MASTERCHEF Di ST PETERSBURG

1 comments

                                                
                                                             
 
Assalamualaikum wbt.

ST PETERSBURG, RUSSIA - Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada KUSP (Kelab Umno St. Petersburg) kerana berjaya mengajurkan satu pertandinagn Masterchef pada 16 Novermber 2013. Sebanyak lapan kumpulan telah didaftarkan. Para kumpulan telah diberi setengah ekor ayam untuk dimasak dengan pelbagai jenis masakan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.
 
Pertandingan yang mendapat sambutan hangat ini telah diadili mengikut pemarkahan dari segi rasa, persembahan serta kreativiti setiap kumpulan. Seramai tiga orang juri telah dilantik untuk mengadili kesemua masakan. Pelbagai jenis masakan telah dihasilkan seperti sate ayam, lasagna, sheperd's pie, chicken crepe, ayam bakar, rendang ayam serta banyak lagi. Masakan mereka juga diserikan lagi dengan kreativiti dua kumpulan yang berjaya menghasilkan bentuk seekor itik dengan menggunakan sebiji epal.

Melalui program ini, bakat-bakat para pelajar kejuruteraan dapat dicungkil khususnya dalam bidang masakan. Tidak dapat dinafikan lagi selain cemerlang dalam pelajaran, para pelajar juga cemerlang dalam bidang masakan. Program yang bermula pada pukul 6 petang ini juga turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh Pengerusi KUSP sendiri. Para pelajar berharap agar program seperti ini dapat diadakan lagi bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara mereka.Wallhua'lam.













1 comment: