Assalamualaikum wrt.
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan umur hingga ke hari ini. Pejam celik pejam celik, sudah masuk bulan Muharram dan pada bulan inilah berlakunya banyak peristiwa dalam kalender Islam.
Maal hijrah
Bukanlah "PUBLIC HOLIDAY" semata-mata.
Bukan sekadar slogan indah yang diucap di bibir sahaja.
Bukan hanya untuk digantung cantik sebagai banner yang tertulis ‘Selamat Menyambut Maal Hijrah’.
Peristiwa hijrah adalah satu peristiwa yang sepatutnya menjadi tauladan kepada seluruh umat Islam tanpa mengira zaman.Umat Islam pada zaman Rasulullah SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah demi menyelamatkan akidah mereka.
Pernahkah anda tertanya, adakah penghijrahan umat Islam ke Madinah sama seperti seronoknya kita melancong ke luar negara?
Jawapannya:
Seronokkah apabila kita terpaksa meninggalkan harta benda kita untuk selama-lamanya?
Seronokkah kita apabila terpaksa meninggalkan ahli keluarga yang kita kenal sejak kecil mungkin untuk selama-lamanya?
Seronokkah kita apabila terpaksa meninggalkan tempat kelahiran kita?
Seronokkah kita apabila terpaksa berjalan jauh di tengah-tengah padang pasir yang terik, dengan berbekalkan bekalan makanan dan minuman yang terhad?
Jadi benarlah hijrah itu bukan perkara yang mudah. Hijrah memerlukan pengorbanan yang amat tinggi. Pengorbanan dari segi fizikal dan juga mental.
Persoalannya, apakah hijrah yang saya boleh lakukan?
1) Hijrah tidak semestinya perlu melakukan sesuatu yang di luar kemampuan kita. Ia boleh jadi perkara harian yang kita mampu laksanakan seperti kalau sebelum ini kita hanya membaca Quran tanpa memahami, bolehlah cuba untuk memahami mungkin dengan membaca terjemahan, tafsir, dan bermacam-macam cara lagi.
2) Menjaga solat.
3) Menjaga hubungan baik antara kawan serumah (contohnya). Tolong basuh pinggan. Tolong masak. Tolong kemas.
4) Mengurangkan perkara-perkara lagha.
5) Menjaga masa. Sentiasa mengisi masa dengan perkara berfaedah.
6) Menjaga pertuturan di alam realiti dan juga di alam maya.
7) Sentiasa menghubungi ahli keluarga di Malaysia supaya dapat mengembirakan mereka dan sebagainya.
Beruntunglah bagi mereka yang hijrahnya adalah untuk Allah.
Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. – [Riwayat Dua imam Muhaddisin]
Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa betapa pentingnya NIAT dalam segala perkara yang dilakukan.
Pengorbanan yang tidak diniatkan kerana Allah hanyalah menjadi sia-sia.
Oleh itu, marilah kita sama-sama "reset" kembali niat kita supaya menjadi Allah-oriented. Segala yang kita lakukan diniatkan hanya kerana Allah, ingin mencari redhaNya dan bukan kerana benda lain.
Dan tidak lupa, marilah kita sama-sama menetapkan AZAM baru untuk menjadi seorang muslim dan mukmin yang lebih baik dari sehari ke sehari.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud, “Barang siapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah SWT”.
Selamat mengenali Maal Hijrah dengan lebih mendalam.
Wallahu'alam.

[Kredit] |

Kekuatan untuk berhijrah itu ada pada Allah. [Kredit] |

Pilih jalan yang bakal membawa kita kepada Pencipta. [Kredit] |

Post a Comment