FRIDAY WRAP (7-14 NOVEMBER 2013)

0 comments


Friday Wrap (7-14 November 2013)



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 Friday wrap kembali lagi dengan isu-isu semasa dunia.


Taufan Haiyan: Angka kematian 2,275 di Filipina


Kemusnahan akibat Taufan Haiyan

MANILA 13 Nov.- Angka korban akibat Taufan Haiyan yang melanda Filipina Jumaat lalu meningkat kepada 2,275 mangsa.

Menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan, jumlah mangsa berkenaan adalah setakat petang ini. Seramai 3,655 lagi mangsa dilaporkan cedera, manakala 80 yang lain masih hilang. 

Taufan terkuat di dunia yang melanda pesisir pantai timur negara itu memusnahkan beribu bangunan dan kira-kira 600,000 dilaporkan hilang tempat tinggal. – AP


 The Times- Mursi layak tercatat dalam sejarah


KAHERAH 13 Nov.-Menurut akhbar  "The Times" mengenai persidangan Mursi 4 November lalu,  Presiden Muhammad Mursi layak tercatat dalam sejarah dunia.

Surat khabar tersebut mengatakan dalam sebuah laporan pada 7 November yang lalu  ada beberapa alasan mengapa Presiden Muhammad Mursi layak tercatat dalam sejarah.  “Pertama kerana Mursi adalah presiden terpilih secara demokratik pertama di Mesir. Kedua,  merupakan Presiden pertama dari gerakan Islam yang memimpin Negara Arab dan ketiga, kerana Mursi adalah Presiden terpilih pertama selepas Arab Spring yang diturunkan dari jabatannya, dan terakhir kerana Mursi presiden kedua yang dihadapkan pada pengadilan selama tiga tahun terakhir ini. "


Surat khabar tersebut juga melaporkan bahawa persidangan Mursi merupakan ujian yang paling berat, menentukan adakah  Mesir akan kembali ke jalan demokrasi atau tidak.

Sementara itu mahkamah pada 4 November lalu telah memutuskan untuk menangguhkan sidang terhadap Presiden Mursi yang dituduh bertanggungjawab terhadap terbunuhnya ribuan demonstran di depan istana persekutuan.

Namun Mursi tetap menolak mengakui legitimasi persidangan tersebut dan tetap menegaskan bahawa dia adalah presiden yang sah di Mesir dan juga menyeru agar pimpinan kudeta turut diadili.


Mesir tarik balik perintah darurat

                                  

KAHERAH 14 Nov.- Mahkamah Mesir menarik balik perintah darurat tiga bulan di negara itu kelmarin, langkah yang mungkin membantu kerajaan disokong tentera memulihkan keadaan selepas penyingkiran Presiden Mohamed Morsi. 

Namun, ketika perintah darurat diarah ditamatkan, kerajaan juga semakin hampir meluluskan satu undang-undang mengenai tunjuk perasaan yang dituduh pembangkang sebagai cara baru membendung protes. 

Kerajaan melaksanakan darurat dan perintah berkurung sejak 14 Ogos lalu apabila pasukan keselamatan menyuraikan dua bantahan duduk di sini oleh penyokong Morsi, mencetuskan pertumpahan darah terburuk Mesir. 


Perunding Palestin tarik diri

                                  


GAZA 14 Nov.- Seluruh pasukan rundingan Palestin telah meletakkan jawatan kerana keputusan pembangunan  berterusan Israel di tanah Palestin dan kekecewaan atas kegagalan rundingan damai bersama pihak US.

Mohamed Shtayyeh , seorang perunding Palestin, berkata Presiden Mahmoud Abbas masih belum menerima peletakan jawatan itu pasukan.

“Israel benar-benar bertanggungjawab terhadap kegagalan rundingan , kerana kesinambungan dan peningkatan penyelesaian pembinaan pembangunan ", Shtayyeh kepada agensi berita AFP.

Dalam temu bual dengan televisyen CBC Mesir, Abbas berkata rundingan ke arah perjanjian damai dengan Israel akan terus walaupun tanpa pasukan rundingan semasa.

" Sama ada kita boleh meyakinkan ia kembali, dan kita sedang berusaha dengan mereka, atau kita membentuk perwakilan baru," kata Abbas.

Rundingan langsung antara perunding Israel dan Palestin bermula pada Julai yang lalu , tetapi telah berhadapan dengan masalah dan telah mencapai kemajuan yang sedikit.

Palestin mengatakan penempatan Israel menghalang usaha-usaha untuk mewujudkan sebuah negara Palestin yang berdaya maju di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza , dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya. 


Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel , mengumumkan awal minggu ini bahawa beliau akan menilai semula rancangan untuk membina 24,000 rumah penempatan baru.


 Bintang bola sepak Mesir disiasat polis kerana simbol Rabia

KAHERAH 13 Nov.-Ahmed Abdel - Zaher, seorang pemain bintang bola sepak kelab Al Ahli di liga utama Mesir yang mengangkat simbol Rabia ketika final Liga Juara-Juara menentang pasukan dari Afrika Selatan, Orlando Pirates pada hari Ahad yang lalu disiasat oleh pihak polis.

Sementara itu, pengurusan kelab bola sepak tersebut turut mengesahkan siasatan polis terhadap Zaher.

Zaher membuat simbol tanda Rabia selepas kejayaannya menjaringkan gol kedua, sebagai menghormati rakyat Mesir yang terkorban dan tercedera kerana serangan dari pihak polis Mesir, menurut laporan dari berita online Ahram.

Awal bulan ini juga, atlet kung fu Mesir telah dilarang bertanding selama satu tahun hanya kerana memakai tanda Rabia pada T-shirtnya. 


42,646 calon UPSR peroleh A semua subjek

Wajah-wajah cemerlang UPSR 2013
PUTRAJAYA 14 Nov.- Seramai 42,646 daripada 478,848 calon mendapat A dalam semua subjek Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) lalu. 



Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, berkata secara keseluruhannya pencapaian UPSR pada tahun ini meningkatkan sebanyak 0.04 mata iaitu daripada Gred Purata Nasional (GPN) 2.31 pada 2012 kepada 2.27 tahun ini. 


"Manakala peratusan calon mendapat pencapaian cemerlang (semua A) bagi semua mata pelajaran diambil meningkat 0.21 peratus iaitu daripada 8.94 tahun lalu kepada 9.15 pada 2013," katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi. 



Sekian berita dari kami, semoga memberi manfaat.

Wallahualam.


Post a Comment