Bismillahirrahmanirrahim.
"Allah itu maha Mengetahui, Allah itu maha Memahami."
Perjalanan hidup kita sehari-hari dilalui dengan bermacam-macam perkara yang memerlukan komitmen untuk dilakukan. Seorang hamba Allah, sebagai seorang anak, seorang pelajar, seorang dai’e, seorang sahabat mahupun seorang manusia merupakan antara kerja yang memerlukan komitmen tersebut.
Dalam kita melangkah, kadang-kadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis. Ada kerja yang tidak dapat kita lakukan dengan baik meskipun kita sudah mencuba dengan sedaya upaya. Namun, hasil yang Allah berikan bukan seperti yang kita harapkan.
Setelah puas mengorbankan keselesaan diri untuk mencapai sasaran, akhirnya apa yang diharapkan tidak berlaku. Lantas timbul sapaan dari hati yang mempersoalkan pertolongan Allah. Lalu monolog dalam hati, “Apakah aku tidak layak mendapat pertolongan Allah?”, “Kenapa aku tak boleh tapi orang lain boleh?”, “Teruk sangatkah aku sampai hasilnya seperti ini?”
Keluar dari zon putus asa...
Kehidupan ini adalah satu anugerah dari Allah SWT. Ia adalah suatu perjalanan yang tak pernah sepi dari pelbagai rintangan dan dugaan. Sesungguhnya Allah tidak menciptakan manusia serta memberikan kejayaan dan kegagalan dengan begitu sahaja. Pasti ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan. Boleh jadi kerana amat menyayangi dan tahu kejayaan itu akan merubah kamu menjadi seorang yang lain dan kegagalan itu pula akan menjadikan kamu seorang yang lain. Allah SWT ingin menguji siapa antara kita yang paling sabar untuk bertahan dengan segala ujian dari-Nya.
Putus asa itu akan datang menghampiri tatkala kita sedang menempuh perjalanan yang jauh ini. Ia juga sering kali datang bertandang disaat diri berhadapan dengan kegagalan dalam sesuatu pekerjaan yang dilakukan. Namun jangan biarkan ia tinggal bermukim dalam hati kita.
Sebagai seorang muslim, kita seharusnya bersangka baik dengan Allah SWT. Fikirkan... Renungkan... Allah yang menciptakan kehidupan di muka bumi ini dan Allah jua yang menetapkan setiap perancangan di dunia dan Allah jualah pemilik segala kejayaan dan kegagalan. Justeru mengapa Allah berikan kegagalan? Kerana Dia lebih tahu. Serahkan semuanya pada Allah.
Apa yang perlu kita buat adalah biarkan kegagalan itu berlalu itu dan jangan pernah berhenti berjuang dalam menempuh hidup ini. Dan berdoalah semoga Allah memberikan yang terbaik jika itu adalah baik untuk kita dan agama kita.
Orang Muslim Tidak Kenal Putus Asa...
Sifat putus asa bukanlah sesuatu yang baik. Malah sifat sebegini akan menjauhkan diri kita dengan Allah SWT dan rahmatNya. Kecewa, rajuk dihati mungkin akan ada. Namun segeralah mengingati Allah. Redhalah walaupun ia pahit. Redhalah walaupun ia sakit. Redhalah walaupun segala-galanya bakal berubah. Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Malah didalam qalamullah sendiri (rujuk 15:56), Allah ada mengatakan bahawasanya sifat berputus asa itu bukanlah sifat dari kalangan orang mukmin. Kerana muslim yang berpegang teguh pada qada' dan qadar pasti percaya dan yakin pada perancangan Allah SWT.
Allah SWT Tak Pernah Zalim...
Allah SWT tak pernah berlaku zalim kepada hamba-hambaNya. Malah Allah Maha Adil atas setiap perkara yang ditakdirkanNya. Gagal beberapa kali tidak bermakna kegagalan itu milik kita selamanya. Yang menjadi persoalannya bagaimana kita sebagai seorang hamba Allah berhadapan dan mengendalikan perasaan berhadapan dengan situasi tersebut.
