan selama 22 hari yang disifatkan antara serangan paling kejam dan
ganas ke atas Gaza.
Israel memulakan memulakan serangan dengan melancarkan 100
serangan dalam masa hanya 220 saat di samping menggunakan senjata kimia yang
berbahaya iaitu white phosphorus.
Malaysia-
Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin pulih apabila
lebih 4,000 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,pagi ini. Seramai
15,674 mangsa berada di pusat pemindahan banjir negeri masing-masing pada pagi
ini berbanding 19,958 mangsa malam tadi.
Dengan
keadaa cuaca yang agak baik,hanya Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih
berada pada paras bahaya iaitu 10.31 meter.
Teruskan menembak doa-doa kalian untuk saudara-saudara seislam kita yang sedang tertindas..
Semoga dengan syahidnya mereka, menyemarakkan lagi api semangat kita untuk menegakkan Islam.
insya Allah.
"Telah tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka,agar mereka kembali (ke jalan yang benar). ( Ar-Rum:41)
Wallahua'alam
Semoga Allah redha.
Post a Comment