FRIDAY WRAP (1-7 NOV 2013)

0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Friday wrap membawakan kepada anda berita-berita semasa dunia pada minggu ini


Serangan Israel. Seorang Pejuang Syahid
Jumaat, 01/11/2013


Gaza - Serangan sebuah kereta kebal Israel pada hari khamis mengakibatkan seorang anggota sayap tentera Hamas di Gaza gugur manakala seorang lagi cedera. Mereka mengatakan bahawa pesawat Israel juga menyerang satu kawasan yang tidak dikenalpasti di timur Kota Gaza, tetapi tidak ada korban jiwa dilaporkan.

Tentera Israel bagaimanapun belum mengesahkan serangan udara atau serangan mortar yang dilakukannya. Korban yang meninggal dikenali sebagai Rabieh Barikeh. Serangan datang dari timur Khan Younis di Jalur Gaza bahagian tengah sewaktu mangsa dan yang lain sedang melakukan pengawasan terhadap pergerakan Israel di sempadan Gaza. Para pegawai keselamatan dan saksi mengatakan bahawa sebuah tank Israel dan jentolak lapis baja berada kira-kira 100 meter dari sempadan .

Sayap tentera Hamas Izzadine al- Qassam menyatakan bahawa bulan lalu pihak Hamas menggali terowong sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menculik tentera Israel dan menahan mereka untuk pertukaran tahanan asal Palestin yang ditahan di penjara Israel.

Pada bulan Jun 2006 kumpulan Hamas dan pejuang lain menyelinap ke Israel melalui terowong lintas-sempadan, menangkap prajurit Israel bernama Gilad Shalit dan mengambil tawanan mereka kembali ke Gaza dengan cara yang sama. Gilad dibebaskan pada 18 Oktober 2011 dengan ditukar untuk 1,027 warga Palestin yang ditahan di penjara- penjara Israel. Pertukaran tahanan ini dirayakan oleh Hamas sebagai " kemenangan bersejarah ".


Syiah Hizbullah Turunkan 15 Ribu Tentera di Utara Damascus
Jumaat, 01/11/2013


Damsyik - Kelompok Hizbullah telah menurunkan 15,000 tentera di pergunungan Al-Qalamoun wilayah utara Damsyik. Rejim Syria juga dilaporkan membina pasukannya di daerah yang terletak antara Damsyik dan Homs itu, bandar ketiga terbesar di Syria yang terletak di wilayah utara.

Hizbullah pernah membantu rejim Syria merebut kembali kota Qusair di kawasan sempadan Lubnan. Hizbullah turut berdalih untuk melindungi orang Syiah Lebanon yang tinggal di kawasan bersempadan dengan Lubnan. Hizbullah juga membenarkan keterlibatannya di Syria dengan alasan melindungi tempat keagamaan Syiah .

Brigade Abu al-Fadl al-Abbas yang berpusat di Damsyik, yang merupakan sekutu dekat Hizbullah, mengatakan akan mengambil bahagian dalam pertempuran yang mungkin terjadi di Al Qalamoun . Brigade Abbas merupakan pejuang Syiah Iraq yang telah berjuang bersama tentera Assad selama berbulan- bulan.


Sekolah Islam Terbesar di Australia Diancam Tutup
Sabtu, 02/11/2013


Sydney - Walaupun mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pembelajaran, sekolah Islam Malek Fahd, sebuah sekolah Islam yang terbesar di Australia, menghadapi ancaman penutupan setelah Dewan Inspektor Pendidikan negara bahagian New South Wales berkata bahawa sekolah itu harus memperbaharui permit dan standard sekolah pada tahun 2014.

"Kami telah membuat pembaikan yang diperlukan yang dikehendaki oleh Dewan Pendidikan atas nama Menteri," kata Dr Ray Barrett, pengetua sekolah, kepada ABC talian hari Jumaat 1 November, demikian sebagaimana dilansir onislam.net.


