Transformasi Diri

0 comments
Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sebaik-baiknya mulakanlah sesuatu pekerjaan dengan nama Tuhan. [Kredit]
Hijrah
Hijrah yang memberi erti kata transformasi melibatkan sesuatu perubahan iaitu dari sesuatu yang kurang baik kepada yang lebih baik.Jika kita menyingkap sejarah hijrah Rasulullah SAW bersama para sahabat membawa pelbagai perubahan individu, masyarakat dan umat dalam menghidupkan cahaya Islam yang sebenar.

Kita sendiri mempunyai hijrah tersendiri dalam bentuk masing-masing. Tetapi adakah hijrah kita itu semata-mata kerana Allah? Allah tidak pernah menghalang hambaNya untuk mencapai cita-cita tetapi segala-galanya perlulah disandarkan kepada Allah untuk mencapai redhaNya itu di dunia dan akhirat.

Kalau kita ambil contoh sirah,sebagai contoh kisah Mus'ab bin Umair.
Musab bin Umair adalah sahabat Rasulullah yang sangat terkenal dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam lagi Musab terkenal sebagai orang yang  berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu berlawan dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Musab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.Setelah Musab mendapat Islam,musab meninggalkan kemewahan yang dia miliki. Mus'ab syahid semasa perang Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Musab. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air matanya.

Kenal pencipta, nescaya engkau akan jatuh cinta. [Kredit]
Allah mencintai hambanya yang bertakwa. Buktinya tertulis dalam kalamNya.

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertakwa.”[at-Taubah:7]."

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan : Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya AllahTa’ala apabila mencintai seseorang hamba, lalu memanggil Jibril kemudian berfirman: “Sesungguhnya Aku menyayangi si Fulan, maka sayangilah dia.” Jibril lalu menyayanginya. Seterusnya Jibril memanggil pada seluruh penghuni langit lalu berkata: “SesungguhnyaAllah menyayangi si Fulan, maka sayangilah olehmu semua si Fulan itu.” Orang itu pun lalu disayangi oleh para penghuni langit. Selanjutnya diletakkanlah penerimaan –kecintaan itu baginya dalam hati para penghuni bumi. Dan jikalau Allah membenci seseorang hamba, maka dipanggillah Jibril lalu berfirman: “Sesungguhnya Saya membenci si Fulan itu, maka bencilah engkau padanya.”Jibril lalu membencinya,kemudian ia memanggil semua penghuni langit sambil berkata: “Sesungguhnya Allah membenci si Fulan, maka bencilah engkau semua padanya.”Selanjutnya diletakkanlah rasa kebencian itu dalam hati para penghuni bumi.”

Marilah kita berhijrah untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa.Marilah kita menjadi hamba Allah yang dicintai Allah,malaikat dan penghuni langit.


Jadikanlah hari esok lebih baik dari semalam. ya Rabbi ya. [Kredit]
Wallahu'alam.


Post a Comment