Di Mana Masa Mudamu Ya Syabab!

0 comments
Ainna al wakti shababika?
Di mana waktu muda kamu?

Ya syabab! Wake up & make a choice! [Kredit]
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Syukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberi peluang kepada diri ini untuk mencoretkan sedikit peringatan untuk semua. Sekurang-kurangnya masih lagi diri ini beramal dengan surah al-Asr. Alhamdulillah.

"Melainkan orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." (103:3)

Masihkan anda ingat kepada satu hadis berkenaan lima perkara sebelum lima perkara?
Dimana hadis ini, baginda memperingatkan kita tentang kehidupan kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit dan hidup sebelum mati. Begitu cintanya Rasulullah kepada kita, baginda telah meninggalkan satu pesanan yang sangat bermanfaat untuk diamalkan. Akan tetapi betapa ramai dari kalangan kita betul-betul mengambil manfaat dari khazanah ini?

Muda sebelum tua
Kenapa saya memilih pesanan ini?
Ada tiga sebab. Pertamanya, pemuda melambangkan tonggak atau tiang kepada sesebuah negara dan yang paling penting mereka adalah generasi pelapis kepada sesebuah negara ataupun tamadun.
Kedua, pemuda mampu mengoncangkan dunia. Ibarat kata-kata Bung Karno, “Berikan aku 10 pemuda maka akan kugoncang dunia”. Pemuda yang selalu tampak dengan sifatnya yang tergesa-gesa tetapi bersemangat waja. Pemuda yang selalu mudah panas namun kritis pemikirannya.
Ketiga, kerana kita semua kan seorang pemuda? :)

Betapa hebatnya fungsi seorang yang bernama pemuda. Bukan sahaja orangnya hensem, malah sering menjadi rebutan Mak ‘si dara’ untuk dijadikan menantu pilihan. Erkk. (Cuma selingan)

Jom kita selongkar contoh-contoh pemuda yang hebat.

1) Rasullulah S.A.W dilantik menjadi rasul di Mekah pada usia 40 tahun.

2) Wright bersaudara berjaya membina sebuah kapal terbang yang boleh terbang dan mendarat dengan jayanya pada usia mereka 36 dan 32 tahun.

3) Albert Einstein berjaya menerbitkan 4 hasil kajiannya tentang "photoelectric effect", "Brownian motion", "special relativity dan equivalence of mass and energy" yang mengemparkan dunia serta mengharumkan namanya pada usia 26 tahun.

4) Steve Jobs bersama dengan Wozniak menubuhkan syarikat Apple pada usia 21 tahun.

5) Sultan Muhammad Al Fateh, berjaya menakluk Kota Constantinople yang memiliki kubu pertahanan yang tebal serta rantai besi yang tajam di teluk pada usia 21 tahun.

6) Muhammad bin Abdullah digelar al-amin (yang dipercayai) pada usia sebelum mencecah 20 tahun.

7) Sultan Muhammad Al Fateh, telah menjadi panglima angkatan tentera dan raja empayar Turki Uthmaniyyah pada usia 19 tahun.

Cuba kita bayangkan kehebatan mereka. Tidakkah kita juga memiliki impian untuk mejadi seorang yang hebat juga? Di saat ini, dimana kita ? Sekadar bermain "games", lepak-lepak, berseronok menonton filem-filem "box office"? Tidakkah kita pernah terfikir untuk menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat untuk kebaikan sejagat?

Imam Syahid Hasan Al-Banna [Kredit]
Mutiara kata

Jadi nasihat saya untuk semua (termasuk dengan diri saya), manfaatkanlah masa muda. Kerana masa yang lalu tidak akan kembali lagi. Imam Ghazali pernah menanyakan kepada anak muridnya tentang benda yang paling jauh dari diri kita di dunia ini. Dan jawapan beliau ialah masa lalu. Jangan bazirkan masa anda.

Mulakan dengan satu permulaan yang menghidupkan. Mulakan dengan niat kerana Allah.
Macam mana nak memanfaatkan masa muda? Saya berharap anda semua boleh bersedia. Buang segala perisai di dada, sejukkan minda anda agar peluru nasihat ini terkena sasaran utamanya, hati.

1) Hentikan bermain-main dengan hidup anda di dunia ini. Anda bukan kucing yang memiliki mitos 9 nyawa. Anda hanya ada 2 nyawa dimana satu bersifat sementara manakala satu lagi adalah kekal buat selama-lamanya. Tungganglah dunia ini untuk meraih syurga Allah. Mula hargai nyawa anda sendiri sebelum mahu membantu orang lain.

2) Mula melakukan aktiviti yang mampu memanfaatkan diri anda serta orang lain.
“Orang yang paling dicintai oleh Allah ialah orang yang paling bermanfaat buat manusia..”[ Riwayat Thabrani].

Contohnya, belajar. Boleh memanfaatkan kepada diri anda sendiri dan orang lain. Ataupun usrah itu sendiri juga perkara yang bermanfaat. Baik kepada naqib itu sendiri dan juga kepada adik-adik usrah itu juga.

3) Merancang perjalanan kehidupan anda untuk sepuluh tahun yang akan datang. Be more realistic. Seorang sahabat Rasullulah pernah berpesan, “Bekerjalah kamu seperti kamu hidup untuk 1000 tahun lagi, beribadahlah kamu seperti itulah ibadah terakhir untukmu,” Jangan anda fikir, kita memerlukan jadual masa sahaja, kita juga perlukan jadual hidup. Bukan menjadikan kita hidup seperti robot, tetapi menyusun agar kita sentiasa terurus dan bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

4) Berhenti membazir. Elakkan ketirisan wang, masa dan tenaga kepada perkara yang kurang bermanfaat. Juallah nikmat pinjaman Allah ini dengan pinjaman yang baik. Lagipun Allah berfirman,” Membazir itu amalan syaitan.” Jadi jika pada asalnya syaitan tidak mahu patuh kepada perintah Allah untuk sujud pada nabi Adam A.S, kenapa kita perlu ikut amalan mereka?


Waallahua’lam.


Post a Comment