Tidak Ada Bekalan Bahan Bakar. Gaza Mati Lampu
Sabtu, 02/11/2013


Gaza - Kekurangan bahan bakar menghentikan pengeluaran elektrik di Jalur Gaza. Seorang wartawan AFP di Jalur Gaza mengatakan bekalan elektrik telah dihentikan di sebahagian besar wilayah sejak Jumat pagi .

Khalil menyatakan bahawa gangguan kuasa disebabkan oleh kemusnahan terowong yang digunakan untuk membawa bahan bakar ke Gaza oleh Israel ke Gaza dan menuduh Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat yang memberikan harga mahal untuk bekalan bahan bakar penjanaan elektrik di Gaza. Penjanaan elektrik di Gaza kini hanya boleh menampung satu pertiga wilayah di Gaza.

Pada bulan September, pihak berkuasa tenaga Gaza memperingatkan adanya kekurangan bekalan bahan bakar dan meminta Mesir untuk meneruskan penghantaran. Hubungan antara Kaherah dan Hamas telah memburuk sejak tentera Mesir menggulingkan Presiden Mohamed Mursi pada bulan Julai.


Mursi : Saya Presiden Yang Sah
Isnin, 04/11/2013


Kaherah - Mohamed Mursi muncul di ruang mahkamah pada Isnin 4 November untuk pertama kalinya sejak rampasan kuasa oleh pihak tentera empat bulan lalu.

"Ini bukan sidang yang sah, persidangan ini merupakan sebahagian daripada rampasan kuasa, rampasan kuasa itu sendiri adalah kejahatan, " Mursi menegaskan kepada hakim Ahmed Sabry Youssef untuk menunda persidangan.

"Saya presiden, saya presiden, anda tidak punya hak untuk melakukan persidangan dalam terhadap presiden," tambahnya dalam sesi kedua persidangan .

Sidang ini bermula apabila Mursi dan 14 defendan lain dari sejumlah tokoh Ikhwanul Muslimin muncul dan pihak mahkamah memanggil nama mereka. Tidak seperti sidang Mubarak, proses persidangan terhadap Morsi tidak akan disiarkan secara langsung.

Namun , segera setelah sidang bermula, hakim memutuskan untuk menunda kerana massa pendukung Mursi dan tokoh Ikhwanul lain yang berada di luar mahkamah terus melaungkan slogan-slogan anti rampasan kuasa. Selepas beberapa jam, mahkamah memutuskan untuk menunda sidang hingga 8 Januari 2014 untuk memeriksa dokumen yang berkaitan dengan kes tersebut. Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia telah memberi amaran bahawa Mursi mungkin tidak menerima pengadilan yang adil.


Istanbul Bangunkan Masjid Bawah Tanah Pertama di Dunia
Rabu, 06/11/2013


Istanbul - Masjid bawah tanah pertama telah dibina di daerah Buyukcekmece di Istambul, Turki. Bangunan ini telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Seni Bina Dunia untuk tempat ibadah. Penggabungan intipati Islam dan dengan reka bentuk modernit, Masjid yang diberi nama Sancaklar merupakan insipirasi dari Gua Hira, tempat Nabi Muhammad SAW saat menerima wahyu untuk kali pertama. Dibina tujuh meter di bawah permukaan, Masjid ini dibina oleh arkitek Turki Emre Arolat.

Masjid ini direka dengan luas 1,200 meter persegi dan ruang utama untuk ibadah di bawah tanah, diterangi oleh laluan utama atau tangga menuju ruang utama. Masjid ini mampu menempatkan 650 jamaah, masjid bertujuan untuk mengatasi kekurangan masjid di daerah tersebut.


Warganegara Russia Lakukan Demo Anti-Islam
Rabu, 06/11/2013


Moscow - Rakyat pro kerajaan Rusia melakukan demonstrasi di Moscow untuk menentang pendatang Muslim dan turut mempertikai pertambahan jumlah orang asing di negeri ini serta melihat mereka sebagai ancaman bagi warganegara Rusia. Demonstrasi pada hari Isnin diikuti kira-kira 10,000 penunjuk perasaan membawa yang membawa bendara hitam, kuning dan putih, bendera lambang empayar Rusia.

