Pada hari Sabtu (23/11/2013,) telah berlangsungnya Malaysian
Bazaar 1.0 anjuran AZAM Russia lokaliti Nizhny Novgorod. Projek bazar
ini telah diketuai oleh Saudara Muhammad Faaez Hamid dan dibantu oleh
saudari Noor Fakhirah binti Mohd Lazim. Bazar telah bermula seawal jam 2
petang dan berakhir sekitar jam 4.30 petang di sepanjang koridor
tingkat 3, Hostel 3.
Malaysian Bazaar atau lebih sinonim dengan nama pasar malam telah
membawa para pelajar mengimbau suasana pasar malam di Malaysia selain
melepaskan rindu kepada juadah Malaysia. Sebanyak 9 gerai telah dibuka
dan 5 gerai daripadanya telah dikendalikan oleh kumpulan-kumpulan usrah
dan 4 gerai lagi oleh pelajar-pelajar lain.
Antara juadah
yang telah dijual adalah nasi campur, nasi minyak, bubur nasi dan sup
ayam, pulut mangga, pasembor, Pan Mee Sup Ayam, roti pita, karipap,
lepat pisang, kek batik, pai epal, cupcakes, air soya, milkshake dan
lain-lain.
Hadaf Malaysian Bazaar 1.0 ini adalah :
1) sebagai medan atau platform untuk memperkenalkan Islam kepada komuniti di Nizhny Novgorod 2) memberi peluang kepada ahli-ahli Azam Russia lokaliti Nizhny Novgorod untuk menjalankan aktiviti
3) sebagai salah satu medium bagi Azam Russia lokaliti Nizhny Novgorod
untuk menjana pendapatan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah
dirancang
Tidak cukup dengan gerai makanan, bazar ini juga
dilengkapi dengan dua booth pameran yang memperkenalkan Islam serta
isu-isu kemanusiaan. Booth pertama lebih menjurus kepada pengenalan
terhadap Islam dan pembentukan individu muslim manakala booth kedua
lebih tertumpu kepada isu-isu kemanusiaan seperti Palestin, Rohingya,
Syria, Mesir dan yang terbaru, Filipina. Setiap pengunjung akan
diberikan “door gift” yang berbentuk kad beserta kata-kata motivasi. Ini
bertujuan untuk menyuntik satu perasaan positif dalam diri setiap
pengunjung bazar.
Firman Allah SWT dalam Surah Muhammad ayat 7 :
“Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah,
nescaya Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu”
Post a Comment