Wahai HAWA,
Zaman jahilliyah menyaksikan
bagaimana bayi-bayi perempuan ditanam hidup-hidup. Anak perempuan dikatakan
pembawa nasib malang. Wanita-wanita dijadikan tempat untuk melempiaskan nafsu
dan dilayan tak ubah seperti hamba.
Wahai HAWA,
Datangnya Islam menjunjung
tinggi maruahmu. Penting perananmu sebagai pententeram jiwa sehinggakan Allah
ciptakan Hawa di sisi Adam. Begitu hebatnya Islam menjunjung dirimu
sehingga syurga seorang anak itu
dikatakan di bawah telapak kakimu.
Tetapi kenapa wahai HAWA????
Dengan penuh cinta Allah
menjunjung tinggi maruahmu tetapi kau masih lagi tegar melanggar segala
perintahNya. Kau pandang segala suruhanNya penuh benci. Kau katakan menutup
aurat itu ketinggalan zaman, merimaskan dan menyusahkan. Sedangkan Allah menyuruhmu
menutup aurat itu dengan penuh rasa cinta. Tidak lain dan tidak bukan untuk
menjagamu wahai perempuan yang jiwanya penuh dengan kelembutan.
“Wahai
Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman, supaya
melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar);
cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang
baik-baik) maka dengan itu mereka tidak
diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.” (Al Ahzab:59)”
Aduhai HAWA!!!!!
Kau lebih senang tergoda dengan cinta yang
ditawarkan oleh Adam sehingga lupa akan cinta Sang Pencipta. Kau sibuk tangisi
cinta Adam yang berlalu pergi sehingga terlupa untuk menangisi di sepertiga
malam atas segala dosa-dosamu. Kau terlalu sibuk berangan dengan hal keduniaan
sehingga tertinggal hal-hal akhirat di belakang.
Sudahlah wahai HAWA,
Hentikanlah segala tindak lakumu itu. Gapailah
cinta Allah dahulu maka Dia akan hadirkan cinta orang yang mencintaimu
keranaNya. Tutuplah auratmu dengan penuh ikhlas dan pasakkanlah dalam hatimu
bahawa “Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”
Wahai HAWA,
Kata mereka, tempatmu hanyalah di rumah, di
dapur. Ternyata mereka silap. Ternyata mereka lupa akan sejarah Islam yang
mencatatkan kehebatan figura-figura wanita Islam hebat seperti Saiditina
Khadijah, Saiditina Aisyah, Sumayyah,Asiyah, Fatimah dan lain-lain lagi.
Buktikan bahawa perempuan ini juga hebat dalam jalan dakwah. Buktikanlah insan
yang penuh dengan kelembutan ini mampu menyentuh hati-hati masyarakat di luar
sana untuk kuat berpegang pada Islam. Buktikan insan yang katanya sinonim
dengan air mata, sememangnya sentiasa menitis air mata kerana rindukan Allah
dan Rasulullah bahkan lajunya air mata yang menitis ini tanda takutnya pada
azabnya, tanda penyesalan yang tak sudah akan dosa-dosa silam.
Hawa
ataupun perempuan ataupun wanita,
Hadirnya
mereka di dunia,
Menyalurkan
kasih sayang dari Tuhan,
Untuk
menjadi anak yang solehah,
Isteri
yang taat,
Ibu
yang mithali,
Tetapi
di sebalik semua itu,
Mereka
tak terkecuali untuk menjadi daie yang hebat.
Wahai
Hawa/wanita/perempuan,
Sesungguhnya
penciptaanmu bukan untuk disesali,
Tetapi
untuk disyukuri.
“Apabila seorang isteri mengerjakan
solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat)
serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”.
(Riwayat Imam
Bazzar melalui Anas r.a)
Dari Allah
datangnya idea tetapi kerana kekhilafan seorang manusia mungkin terselit
kesalahan. Semoga hati-hati yang subur dengan keimanan, sering mengiringi
kemaafan di atas setiap kesalahan. Wassalam.
Post a Comment