"Hari ini masjid, esok jihad", demikian isi salah satu sepanduk yang dibawa oleh seorang pemuda sewaktu demonstrasi ini. Para penunjuk perasaan juga meneriak slogan-slogan seperti 'White Power' dan 'Rusia untuk Rusia', sebagai protes.

Menumpu kepada warga Muslim, para demonstrasi sengaja menyerang warga yang berwajah Caucasian dan orang Asia Tengah dengan memecah tingkap kereta mereka. Akibatnya, polis telah menangkap seramai 30 penunjuk perasaan selepas mereka menunjukkan simbol-simbol Nazi yang dilarang dan menutupi wajah mereka dengan topeng.

Perarakan bertepatan dengan hari cuti 'Hari Persatuan' yang menandakan pengusiran orang Poland dari Moscow pada tahun 1612. Peringatan ini dicetuskan oleh Presiden Rusia Vladimir Putin sejak tahun 2005. Ketegangan antara etnik yang baru-baru ini terjadi di Moscow di mana etnik Caucasian dan Asia Tengah sering menjadi mangsa diskriminasi.


Mengadu Sakit, Mursi Dipindahkan ke Pusat Rawatan
Rabu, 06/11/2013


Kaherah - Presiden Mesir, Mohammad Mursi menghabiskan malam pertamanya di penjara awam di sebuah bilik rumah sakit setelah beliau mengadu kurang sihat. Kementerian Dalam Negeri menafikan bahawa presiden Mursi sakit. Tetapi dalam sebuah kenyataan agensi berita Mesir, Mursi sedang menjalani medical check-up dan akan dipindahkan ke sel biasa sejurus selesai.

Setelah penampilan pertama di mahkamah pada hari Isnin, Mursi dipindahkan ke sebuah penjara dengan keselamatan maksimum di kawasan padang pasir berhampiran Alexandria, bandar kedua terbesar di Mesir. Ini adalah penampilan pertamanya selepas rampasan kuasa Julai lalu.


Janda Arafat : Hasil Ujian Tunjuk Arafat Mati Diracun
Khamis, 07/11/2013


Tebing Barat - Janda Yasser Arafat, bekas pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin ( PLO ) , berkata suaminya mati diracun radioaktif polonium. Suha Arafat membuat kenyataan pada hari Rabu selepas menerima laporan oleh para saintis Switzerland yang menguji sampel yang diambil dari mayat Arafat.

Laporan forensik, yang diserahkan kepada wakil-wakil janda Arafat, serta wakil-wakil dari Pihak Berkuasa Palestin pada hari Selasa berkata kajian pada jenazah Arafat menunjukkan kepekatan yang tinggi polonium - 210, yang menyokong teori keracunan.

Saintis dari Vaudois University Hospital Centre ( chuv ) di Lausanne, Switzerland telah melakukan pemeriksaan terperinci rekod perubatan Arafat, sampel yang diambil dari jenazahnya yang digali pada bulan November tahun lalu, dan barang- barang yang telah dibawa ke rumah sakit di Paris di mana dia meninggal .

David Barclay, seorang saintis forensik Inggeris yang telah mempelajari laporan itu , berkata , " Laporan ini mengandungi bukti kuat, dalam pandangan bukti saya, bahawa ada sekurang-kurangnya 18 kali tahap polonium dalam tubuh Arafat daripada tahap biasa yang ada. " Banyak pegawai Palestin, percaya bahawa Israel meracuni Arafat. Wasel Abu Yousef, ahli jawatankuasa eksekutif PLO mendakwa Israel berada di balik dugaan peracunan Arafat.

Sekian sahaja, semoga bermanfaat.


Ali- Imran : 186“Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan”.



Post a Comment