Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum wbt.
Salam Maal Hijrah 1435.
"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan diri, mereka adalah lebih tinggi darjatnya pada sisi Allah (SWT). Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan mengembirakan mereka dengan rahmat daripada-Nya keredhaan dan syurga. Di dalamnya mereka memperoleh kesenangan yang abadi. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya disisi Allah itu pahala yang sangat besar." ( at-Taubah: 20)
Hijrah itu menuntut pengorbanan.Malahan tanpa pengorbanan mungkin sahaja hijrah itu tidak dapat dilaksanakan. Sebagaimana yang diketahui bagaimana Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah melalui jalan jauh, Asma’ Abu Bakar rmembawa makanan untuk diberikan kepada Rasullullah S.A.W yang bersama ayahnya Saidina Abu Bakar r.a dalam keadaan sarat mengandung, kemudiannya kita ketahui Saidina Abu Bakar r.a dipatuk ular ketika melindungi Nabi Muhammad S.A.W, ini semua adalah pengorbanan.Sahabat-sahabat yang lain juga melalui proses pengorbanan yang tinggi dalam penghijrahan mereka.
"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah itu Maha Penyantun terhadap hamba-hambaNya" (al-Baqarah: 207)
Hijrah Zaman Moden
Sabda Rasulullah S.A.W : “Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Makkah), tetapi jihad dan niat. Dan apabila kamu dikerah untuk keluar berjihad, maka keluarlah kamu” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Aas, Nabi S.A.W bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya hijrah ada dua unsur. Satu daripadanya ialah kamu meninggalkan kejahatan dan kedua kamu berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan tidak terputus hijrah selagi taubat diterima. Taubat akan terus diterima sehingga matahati terbit dari barat. Apabila matahari telah terbit dari barat, akan dicopkan ke atas setiap hati manusia apa yang telah ada padanya. Peluang beramal sudah tiada lagi.” (Riwayat Ahmad)
Menurut hadis ini, jelas kepada kita bahawa kita seharusnya melakukan proses penghijrahan niat dengan berjihad di jalan Allah S.W.T dalam kehidupan kita yang semakin mencabar ini. Dalam masa yang sama, perlu juga untuk kita fahami bahawa kita perlu melakukan perubahan dari kejahilan merangkumi setiap aspek hidup samada pemakaian, politik, pemikiran, dan keseluruhannya. Ianya juga merangkumi ideologi dari sekularisme kepada Islam yang syumul. Ini kerana hadis tersebut juga menyatakan kepentingan untuk kita berhijrah meninggalkan kejahatan dan kembali kepada Allah dan rasulNya walaupun ianya sukar untuk kita lakukan kerana ianya bercanggah dengan hawa nafsu yang inginkan hiburan dan kesenangan duniawi.
Hijrah adalah suatu bentuk perubahan yang memerlukan pengorbanan. Tanpa pengorbanan yang ikhlas, proses penghijrahan sukar untuk dilakukan. Pengorbanan pula menuntut semangat jihad dan keyakinan yang tinggi dalam diri.
Justeru, perubahan dan pengorbanan adalah suatu tuntutan hidup, iaitu berubah dari suatu yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang terbaik.
Oleh yang demikian marilah kita sama-sama menghayati bulan Muharam ini beserta pengertian pengorbanan agar kita dapat menghijrahkan diri kita untuk menjadi hamba Allah S.W.T dan umat Rasulullah S.A.W yang bertaqwa.
Wallahu'alam.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum wbt.
Salam Maal Hijrah 1435.
"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan diri, mereka adalah lebih tinggi darjatnya pada sisi Allah (SWT). Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan mengembirakan mereka dengan rahmat daripada-Nya keredhaan dan syurga. Di dalamnya mereka memperoleh kesenangan yang abadi. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya disisi Allah itu pahala yang sangat besar." ( at-Taubah: 20)
Walau berat, walau payah akan kugagahi jua. [Kredit] |
"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah itu Maha Penyantun terhadap hamba-hambaNya" (al-Baqarah: 207)
Hijrah Zaman Moden
Sabda Rasulullah S.A.W : “Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Makkah), tetapi jihad dan niat. Dan apabila kamu dikerah untuk keluar berjihad, maka keluarlah kamu” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Aas, Nabi S.A.W bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya hijrah ada dua unsur. Satu daripadanya ialah kamu meninggalkan kejahatan dan kedua kamu berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan tidak terputus hijrah selagi taubat diterima. Taubat akan terus diterima sehingga matahati terbit dari barat. Apabila matahari telah terbit dari barat, akan dicopkan ke atas setiap hati manusia apa yang telah ada padanya. Peluang beramal sudah tiada lagi.” (Riwayat Ahmad)
Menurut hadis ini, jelas kepada kita bahawa kita seharusnya melakukan proses penghijrahan niat dengan berjihad di jalan Allah S.W.T dalam kehidupan kita yang semakin mencabar ini. Dalam masa yang sama, perlu juga untuk kita fahami bahawa kita perlu melakukan perubahan dari kejahilan merangkumi setiap aspek hidup samada pemakaian, politik, pemikiran, dan keseluruhannya. Ianya juga merangkumi ideologi dari sekularisme kepada Islam yang syumul. Ini kerana hadis tersebut juga menyatakan kepentingan untuk kita berhijrah meninggalkan kejahatan dan kembali kepada Allah dan rasulNya walaupun ianya sukar untuk kita lakukan kerana ianya bercanggah dengan hawa nafsu yang inginkan hiburan dan kesenangan duniawi.
Hijrah adalah suatu bentuk perubahan yang memerlukan pengorbanan. Tanpa pengorbanan yang ikhlas, proses penghijrahan sukar untuk dilakukan. Pengorbanan pula menuntut semangat jihad dan keyakinan yang tinggi dalam diri.
Justeru, perubahan dan pengorbanan adalah suatu tuntutan hidup, iaitu berubah dari suatu yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang terbaik.
Perjalanan masih panjang yang tiada hentinya. [Kredit] |
Wallahu'alam.
Post a Comment