Kegagalan itu, pasti akan digantikan oleh Allah SWT selagimana kita berusaha dan terus berusaha dan bergantung harap kepada Allah. Allah tuhan kita, kita milik Allah. Maka, Allah lebih tahu akan keadaan selepas, sebelum dan sedang kita lalui.Apabila satu pintu kebahagian tertutup, Allah akan membuka pintu-pintu lain. Kita hanya perlu menyedari akan pintu-pintu itu. Rahmat dan kasih sayang Allah itu terlalu luas.
Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Wallahu’alam..
"Allah itu maha Mengetahui, Allah itu maha Memahami."
Perjalanan hidup kita sehari-hari dilalui dengan bermacam-macam perkara yang memerlukan komitmen untuk dilakukan. Seorang hamba Allah, sebagai seorang anak, seorang pelajar, seorang dai’e, seorang sahabat mahupun seorang manusia merupakan antara kerja yang memerlukan komitmen tersebut.
Dalam kita melangkah, kadang-kadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis. Ada kerja yang tidak dapat kita lakukan dengan baik meskipun kita sudah mencuba dengan sedaya upaya. Namun, hasil yang Allah berikan bukan seperti yang kita harapkan.
Setelah puas mengorbankan keselesaan diri untuk mencapai sasaran, akhirnya apa yang diharapkan tidak berlaku. Lantas timbul sapaan dari hati yang mempersoalkan pertolongan Allah. Lalu monolog dalam hati, “Apakah aku tidak layak mendapat pertolongan Allah?”, “Kenapa aku tak boleh tapi orang lain boleh?”, “Teruk sangatkah aku sampai hasilnya seperti ini?”
Keluar dari zon putus asa...
Kehidupan ini adalah satu anugerah dari Allah SWT. Ia adalah suatu perjalanan yang tak pernah sepi dari pelbagai rintangan dan dugaan. Sesungguhnya Allah tidak menciptakan manusia serta memberikan kejayaan dan kegagalan dengan begitu sahaja. Pasti ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan. Boleh jadi kerana amat menyayangi dan tahu kejayaan itu akan merubah kamu menjadi seorang yang lain dan kegagalan itu pula akan menjadikan kamu seorang yang lain. Allah SWT ingin menguji siapa antara kita yang paling sabar untuk bertahan dengan segala ujian dari-Nya.
Putus asa itu akan datang menghampiri tatkala kita sedang menempuh perjalanan yang jauh ini. Ia juga sering kali datang bertandang disaat diri berhadapan dengan kegagalan dalam sesuatu pekerjaan yang dilakukan. Namun jangan biarkan ia tinggal bermukim dalam hati kita.
Sebagai seorang muslim, kita seharusnya bersangka baik dengan Allah SWT. Fikirkan... Renungkan... Allah yang menciptakan kehidupan di muka bumi ini dan Allah jua yang menetapkan setiap perancangan di dunia dan Allah jualah pemilik segala kejayaan dan kegagalan. Justeru mengapa Allah berikan kegagalan? Kerana Dia lebih tahu. Serahkan semuanya pada Allah.
Apa yang perlu kita buat adalah biarkan kegagalan itu berlalu itu dan jangan pernah berhenti berjuang dalam menempuh hidup ini. Dan berdoalah semoga Allah memberikan yang terbaik jika itu adalah baik untuk kita dan agama kita.
Orang Muslim Tidak Kenal Putus Asa...
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?” (Surah Al-ankabut, 29:2)
“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Surah Al-mu’minun, 23:115)
Malah didalam qalamullah sendiri (rujuk 15:56), Allah ada mengatakan bahawasanya sifat berputus asa itu bukanlah sifat dari kalangan orang mukmin. Kerana muslim yang berpegang teguh pada qada' dan qadar pasti percaya dan yakin pada perancangan Allah SWT.
kredit |

Post a Comment