Assalamualaikum wrt.
Insyaallah
Friday Wrap minggu ini membawakan berita terkini dan hangat dari dalam dan luar negara.
Senjata Kimia Syria Hapus di Laut
Jumaat,
22/11/2013
MANILA- Angka kematian akibat Taufan Haiyan meningkat kepada lebih 5,200, menjadikannya antara bencana paling dahsyat yang pernah melanda Filipina.
Selepas dua minggu taufan terkuat di dunia itu membadai sebahagian besar
wilayah di Filipina, kerajaan mengesahkan bilangan yang terkorban meningkat
daripada 1,200 kepada 5,209, dengan 1,611 lagi dikhuatiri masih hilang.
Krisis Kemanusiaan Meruncing di Gaza
Sabtu,
23/11/2013
GAZA, PALESTIN- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa krisis
kemanusiaan semakin meruncing di Gaza akibat sekatan Israel.
Penyelaras bagi bantuan Kemanusiaan PBB, James Rawley memaklumkan tidak banyak
perubahan dapat dilihat selepas insiden serangan ganas Israel kira-kira 12
bulan lalu.
"Situasi di Gaza semakin buruk selepas wilayah itu mengalami krisis
bekalan kuasa elektrik yang berpunca daripada kekurangan bekalan bahan
api," katanya pada laporan Press TV.
Iran Batas Program Nuklear
Isnin,
25/11/2013
Usaha
sedekad halang rancangan bom atom
GEVEVA- Iran bersetuju untuk membatasi program nuklearnya dalam satu perjanjian
awal penting yang dicapai semalam dan disifatkan kuasa dunia sebagai langkah
paling besar dalam usaha sedekad untuk menghalang program bom atom Tehran.
Tehran dengan bangga menyifatkan perjanjian yang melepaskan sekatan terhadap
Iran dan mengiktiraf haknya untuk program pengayaan uranium.
Operasi Kerajaan Lumpuh
Rabu,
27/11/2013
BANGKOK- Operasi beberapa kementerian di Thailand lumpuh, apabila penunjuk perasaan anti
kerajaan Thailand menawan lebih banyak bangunan kerajaan di Bangkok dalam usaha
untuk menumbangkan pemerintah, ketika Perdana Menteri Yingluck Shinawatra
berdepan dengan undi tidak percaya di Parlimen dan kuasa kumpulan perusuh.
Berpuluh ribu penunjuk perasaan berhimpun menentang Yingluck dan abangnya, Perdana Menteri yang digulingkan, Thaksin Shinawatra dalam bantahan jalanan
terbesar sejak 2010, apabila lebih 90 orang awam terbunuh berikutan tindakan
keras tentera.
Mesir Tutup Rangkaian Stesen TV
Al-Jazeera
Rabu, 27/11/2013
KAHERAH- Kerajaan Mesir yang terdesak untuk
menghapuskan pengaruh Ikhwanul Muslimin, melancarkan serangan diplomatik
terhadap penyokong gerakan di luar negara yang dikatakan menghulurkan bantuan
senjata dan dana kepada pergerakan itu.
Dalam tindakan terbaru mereka selepas Morsi digulingkan, mereka menyasarkan
Qatar, satu-satunya negara Teluk yang secara terbuka menyokong Ikhwanul
Muslimin dengan menutup rangkaian televisyen Al-Jazeera.
Rejim
Asad Ikrar Tidak Akan Menyerahkan Kuasa
Rabu, 27/11/2013
Kerajaan Syria berkata ia akan menghadiri
rundingan damai tetapi membangkang dakwaan untuk presiden meletak jawatan
sebagai "khayalan ". Pemberontak (baca: Tentera Pembebasan Syria)
mengatakan mereka tidak akan mengadakan perbincangan jika Assad kekal berkuasa.
Kerajaan Syria berkata kedudukan Bashar al
-Assad sebagai presiden bukan untuk rundingan damai, memanggil tuntutan
tersebut oleh pembangkang "khayalan dan impian ".
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Luar melalui agensi berita SANA pada Rabu, berkata delegasi yang akan pergi ke Rundingan
Geneva II pada bulan Januari, tetapi Assad tidak akan menyerahkan kuasa.
"Zaman penjajahan, dengan pemasangan
dan menggulingkan kerajaan akan berakhir. Mereka mesti bangun dari mimpi
mereka, " kata penyokong Bashar. "Jika mereka berkeras khayalan ini,
tidak ada keperluan bagi mereka untuk menghadiri Geneva II. "
Wanita
Mesir Dipenjara Selama Beberapa Tahun Disebabkan Demonstrasi Aman
Rabu, 27/11/2013
KAHERAH - Sekumpulan wanita dihukum penjara 11 tahun bagi bantahan secara aman di Alexandria, setelah Perdana Menteri kudeta Mesir telah memberikan sekatan ketat melalui undang-undang untuk menyekat lagi demonstrasi awam.
Wanita tersebut yang merupakan penyokong
presiden yang telah digulingkan Mohamed Morsi , menerima hukuman penjara 11
tahun pada hari Rabu ini. Tujuh orang lagi remaja bawah umur direman untuk
tahanan juvana termasuk yang paling muda dalam kumpulan itu ialah remaja
berusia 15 tahun .
Enam lelaki , digambarkan oleh pendakwa
raya sebagai pemimpin Ikhwan Muslimin, telah dihukum 15 tahun penjara dengan
tuduhan" organisasi pengganas ".
Dalam sidang akhbar juga pada Rabu, Hazem
el- Beblawi , Perdana Menteri interim , mempertahankan undang-undang baru
memerlukan rakyat memohon kebenaran
sebelum berarak dalam demonstrasi aman sebagai " langkah yang perlu
".
Rwanda
Lancar Program Khatan, Cegah AIDS
Khamis, 28/11/2013
KIGALI , RWANDA-Rwanda kelmarin menjadi
negara pertama di dunia melancarkan program khatan dalam usaha untuk
mengurangkan kadar jangkitan HIV di negara itu.
Menteri Kesihatan Agnes Binagwaho berkata, prosedur tanpa pembedahan itu telah
disahkan secara klinikal dan ia juga boleh dilakukan tanpa ubat bius.
"Program ini akan dilakukan ke atas 700,000 lelaki berumur 15 hingga 49
menjelang akhir 2016," katanya.
Dalam satu kenyataan, laporan dipetik dari AFP, jurucakap kerajaan memberitahu
berkhatan adalah salah satu daripada strategi utama untuk mewujudkan generasi
bebas Aids di Rwanda, di mana kira-kira 210,000 di negara tersebut dilaporkan
dijangkiti penyakit pembawa maut itu.
Sekian sahaja ringkasan berita untuk Friday
Wrap minggu ini.
“Dan katakanlah (Muhammad) ya Tuhanku,
masukkan aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan aku ke tempat keluar yang
benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolong(ku)”
Surah Al-Isra’ (17:80)
Bersama mendalami erti hijrah. Wallahualam.
Post a Comment