Hati itu sendiri perlu berhijrah.

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt.

Hijrah membawa hati kepada pengorbanan disertakan bersama perubahan.

Bagaimana bisa membawa hati kepada hijrah itu?


Dalam setiap langkah yang kita ambil, sentiasalah tajdid (perbaharui) nawaitu kita.

"Sesungguhnya setiap amalan itu perlulah dengan niat" – Bukhari.

Begitu juga dengan hijrah. Jika selama ini kita melalui proses hijrah ini dek kerana adanya makhluk bernyawa yang bersama-sama menghirup oksigen di sekeliling kita menguar-uarkan hijrah kepada kita, kita pun turut ingin bersama-sama dalam bahtera hijrah ini, tiada yang salah. Hijrah itu indah. Haruslah bersama-sama berhijrah juga. Wajib. Namun! jangan lupa bawa hati bersama, berhijrah. Jika dulunya hati itu biasa-biasa saja tika merasakan diri sedang cuba untuk berhijrah, sekarang, marilah perbaharui apa yang di hati. Lillahi taala.

"ya Allah, hijrah ku ini kerana ingin mencari redha dari sisi Mu, redhailah persinggahan ku di Bumi mu ini"

“Milik Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Jika kamu nyatakan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu sembunyikan, niscaya Allah memperhitungkannya bagimu. Dia mengampuni siapa yang Dia kehendaki dan mengazab siapa yang Dia kehendaki. Allah maha kuasa atas segala sesuatu.” 
(Al-Baqarah:284)


“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”
(At-Taubah:41)

Apabila langkah hijrah yang diambil diniatkan untuk sesuatu yang kita cintai, pastilah lebih bermakna. Pastilah kita merasakan sangat berbaloi pengorbanan itu. Begitulah kita sebagai hamba ini. Bila mana hijrah kita kerana Rabb yang satu, yang kita cintai. Berkorbanlah masa, jiwa, dan tenaga, untuk hijrah ini, pasti Allah membalas dengan penuh hikmah. Manisnya pengorbanan pasti dirasai. Tidak di dunia, akhirat pasti. Andai berat rasa didada kerana apa yang ingin ditinggalkan itu sangat disukai (duniawi), perbaharuilah kembali niat ini. Lillahi taala. Pasti Allah permudahkan.

Mungkin hijrah yang selama ini kita manifestasikan dalam setiap bicara belum sepenuhnya diyakini dengan apa yang didalam dada. Yakni, hati itu sendiri. Bagaimana mungkin terserlahnya perubahan jika tidak bersama sebuah pengorbanan? Allahu rabbi.

Mari, ayuh! Berhijrah membawa hati bersama rasa penuh tawadhuk meniti hamparan dunia yang sementara ini menuju akhirat yang hakiki. Kerana dunia ini tidak lain hanyalah senda gurauan semata. Hijrah bersama hati! yuk!

Berhijrahlah, berkorbanlah, dan berniatlah kerana Allah.

Wallahu’alam.




Post a Comment